Exit Plan : 5 Langkah Penting Para Usahawan

oleh Team Richworks pada 04 January 2018


Anda dah berniaga lama, dah bosan dengan perniagaan anda, dah miliki simpanan yang cukup, mahu cuba perniagaan atau bidang baru, dan anda mahu keluar dari perniagaan anda yang sekarang. Apa yang perlu anda lakukan?

Eh, kenapa nak berhenti dan tutup kedai? Sayangnya!

Matlamat perniagaan utama, adalah untuk memastikan perniagaan anda boleh dijual atau ada nilai besar pada akhirnya dan memberikan keuntungan pada anda. Tak mungkin semua orang yang berniaga mahu kekal berniaga selama-lamanya. Matlamat setiap orang berbeza-beza. Jadi jika anda sedang merancang untuk satu exit dari perniagaan anda, kami ada 5 langkah dan strategi yang perlu anda telitikan.

Banyak elemen yang perlu diperhatikan. Rekod anda perlu sentiasa dikemas kini dan waktu sale anda perlukan perancangan yang tepat.

  1. Rancang waktu untuk jual perniagaan anda

Bila waktu yang sesuai nak jual? Ia bergantung pada jenis bisnes yang anda jalankan, jumlah keuntungan bisnes dan berapa lama perniagaan ini sudah dijalankan. Buat kajian terlebih dahulu. Pembeli mungkin tak akan membeli syarikat anda pada ketika jualan sedang lembab. Jika anda ada trend jualan syarikat, ia lebih bagus kerana dapat memberikan ekspektasi yang lebih tepat.

  1. Selia kewangan syarikat.

Tiada siapa yang mahu melabur pada perniagaan yang tak tentu kedudukan kewangannya, berselirat dan berserabut pengurusannya. Apa sumber utama kewangan, apa punca utama perbelanjaan, apa perbelanjaan terbesar syarikat, dan macam-macam lagi maklumat yang perlu mereka tahu. Jadi, sediakan penyata bank anda dan segala lejer penyimpanan data akaun untuk memudahkan proses pembelian.

  1. Sediakan SOP perniagaan

Mudahkan proses operasi syarikat anda atau paling kurang, sediakan pelan operasi yang ringkas dan mudah faham. Tiada siapa nak beli syarikat yamg sukar diuruskan! Dokumenkan manual SOP supaya proses pengambil alihan berjalan lancar. Prosedur itu perkara mudah, ringkas tapi  padat. Sediakan senarai tugas yang perlu dilakukan dalam syarikat. Catatkan apa yang diperlukan bagi setiap tugasan; skil, kepakaran, masa dan sebagainya.

  1. Laman web

Laman web anda dah sempurna, dan sedia untuk dijual? Atau masih ada isu yang perlu diperbaiki? Selalunya pelabur atau pembeli ini tidak suka dengan bisnes yang perlukan penyelenggaraan teknikal. Ia melecehkan mereka. Jadi selesaikan masalah yang mungkin ada pada pengoperasian laman web anda. Lakukan audit. Pastikan pautan, gambar dan halaman-halaman web anda berjalan lancar. Buat SEO untuk web anda. Pastikan ianya mobile friendly dan mudah akses. Jika anda dah selesaikan bahagian yang paling kritikal ini, bisnes anda lebih senang untuk dijual.

  1. Asingkan diri anda dari bisnes.

Ada banyak bisnes yang bergantung pada founder atau pengasas untuk berjaya. Dan ianya tak bagus  untuk jangka masa panjang. Fokuskan pada brand bisnes dan perlahan-lahan, keluarkan diri anda daripada kebergantungan bisnes anda. Dokumenkan tugas anda, supaya anda boleh melepaskannya pada pembeli kelak dengan mudah. Pastikan setiap perjanjian syarikat dinyatakan dengan jelas untuk kemudahan rujukan pembeli. Kemaskinikan juga laman sosial anda kerana pembeli mungkin akan mengambil sedikit waktu untuk ‘menyiasat’ tentang anda. Terangkan sebab anda mahu menjual bisnes anda dengan jelas dan tidak bersembunyi.

Apa-apa pun, proses untuk menjual bisnes atau exit plan ini bermula dengan kesedaran tentang apa yang pembeli mahukan dalam sesebuah bisnes. Bila anda tahu apa yang mereka mahu, anda sediakan semuanya dengan lengkap. Jika boleh, buat kerjasama dengan mereka yang pakar dalam selok belok jual beli syarikat. Mereka boleh membantu anda juga dari risiko ditipu dan sebagainya.

Rancang strategi anda sebaiknya dan selamat maju jaya!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start