Faham Produk Dan ‘Laser Fokus’ Pada Sasaran

oleh Team Richworks pada 26 September 2018


Melaka yang juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah adalah sebuah negeri yang menjadi rebutan kerana lokasinya yang menarik dan menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini. Pada 500 hingga 600 tahun yang lalu, Melaka telah menjadi lubuk perdagangan di mana pedagang dari seluruh negara Eropah dan Asia bertemu di Melaka.

Mereka bertukar barang dagangan. Lada hitam dan rempah ratus dari India dan Tanah Arab ditukarkan dengan sutera, senjata, tembikar dan bahan makanan dari China. Dan, pedagang dari Eropah akan datang ke Melaka untuk mendapatkan semua barang dagangan dari negara-negara lain ini untuk di bawa ke negara mereka.

Soalannya, apa produk yang Melaka sendiri dagangkan? Apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan oleh Melaka? Cuba fikirkan…

Jika beratus tahun dulu Melaka adalah tempat berhimpun para saudagar dari seluruh negara, Titanium Circle, jutawan-jutawan #AnakDidikDrAzizan juga telah berkampung di Hatten Hotel Melaka selama 4 hari bermula pada 17 hingga 21 September 2019 yang lalu, demi untuk mempertajamkan ilmu dan kemahiran dalam bisnes dari mentor mereka, Dr Azizan Osman yang ironinya juga berasal dari Melaka!

Antara intipati topik yang dikongsikan oleh Dr Azizan adalah tentang produk. Adakah mereka, usahawan yang hadir ini betul-betul faham tentang produk yang mereka niagakan? Adakah mereka jelas dengan potensi pasaran produk mereka dan siapa sasarannya?

Orang lain di luar sana mungkin merasakan ini topik asas dalam perniagaan, tapi sebenarnya ramai orang tak tahu dengan jelas tentang produk masing-masing. Dan disebabkan ini, banyak perniagaan yang ranap dan tak tahan lama.

Masih ramai peniaga di luar sana yang sibuk nak jual macam-macam produk, menawarkan macam-macam perkhidmatan sedangkan mereka sendiri tak faham. Dan ramai yang berhenti di tengah jalan. Jika mereka fokus pada kekuatan satu produk yang ada, dan mereka tahu nak ‘highlight’ kan kekuatan produk secara ‘laser focus’ tepat kepada sasaran, kemungkinan masalah ini boleh diselesaikan. Dan tak perlu nak buang masa dan restart semula perniagaan anda. Anda pun tak perlu nak jual macam-macam produk lain yang belum tentu dapat dikawal baik. Faham faham?

Sebagai contoh, seperti sebuah bisnes yang terlibat dengan produk kesihatan. Ada beribu penyakit di dunia tetapi jika anda fokus kepada satu sahaja seperti sakit lutut, dan anda tahu berapa besar pasaran orang sakit lutut di kawasan berdekatan, kawasan dengan 10 km radius dari tempat anda, dan di seluruh Malaysia, memang tak cukup kaki tangan dibuatnya. Tambah pening lagi, anda pulak tahu bagaimana mahu sampaikan mesej dengan paling berkesan kepada mereka, dah tentu anda usahawan yang paling sibuk dan boleh mengalahkan Menteri! Amacam? Dapat sesuatu?

Anda tahu jenama Rolls Royce? Haa kenderaan mereka ini hanya dijual untuk orang tertentu sahaja sehinggakan nak ‘test drive’ pun perlu buat permohonan dan ada sesi soal jawab terlebih dahulu.

Kenapa? Kerana mereka faham dengan jelas apa produk mereka, siapa yang sepatutnya jadi pelanggan mereka dan orang macam mana yang mereka mahu jadi pelanggan mereka. Bukan setakat terkam semua manusia yang bernyawa je!

Menurut kajian Statista.com di Amerika Syarikat pada 2019, satu kajian telah pun dijalankan ke atas syarikat-syarikat besar. Dan hasilnya, sejumlah USD 11 juta telah diperuntukkan untuk membuat kajian dan penentuan tentang produk oleh syarikat besar ini. Ini bermakna, mereka sangat pentingkan maklumat tentang produk dan sanggup berbelanja besar untuk lakukan kajian terperinci ini. Tapi kita? Masih lagi nak main teka-teki?

Apa yang anda perlu lakukan adalah, jangan lagi hanya duduk melihat kejayaan syarikat orang lain saja, lakukan tindakan segera. Faham produk anda, master produk anda supaya orang lebih kenal produk anada. Dan biarlah produk anda sentiasa menjadi bualan di bibir-bibir orang sekeliling anda. Jangan sibuk hal yang tidak berfaedah tapi sebaiknya, perkemaskan langkah anda untuk perkenalkan produk anda hingga orang mula percaya dengan produk yang anda niagakan itu.

Semoga catatan ini membantu anda mula fikirkan tentang produk anda, dan ini hanya sebahagian kecil dari apa yang dikongsikan oleh Mentor Dr Azizan Osman dalam Inner Circle Meeting, Melaka kepada anak didiknya itu. Fikir-fikirkan langkah anda seterusnya! Jangan hanya mendongak langit dan menunggu bulan jatuh ke riba sahaja.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start