Fasa Terpenting Pemasaran Efektif: Tindakan Dan Pelaksanaan

oleh Team Richworks pada 05 December 2017

“Belajar segala mak nenek marketing pun, kalau tak digunakan, tak ada gunanya belajar marketing!”

Ingat lagi pesan mentor? Belajar banyak mana sekalipun, kalau tak diaplikasikan dan buat tindakan, satu strategi pun takkan berguna.

Apa juga yang kita mahukan dalam hidup, jika benar-benar kita mahukannya, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Usaha belajar, dan paling penting ialah usaha melaksanakan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Tindakan tanpa ilmu adalah sia-sia, tapi ilmu tanpa tindakan adalah satu kerugian.

Dalam bisnes, matematik ini sangat relevan dan perlu diambil berat oleh semua usahawan tak kira baru mahupun lama. Sibukkan pelan dan perancangan pemasaran, tapi tak buat pelaksanaan, bisnes mana yang akan maju?

Ada kajian mengatakan, jika kita membiasakan diri membuat sesuatu secara berterusan selama 40 hari, kita akan terbiasa dengannya. Jadi, apakata cuba buat sesuatu yang berkaitan dengan pemasaran (yang anda telah laburkan banyak masa wang dan tenaga dengan ilmu tadi) setiap hari.

Mulakan dengan mengawal selia aktiviti pemasaran anda. Guna carta untuk lihat kesan dan progres setiap satu dari taktik pemasaran yang anda guna. Gunakan spreadsheet, atau apa juga yang sesuai. Strategi bukan setakat perlu ditulis, tapi perlu dilaksanakan dan perlukan follow up keberkesanan.

Pelaksanaan pemasaran yang berjaya memerlukan:

  1. Koordinasi yang efektif dan berkesan tentang aktiviti-aktiviti pemasaran iaitu apa yang dibuat, oleh siapa, dan bila waktunya.
  2. Kenalpasti mana satu gangguan yang perlu dibuang dan fokus pada task atau tugas yang anda perlu lakukan (kerana anda boleh berikan nilai yang lebih hebat untuknya berbanding orang lain)
  3. Kenalpasti butiran-butiran penting dalam taktik pemasaran anda.
  4. Sentiasa peka siapa yang ditugaskan untuk sesuatu task pemasaran syarikat
  5. Jangan bertangguh. Jangan menunggu. Buat sekarang.
  6. Beri nilai lebih pada pelanggan. Pelanggan yang gembira = sales yang “gembira”
  7. Buat apa yang anda rasa anda paling hebat dan pakar mengenainya dan biarkan task lain yang remeh atau kurang penting diambil alih oleh orang lain.

Pelan pemasaran biasanya gagal kerana mereka yang dipertanggungjawabkan untuk pelaksanaannya buat sambil lewa, atau tak buat langsung! Jadi sebagai leader, anda perlu tahu dan peka, “siapa untuk apa”. Siapa yang handle website, stok, pelanggan after sales, research, packaging, delivery, follow up dan macam-macam lagi!

Pastikan timeline anda sentiasa diikuti oleh semua pekerja anda dan anda sendiri. Biar mereka jelas dengan apa tugas dan tanggungjawab mereka. Selain jelas dengan hala tuju syarikat anda. Apa yang membezakan anda dengan pesaing sebenarnya ialah pelaksanaan dalam setiap satu taktik pemasaran. Jika anda berjaya buat tindakan yang betul segera, anda sudahpun menang.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start