Fokus Untuk Perbaiki Staff Anda

oleh Azizan Osman pada 05 January 2017

fokus-untuk-perbaiki-staff2

#Tips4marketing

Pekerja adalah aset penting dalam sesebuah syarikat. Tanpa pekerja, anda tak akan mampu untuk menguruskan bisnes seorang diri. Walaupun anda buat bisnes dari rumah, jika anda menerima banyak tempahan, anda masih lagi memerlukan seseorang untuk membantu anda.

Tambahan lagi bila produk anda sedang meningkat naik, pasti anda akan cari orang untuk membantu anda naikkan lagi produk tersebut seperti menjadi agent, stokis dan dropshipper.

Jika anda nak jenama anda teguh tanpa ada rungutan atau memberi impak yang negative, anda kena fokus untuk perbaiki staff anda. Mereka adalah front line jenama anda. Jika mereka tak jaga jenama anda, rosaklah bisnes anda.

Untuk beri anda idea, kami akan kongsikan 5 tips untuk perbaiki staff anda.

1. Sediakan latihan

Bukan anda sahaja yang perlu berkursus untuk mantapkan diri, tapi sediakan juga latihan-latihan berkaitan perniagaan dan pemantapan ilmu untuk staff anda. Jika anda je yang ada ilmu, tapi staff anda tak tahu apa-apa tentang dunia perniagaan, tak ada gunanya. Jangan kedekut untuk melabur jika ia melibatkan masa depan anda. Jika anda mahu jimat, anda boleh ambil pakej-pakej tertentu yang disediakan oleh pihak penganjur.

2. Jumpa face to face

Jumpa staff anda secara personal. Tanya perkembangan pekerjaan mereka dan masalah yang mereka hadapi. Jika mereka tidak mahu berkongsi masalah peribadi mereka, tak apa. Jika ia melibatkan perkerjaan dan mereka bekerja untuk anda, mereka kena kongsi dengan anda. Kerana ia melibatkan prestasi kerja dan kesannya pada bisnes anda, faham? Slow talk dengan mereka dan sekiranya anda boleh membantu, berikan nasihat serta pandangan anda. Jangan sampai ia boleh menjatuhkan kredibiliti mereka.

3. Buat meeting

Apa kata anda buat meeting dengan staff, agent, stokis dan dropshipper anda. Buat secara berkala. Anda tak perlu nak kumpulkan mereka sekali gus kerana ia akan memakan masa, belanja dan ruangan meeting. Anda boleh buat secara berkelompok, betul? Banyak manfaat yang anda akan dapat, seperti perkongsian idea, pendapat, masalah, cara penyelesaiannya dan lebih penting, dapat mengeratkan silaturrahim anda dengan pekerja. Mereka juga boleh kenal antara satu sama lain.

4. Kreatif dan innovative

Latih staff anda untuk jadi lebih kreatif dan innovative. Selain memberi sumbangan tenaga, mereka juga boleh menyumbang idea-idea yang bernas untuk tingkatkan perniagaan anda. Sekiranya idea mereka menjadi, anda boleh beri insentif yang beharga sebagai menghargai jasa dan peranan mereka. Dengan insentif ini, mereka akan lebih bersemangat dan bersedia untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada anda.

5. Buat carta kecemerlangan

Staff anda akan lebih competitive bila anda buat carta kecemerlangan. Jadikan persaingan ini sebagai persaingan yang sihat. Jangan pula ada perasaan dendam dan iri hati. Jika mereka iri hati dan berazam untuk memajukan diri tak apa, tapi jangan pula mereka guna teknik kotor untuk jatuhkan pesaing. Bila anda sudah bersedia untuk gunakan langkah ini, anda perlu monitor setiap tingkah laku mereka dan minta juga feedback dari pelanggan anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start