Gagal Itu Bagus!

oleh Azizan Osman pada 30 November 2012

Gagal itu bagus.

Sepanjang zaman apabila anda melihat orang yang berjaya, mereka menjadikan kelemahan atau kegagalan mereka sebagai kekuatan mereka.

Sama ada kekuatan mereka untuk terus mencuba sehingga berjaya, atau kelemahan yang mereka perbaiki sehingga ia menjadi kekuatan mereka.

Terdapat beberapa individu yang anda mungkin kenali. Mereka ini telah berjaya mengubah kelemahan, atau kegagalan menjadi kejayaan dan itu adalah intipati yang membezakan seseorang itu hidup luar biasa atau biasa-biasa:

Inspirasi Bill Gates – Dikutik, Dicaci, Dikeji

Contoh insan hebat yang mahu saya kongsikan hari ini adalah adalah Bill Gates. Beliau adalah Pengasas Microsoft dan antara bilionair serta philantrophist (golongan yang aktif menderma).

Beliau “drop-out” atau tercicir serta tidak teruskan pelajaran di Harvard University. Pada tahun 70-an, semua komputer serta processor adalah mainframe. Di mana ia adalah sebesar sebuah bilik.

Beliau berkata bahawa satu hari nanti, semua rumah akan mempunyai sebuah komputer. Ketika itu, ramai orang tergelak-gelak berguling-guling mendengar apa yang Bill Gates katakan.

Ada yang kutuk habis-habisan, ada yang mencemuh di belakang, ada yang menjaja-jaja kata Bill penipu, Bill orang yang tidak berpelajaran, Bill berangan, Bill delusional (Berkhayal) dan semua itu datang serentak bertimpa-timpa.

Malah ketika itu Bill tidak mempunyai sebarang bukti yang dapat ditunjukkan. Pada tahun 1975, ia mula memasang hardware komputer, mula beli “sistem” atau perisian berharga US$50 yang kemudiannya menjadi “Microsoft”.

Kejayaan Tidak Datang Serta Merta

Kejayaan yang beliau capai tidak datang serta merta. Kejayaan Bill hanya betul-betul datang selepas hampir 10 tahun beliau memulakan perjuangan, iaitu pada tahun 1983 di mana waktu Microsoft dilancarkan.

Beliau mencapai $28.8 bilion pada tahun 2005.

Berikut adalah soalan saya:

Di mana pergi semua orang yang kutuk beliau sebelum ini? Di mana pergi semua orang yang merendah-rendahkan dia? Di mana pergi semua komodo? Sama ada mati, terus pokai atau sudah tua.

Tidak ada bezanya walaupun di mana jua mereka berada.

Fikirkan apa impak yang anda boleh beri kepada dunia, apa sumbangan yang anda boleh beri manfaat kepada orang lain dengan setiap satu perkara, bisnes, kerjaya atau tugasan yang anda lakukan.

Samada sebagai pelajar, orang yang berniaga, bekerja atau surirumah. Pasti ada manfaat yang anda boleh berikan dengan membantu orang lain atau menambah nilai hidup orang lain.

Kegagalan kita hari ini adalah bagus, dan ia bertugas sebagai kunci semangat anda untuk pergi lebih jauh lagi.

Lagi mengenai artikel: Tip Perniagaan
 

Responses

  1. 'atikah abdullah 01 Disember 2012, 12:17 pm (#)

    Great story..! itu la pentingnya sikap muhasabah diri kan… Jadi untuk lebih kuat dan usaha yg berterusan smestinya perlu sentiasa brfikiran positif. Lagi bagus dan spatutnya lebih bsyukur apabila adanya insan2 yg bole tegur/nasihat kita ke arah kebaikan. smoga perkongsian ilmu dari Dr. Azizan Osman ini, kita semua akan sentiasa diberkati di dunia dan akhirat.. aamiiin..

  2. Zulhilmi Zainudin 02 Disember 2012, 11:51 am (#)

    Saya setuju. Jangan jadikan kelemahan itu sebagai penghalang. Apa yang lebih penting, kita gunakan segala kekuatan lain untuk melangkah ke arah kejayaan. Mulut orang memang tidak boleh kita tutup. Tetapi, mereka akan diam apabila melihat kita berjaya kelak.

    Terima kasih DAO untuk artikel ini.

  3. Amierrul Scabe 02 Disember 2012, 1:01 pm (#)

    Terima kasih. Sedang fikir bagaimana ingin tambah nilai orang lain sebagai pelajar.

  4. madhelmi 03 Disember 2012, 4:03 am (#)

    inspirasi dan semangat untuk terus maju dalam perniagaan. Trima kasih DR

  5. Nur Liyana Binti Abd Malek 03 Disember 2012, 10:06 am (#)

    Alhamdulilah DAO.

    Terima kasih di atas perkongsian tersebut. Ia memberi inspirasi kepada saya dan yang lain untuk lebih berusaha dengan membuat tindakan dengan ilmu dan mentor yang telah terbukti kejayaannya.

    Sesunguhnya saya yakin sejuk perut ibu yang mengkandung orang-orang yang hebat.
    Bahagia sungguh perasaan ibu yang mempunyai anak-anak tersebut. Kesyukuran terhadap Illahi di atas rahmat dan kurniaanNya.

  6. sharifah 03 Disember 2012, 1:44 pm (#)

    Sgt betul Doc..kegagalan itu bukan lah bererti tidak mecapai apa yang dihajati..tapi kegagalan sebenar adalah diminda..apabila minda gagal berfungsi secara positif maka ketidak capaian impian pada hari ini dianggap gagal..sebenarnya apa sahaja impian yang tidak tercapai hari ini bukan bererti gagal , selagi minda mampu berkata “belum lagi” dan “usaha lagi” maka selagi itu lah tidak ada istilah gagal dalam kehidupan. “hanya minda yang gagal akan menggagalkan kehidupan” “belum ada seekor burung yang keluar dengan perut kosong dipagi hari dan pulangnya juga dengan perut yang kosong” Allah Maha Kaya..SubhanAllah.

  7. Rozi Rusli 10 Disember 2012, 4:19 am (#)

    Tq DAO, terima kasih sentiasa berkongsi ceritayang memberi motivasi. Tak de orang yg nak ubah diri kita selain dari diri kita sendiri.

  8. Abdul Mutalib 10 Disember 2012, 4:21 am (#)

    Assalamualaikum DAO.

    Terima kasih kerana berikan rencana ini. Amat teruja dengan isi kandungannya yang padat dan berkesan. Secara tak lungsung berikan inspirasi kepada saya yang telah banyak kali jatuh tersungkur dalam bidang yang kurang sesuai dengan minat dan kemampuan lahiriah saya. Sejak hadir di kelas Advanced Marketing Power, saya mula mengenali potensi diri saya dan keluarga saya serta membuat TINDAKAN yag aktif untuk terus maju di dalam perniagaan. Kali ini, saya tidak pedulikan lagi kata-kata biawak komodo ini kerana kita bertambah maju dan kuat lagi dengan adanya mereka ini. Tema kasih biawak komodo yang mengganggu dan menghina saya selama ini! Kini, saya berada di landasan yang betul atas tunjuk ajar dan nasihat DAO. Terima kasih sekali lagi.

  9. Dato Hj Rosli Latif 10 Disember 2012, 5:00 am (#)

    Saya juga pernah mengikuti kursus Ybh Dr Azizan Osman, dan sampai ke hari ini dia ada lah satu satu manusia yang luar biasa dan tak lokek mengajar bangsa nya supaya berjaya di dalam bidang perniagaan ,YANG MANA BANGSA MELAYU MASEH BARU DI BIDANG PERNIAGAAN, SAYA SETUJU APA YANG DI KATA KAN OLEH DR AZIZAN,DAN SAYA RASA ORANG MELAYU NI SANGAT PEMALU DAN BERBUDI BAHASA. DAN UNTUK MAJU KENA LAH BERCAMPUR DENGAN ORANG2 BERNIAGA YANG SUDAH PERNAH SUKSES, DAN MESTI LAH RAJIN DAN BERUSAHA ,JANGAN CEPAT MENGALAH DAN BOSAN,DAN BERSHUKUR PADA ALLAH,INSYAALLAH PASTI BERJAYA DENGAN BANTUAN DARI DR AZIZAN.WSLM.

  10. Suria binti Arifin 19 Disember 2012, 3:42 am (#)

    Terimakasih DAO . Atas ilmu yang dilimpahkan saya mula mempraktikkan apa yang saya dapat di marketing power di shah alam, terimakasih .produk yang saya buat adalah dodol disamping jangka panjang saya amat meminati produk berasaskan herb a Dan kecantikkan .adakah saya boleh meneruskan minat atau kena melihat kembali kesesuai tarikh lahir saya iaitu 18 09 1968 , Terimkasih doakan kejayaan dunia Dan akhirat untuk DAO sekeluarga

  11. SHAMSULKAMAL BIN ABDULLAH 02 April 2013, 1:18 am (#)

    Salam Dr. saya dah terlepas course facebook menjana pendapat, bila kah lagi kursus tu akan di adakan , harap hubungi saya melalui email. tq.

  12. Azizan Osman 17 April 2013, 1:12 am (#)

    Wassalam. Boleh terus hubungi kami di 019-013/244 2244 atau 019-244 2400 . Terima kasih.

    admin -MSM-

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2014 © Richworks International Sdn. Bhd.