Gila! Pasangan Ini Sanggup Tinggalkan Jawatan Besar Demi Nak Bina Bisnes Keluarga. Tapi, Hasilnya Lebih Luar Jangka.

oleh Azizan Osman pada 11 July 2017

Melangkah masuk ke Restoran Melewar Kitchen yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan seolah-olah bagaikan anda melangkahkan kaki ke dalam dapur istana.  Deretan lauk-pauk masakan Minang dengan menu yang berasaskan resipi orang Nogori mengecurkan kami.

Siapa tak tergoda nafsu makan bila melihatkan daging salai masak lemak cili api, kerabu pakis, ikan sembilang goreng berlado, rendang pucuk ubi, sambal udang petai dan banyak lagi hidangan tradisi ala istana yang menunggu untuk dijamah.

Berbual dengan pemiliknya, Puan Nur Laila Alias dan Tuan Mohd Zahrizan Jailani, membuatkan anda tersentuh hati mengenangkan pengorbanan mereka yang sanggup meninggalkan pejabat selesa dengan gaji mencecah 5 angka dan sanggup bergelumang dengan bahang panas dapur restoran, demi nak meneruskan perniagaan keluarga selepas ayah tercinta pergi menghadap Ilahi.

Menyesal?  Memang ada.  Itu kata Tuan Mohd Zahrizan, bekas jurutera yang pernah bekerja di Subang Jaya.  Namun, kerana mereka jelas dengan matlamat yang mereka nak capai, mereka tahu sebab utama kenapa mereka mahu jadikan bisnes restoran ini berjaya, menjadikan mereka mampu tolak tepi rasa menyesal.

Mudah?  Memang langsung tak mudah kata Puan Nur Laila, bekas pensyarah yang tiba-tiba terjun dalam dunia restoran.  Walaupun tak pandai memasak, tetapi dengan kebolehan dan deria rasa yang bagus, beliau mempunyai bakatnya yang tersendiri dalam memastikan hidangan restoran ini menepati citarasa selera Orang Nogori.

Logik akal, mana mungkin seorang jurutera dan seorang pensyarah yang langsung tak pernah berniaga, mampu menguruskan bisnes sebesar ini?  Tapi, Alhamdulillah dengan ilmu yang dipelajari dan tindakan yang berterusan, menyebabkan Restoran Melewar Kitchen ini terus dikenali ramai.

Syukur kata mereka.  Segala pengorbanan yang mereka lakukan dan keputusan untuk meninggalkan keselesaan jawatan besar telah membuahkan hasil bila perniagaan mereka mampu membuat jualan sehingga jutaan ringgit setahun

Tonton perkongsian mereka ini sebagai sumber inspirasi. Mungkin ada ilmu yang anda boleh ambil dan praktikkan dalam bisnes anda sendiri.

Bekerja tak salah, yang salahnya ialah bila anda terlampau biarkan keselesaan yang anda miliki membatasi matlamat, cita-cita dan impian yang anda hendak capai.  Salah besar, jika anda bekerja dan biarkan hidup anda masih serba kekurangan, masih hidup bergelumag hutang, dan masih belum mampu capai apa-apa kejayaan dalam hidup.

Jika anda mahu ubah hidup anda, menjadi lebih bermakna, menjadi lebih bahagia dan gembira dengan impian yang  banyak terlaksana serta dengan tahap kewangan yang jauh ebih baik, anda boleh mulakan langkah anda melalui Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

PM kami segera untuk kami bantu anda dapatkan tawaran tiket beli satu PERCUMA 2 tiket,  Atau layari www.azizanosman.com/imkk.

 

 

Salam Kejayaan

Team Richworks.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Video
 

Responses

  1. Adams 13 July 2017, 6:36 am (#)

    Moga saya pun kaya dan berjaya..Amin..Amin..Amin Ya Allah

    اللهم آمين

  2. afiadeerfarm 27 July 2017, 12:25 pm (#)

    sangat inspired….

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start