ICM PREMIER. Fasa Baru Cabaran Bisnes Global

oleh Team Richworks pada 23 March 2018

Benarlah bagai dikata orang lama, jika mahu mencari ilmu, biar dikuasai seantero dunia. Barulah ilmu yang diperoleh berkualiti, dan berguna buat kita. Bila sudah berguru pula, biar sepenuh hati, buat sehabis baik, menuntut sehingga hadam segala isi dan pengajarannya. Bukan separuh-separuh, mahupun berkira-kira untuk melabur demi ilmu.

Inner Cirle Meeting bagi Titanium Premier yang berlangsung 19 Mac lalu adalah contoh terbaik insan-insan yang mahu menguasai ilmu perniagaan sedalam-dalamnya. Berlangsung di Intercontinental Kuala Lumpur para Premier tekun menelaah ilmu perniagaan baru, mencari solusi dan memantapkan lagi ruang-ruang kosong dalam syarikat, selain saling berdiplomasi dan berdebat bersama mentor dan ahli circle dalam mencari kata putus yang terbaik buat perniagaan masing-masing. Sisi santai ilmu mereka dipenuhi dengan agenda seperti limousine ride yang bertujuan untuk menimbulkan rasa ‘Be, Do, Have’ dalam diri ahli Premier. Selain itu, mereka turut dibawa bersiaran di atas Putrajaya River Cruise sewaktu sesi coaching dijalankan.

Bukan mudah untuk kekal senang dan kekal berada dalam lingkungan Premier – sebuah ikatan yang rapat dan erat antara Mentor dan Mentee yang dipilih khas bagi setiap penggal. Namun bila saja mereka sudah termaktub dalam Premier, manfaat yang diperoleh bukan calang-calang. Networking pada skala berbeza, daya penyelesaian masalah pada tahap yang lebih hebat, dan pastinya pulangan yang lebih memberangsangkan.

Diselia dan diatur secara personal, Mentor memandu arah tuju perniagaan dan syarikat menteenya ibarat memacu kejayaan perniagaan sendiri. Tiada prejudis, tiada ‘aku untung-kau rugi’, dan tiada selindung. Segala peluang yang ada, seperti pelabur, lubuk pasaran, risiko, semuanya dihampar terang-terangan. Tinggal lagi mahu ikut dan nikmati keuntungan pecah siling atau tolak dan menanti waktu rugi.

Inner Circle Meeting kali ini lebih menumpukan pada cabaran menstabilkan dan mengembangkan lagi bisnes yang rata-rata semuanya sudah hampir pada tahap global atau sudah masuk pada fasa awal peringkat ini. Cabaran baru, fasa baru, fokus yang sama dengan matlamat yang lebih jauh kehadapan. Cabaran-cabaran ini tidak lagi berlegar pada lingkungan peribadi, staf dan persaingan industri sahaja, tapi menjangkau lebih lagi. Mereka harus tahu dimana mereka pada masa 10 tahun yang akan datang. Apakah kedudukan bisnes mereka 10 tahun ke hadapan? Apa cabaran yang perlu mereka lalui lagi 10 tahun ini? Mereka perlu bersedia dengan persoalan dan jawapannya sekali supaya langkah mereka sentiasa teratur dan tidak tersadung dengan ujian-ujian bisnes.

Kita ambil saja contoh 2 orang otai Premier yang masih gigih berguru walaupun jualan bulanan mereka sudah mencecah hingga RM 5 juta. Jika difikir-fikir, mereka sepatutnya sudah boleh duduk rehat di rumah tak perlu sibuk berguru. Tapi kenapa? Kerana mereka sudah berada pada level yang cabarannya bukan biasa-biasa. Mereka perlu pula mendidik tonggak utama bisnes mereka supaya misi mereka selaras, haluan mereka tetap seiring dan supaya key person mereka tidak berasa selesa pada tahap yang sama. Cabaran pengurusan manusia itulah yang paling kritikal dalam bisnes! Lagi-lagi bila berhadapan dengan tidak kurang dari 5000 stokis dan ejen seluruh Malaysia. Jika 1 orang punyai 10 ragam, apalagi keseluruhan team? Dan sudah pasti pula cabaran pengurusan manusia itu adalah cabang yang 100% berbeza dengan pengurusan syarikat. Jika dulu mereka hanya fokus mengurus syarikat, kini dengan rezeki yang bercambah, tanggungjawab mereka turut berubah dan bertambah.

Begitu terkesan dengan ombak cabaran yang sangat berbeza ini membuatkan ada antara Premier ini seakan mahu putus asa dan berhenti setakat ini sahaja. Namun setiapkali itulah Mentor mereka mengingatkan kembali apa matlamat asal utama perjuangan mereka dahulu. Mentor inilah yang membuatkan mereka kembali nampak poin-poin penting yang mereka harus terus kuasai dan takluki untuk kembangkan lagi empayar mereka. Jangan disangka orang berjaya ini kebal dari sebarang penyakit emosi dan serangan luar yang bertubi-tubi. Guru yang mereka ada itu ibarat pendinding dan penguat disebalik tabir perniagaan mereka. Jika mereka hanya bergerak sendiri, berfikir dan menguruskan semuanya sendiri, berapa lama agaknya mereka mampu bertahan? Jika tiada Mentor yang mampu untuk melihat the bigger picture, siapa yang mereka mahu harapkan untuk tegur dan beri nasihat?

Disebalik kuat dan gahnya sesebuah jenama dan perniagaan pasti ada Mentor dan penasihat khas dibelakangnya. Itulah apa yang ahli Premier dambakan selagi mereka bergelar Titanium Premier. Dan Dr Azizan Osman inilah yang paling setia memberikan tunjuk ajar pada mereka semua.

Anda mampu untuk jadi seperti mereka? Selama 3-5 tahun berguru dengan mentor yang sama, tapi setiap kali juga menyelesaikan situasi yang berbeza. Semakin rumit, kompleks dan berselirat! Tapi bila mereka konsisten, tekun, dan komited, hasilnya sangat mengagumkan. Persoalan anda mampu atau tidak itu hanya masa yang akan tentukan. Yang utama, anda mahu atau tidak untuk kaya dan berjaya seperti mereka? Jika mahu, bertindak sekarang dan kejar matlamat anda bersama kami hari ini.

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start