Idea Bisnes Ini Sesuai Untuk Wanita

oleh Team Richworks pada 08 February 2018

Bukan mudah untuk menjadi seorang wanita yang berkarier dan ibu yang terbaik pada waktu yang sama. Kadang kala pekerjaan yang dilakukan sekarang telah menjejaskan kredibiliti salah satu dari dua perkara di atas.

Disebabkan itu, ada wanita yang mengambil keputusan untuk mengubahnya dengan cara memulakan bisnes. Sekiranya anda ingin bekerja sendiri tetapi tidak pasti jenis perniagaan yang ingin anda mulakan, anda boleh mempertimbangkan perkara berikut:

Idea #1: Apa Yang Anda Mahukan Dari Bisnes?

  • Anda ingin jana pendapatan tambahan?

Anda mungkin boleh menjadi wakil jualan bagi produk syarikat sedia ada, seperti menjual barangan kosmetik, produk minuman, insuran dan sebagainya. Bisnes ini tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang tinggi dan anda hanya perlu mengikut pelan bisnes yang telah dirancang oleh syarikat.

  • Anda ingin berhenti kerja untuk luangkan lebih masa bersama anak-anak anda?

Jika matlamat utama anda adalah untuk memiliki lebih masa bersama anak-anak, anda mungkin boleh memilih bisnes yang bebas dari segi masa atau bisnes yang boleh dilakukan dari rumah.

  • Anda ingin menyumbang sesuatu bermakna kepada masyarakat?

Sekiranya kepuasan peribadi menjadi pilihan bisnes anda, apakata anda mulakan langkah pertama dengan menjadi sukarelawan kepada badan-badan organisasi bebas yang anda paling sukai. Menjadi sukarelawan merupakan salah satu cara terbaik untuk anda berbakti kepada masyarakat.

  • Anda ingin menjadi usahawan?

Pekerjaan ini sangat sesuai jika anda ingin kebebasan dari segi kewangan dan masa. Jika ingin jadi bos kepada syarikat sendiri, menjadi usahawan adalah pilihan kerja yang tepat buat anda.

Selepas anda kenalpasti apa yang anda mahukan dari bisnes, anda boleh maju ke idea seterusnya iaitu pemilihan bisnes.

Idea #2: Pemilihan Bisnes Berdasarkan Minat

Pilih satu bisnes yang anda minat. Memulakan bisnes sendiri memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Jika anda memilih bisnes yang anda tidak sukai, ianya akan menjadi sukar untuk dilakukan sehingga berjaya.

Guna soalan ini untuk kenalpasti pilihan bisnes anda:

  • Jenis bisnes yang anda suka untuk lakukan?
  • Adakah anda mempunyai hobi atau kemahiran yang boleh dijadikan bisnes?
  • Bagaimana anda ingin habiskan masa lapang anda?
  • Apakah matlamat utama bisnes anda, jika anda menjalankan bisnes berdasarkan minat?

Idea #3: Bagaimana Untuk Memulakan Bisnes Ini

Ini sangat penting. Ramai usahawan gagal dalam bisnes akibat dari kurang ilmu yang tepat. Untuk memulakan sesuatu bisnes, anda perlu memiliki ilmu yang cukup tentangnya terlebih dahulu.

Di sini terdapat 2 langkah penting yang anda boleh gunakan untuk memulakan bisnes ini:

  1. Membuat kajian terhadap bisnes pilihan anda. Lihat industri bisnes yang sama dengan pilihan anda. Bagaimana bisnes itu dijalankan dan adakah proses bisnes ini boleh dilakukan oleh anda.
  2. Mempelajari ilmu bisnes. Untuk lebih persediaan sebelum memulakan bisnes, anda disaran agar dapatkan ilmu tentang pengurusan dan pemasaran bisnes. Anda boleh dapatkan melalui bahan bacaan bertulis seperti buku, majalah atau secara online. Nak lebih mudah, cari mentor yang pakar di dalam bidang ini dan minta mentor ni bimbing anda sehingga berjaya.

Kami yakin wanita sekarang makin cekal dalam mengejar impian melalui bisnes. Membina bisnes bukan sesuatu yang mudah tetapi ianya menjadi senang dilakukan apabila anda mempunyai ilmu tepat tentangnya. Dapatkan ilmu dulu dan mulakan bisnes anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start