IMKK Borneo – Siok Bah!

oleh Azizan Osman pada 03 August 2017

Burung besi yang terbang tinggi di udara selamat mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, bersama Team Richworks yang bakal bertugas di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Barang-barang yang dibawa khas dari Shah Alam, ada yang telah tiba lebih awal dan ada juga yang dibawa bersama Team Richworks.  Bukan sikit-sikit, beratus-ratus kilogram juga beratnya!

Kami pantas bergerak menaiki satu van dan beberapa buah Grab Car ke The Klagan Regency, 1Borneo Kota Kinabalu, Sabah dan bersedia untuk proses ‘check-in’ yang berlaku sehari lebih awal dari Program IMKK yang dijadualkan berlangsung pada 4-6 Ogos 2017.

Persediaan yang telah dibuat lebih awal kini telah sampai ke kemuncaknya.  Meja-meja, papan tanda, lanyard, buku nota dan barang-barang lain telah siap tersedia, para petugas juga telah bersedia untuk menyambut kedatangan peserta.  Walaupun proses ‘check-in’ bermula pada pukul 2 petang pada 3 Ogos lalu, ramai peserta sudah mula hadir seawal jam 1 petang lagi.

Walaupun proses ‘check-in’ sepatutnya tamat pada pukul 8 malam, tapi kami teruskannya sehingga pukul 9.30 malam.  Kehadiran 30 orang peserta dari Brunei diketuai oleh Tuan Haji Sabri yang telah menyewa sebuah bas dan mengambil masa 10 jam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, sangat mengujakan kami.

Ini caranya orang nak mencari ilmu, sanggup buat apa saja, janji sampai ke hadapan guru!

Sebaik pintu dewan dibuka tanggal 4 Ogos 2017 dulu, aura positif yang kuat seolah-olah menyedut masuk semua peserta ke dalam dewan untuk kekal duduk tanpa berganjak.  Saat mentor yang disayangi naik ke pentas, dengan susuk tubuh yang jauh lebih sihat dan sasa, dewan gamat dengan tepukan dan sorakkan.

Awal-awal lagi dewan telah banjir dengan air mata keinsafan setelah Dr Azizan Osman memulakan hari pertama di IMKK dengan doa yang menusuk perasaan.  Seperti biasa, isi kandungan kali ini lebih berbeza.  IMKK, datanglah kali kedua, ketiga atau ke berapa saja, pasti ada sesuatu yang baru yang ditampilkan oleh Dr Azizan.

Sesi Hotseat pada malam pertama di IMKK Borneo sememangnya memberikan impak yang besar.  Kami telah tampilkan #AnakDidikDrAzizan yang telah berjaya membuat perubahan dalam kehidupan melalui bisnes yang semakin baik setelah aplikasikan ilmu dari Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM).  Yang menariknya, ramai antara mereka adalah anak Borneo sendiri.

Mereka jadi bukti.  Formula M.E.S.T.I yang selalu Dr Azizan Osman katakan di mana-mana sahaja, InsyaAllah akan membawa perubahan dan kejayaan kepada siapa-siapa yang faham dan komited untuk mengaplikasikannya.

Syabas Warga Borneo.  Anda tak pernah menghampakan kami.  4 hari berkampung di Ballroom, The Klagan Regency Hotel, 1Borneo Kota Kinabalu, Sabah  seakan tak terasa.

Semoga kami akan dengar kisah kejayaan peserta IMKK Borneo Ogos 2017 dalam masa 3-6 bulan lagi dari sekarang!

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar
 

Responses

  1. Terbaik Dr Azizan 10 August 2017, 9:13 am (#)

    Hebat Dr Azizan sya teruja sangat dgn progrem Dr Azizan Alhamdulilah …membuka minda…..dulunya seorg pendiam x byk cakap, pemalu…

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start