Ini Antara Satu Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Gagal! Wanita ini Tak Boleh Membaca Tapi Boleh Bina Bisnes Sehingga 6 Angka!

oleh Team Richworks pada 14 February 2018


16 hari lagi ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Mac 2018.  Dah bersedia?

Kami just nak tanya anda, apakah sebenarnya yang anda cari di IMKK?  Apa sebenarnya yang anda nak tahu? Apa yang anda nak capai selepas hadir ke IMKK Mac 2018 ini?  Pernah terfikir?  Atau ada yang tak tahu pun kenapa kena pergi, atau ada yang mungkin kena colek dan kena paksa pergi!

Mungkin ada…Kami dah biasa jumpa situasi macam ni.  Mula-mula datang dengan muka masam mencuka, sebab mereka sebenarnya dipaksa untuk hadir, tapi InsyaAllah masuk sesi petang dah boleh senyum!

Sebenarnya, sebaik sahaja anda HADIR ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Mac 2018, anda akan berada dalam keadaan sedia nak mengubah masa hadapan anda. Mengubah menjadi lebih baik, lebih berjaya dan lebih tinggi tahapnya dari level yang anda ada sekarang.

anda mungkin terfikir, kenapa ramai orang kat luar sana masih OK walaupun hidup tak berapa berjaya dan biasa-biasa?  Memang hidup akan OK, tapai adakah anda setakat berpuashati dengan hidup OK je?

Di IMKK Mac nanti, anda akan belajar kenapa anda MESTI berjaya? Untuk apa? Untuk siapa?  Apa yang anda nak capai?  Berapa yang anda nak capai dan bila?  Best tak?  Tak ada orang lain nak ajar anda benda-benda ni, secara intensif seperti ini..percayalah.

Ramai orang tak tahu kenapa mereka perlu berjaya.  Ramai orang langsung tak tahu kenapa mereka perlu hidup lebih baik.  5 sebab utamanya ialah:

  • Tanya diri sendiri, dah banyak jasa ibu bapa dan keluarga tersayang yang dah anda balas?
  • Tanya diri sendiri, adakah anda suka sangat nak hidup dengan hutang keliling pinggang, ‘diblacklist’, hampir muflis atau mungkin dah muflis?
  • Suka kah anda nanti, mati meninggalkan hidup yang susah kepada keluarga? Meninggalkan hutang?
  • Dah ramai sangat ke orang susah keliling anda yang anda dah bantu, atau anda setakat mampu tengok je?
  • Adakah anda dah ada persediaan yang cukup untuk hidup lebih baik di masa akan datang, atau anda sukalah sangat hidup dalam keadaan anda sekarang ini?

Ini adalah antara soalan yang anda perlu fikirkan, sebelum hadir ke IMKK.  Ambil pen dan kertas, tulis kat kertas dan bawa masa anda hadir ke IMKK nanti.  Anda juga boleh share story anda, perjalanan dan persediaan anda ke IMKK di Facebook Group IMKK Mac 2018.  Klik link ini untuk sertainya.

Dan jangan lupa untuk jawab soalan 10 Matlamat yang Anda Ingin Capai dengan klik link di bawah.  Bila anda jawab soalan ini, anda akan mula terfikir tentang apa yang anda nak capai di akhir tahun ini, tahun hadapan dan 3-10 tahun akan datang.  Jadi, penting untuk anda jawab.

Last sekali, kami nak share dengan anda kisah Puan Halimah Muda, pemilik butik Fesyen Nor Idaman di Ipoh. Bayangkan, bagaimana seorang wanita yang tak tahu membaca tapi boleh bina bisnes hingga 5-6 angka sebulan. Korang yang boleh baca tu macam mana?  Boleh ke jadi macam dia?  Bayangkan, beliau nak ke Titan Summit Bangkok 2018, beliau sanggup naik kereta dan memandu dari Ipoh ke Bangkok.  Kenapa? Kena tonton sampai habis.

Ambil kisah ini sebagai inspirasi anda iktibar ye…

Tonton sekarang.


Tak sabar nak jumpa anda di IMKK Mac 2018.  Pendaftaran bermula pada 1 Mac 2018 pada pukul 2.00 petang, pastikan daftar awal supaya anda tak kelam kabut nak masuk belajar pada hari Jumaat 2 Mac 2018 nanti.  Rugiii… sangat kalau masuk lambat.

 

Salam Kejayaan

Team Richworks

Lagi mengenai artikel: Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start