#inspirasikayaberjaya: Jeff Bezos, Pengasas Amazon.com

oleh Azizan Osman pada 03 Januari 2017

jeff-bezos

#inspirasikayaberjaya
Edisi-2

Kisah kali ini adalah mengenai Jeff Bezos, Pengasas Amazon.com. Jeff disenaraikan sebagai orang No.4 terkaya di dunia dengan nilaian kekayaannya sebanyak $66.7 billion atau lebih kurang RM330 billion. Amazon.com tersenarai di Nasdaq pada tahun 1997.

Menarik kisah Jeff ini kerana persepsi awal ramai orang adalah negatif apabila dia mulakan perniagaan online Amazon.com pada tahun 1994 di Washington yang pada awalnya hanyalah menjual buku. Ya. Menjual buku secara dalam talian. Bayangkan jika dalam masyarakat Melayu kita dahulu, jika anda ingin meminang seorang wanita tetapi bila ditanya apakah pekerjaan anda dan anda jawab, berniaga jual buku kat internet makcik….. Agak-agaklah kan…… Sah-sah makcik itu tolak dan suruh balik agaknya.

Jeff Bezos, dilahirkan pada 12 Januari 1964 membuat keputusan untuk memulakan bisnes ini hanya daripada garaj rumah dia tanpa modal yang banyak. Sebelum itu Jeff adalah bekerja makan gaji di beberapa tempat antaranya sebagai jurutera sistem di Wall Street dan kemudian di sebuah syarikat pelaburan bernama Bankers Trust serta syarikat internet D.E.Shaw & Co. sehingga menjadi Senior VP.

Jeff mengambil masa untuk menulis pelan perancangan perniagaan barunya sambil memandu merentasi bandar dari New York ke Seattle sebelum memulakannya.

Apa yang ramai tidak tahu ialah nama asal syarikatnya bukanlah Amazon.com tetapi “Cadabra”. Dan beliau menukar nama syarikatnya kepada Amazon setahun selepas bermula.

Bagaimana Jeff memilih memulakan perniagaan dalam taliannya dengab menjual buku? Begini, dia telah membuat sedikit kajian sebelum membuat keputusan. Dia telah menyenaraikan 20 produk yang dia lihat berpotensi ketika itu, antaranya CD (Compact Discs), komputer, software, video dan buku. Dia memilih buku kerana dia melihat buku mempunyai pasaran yang lebih meluas seluruh dunia serta kos mendapatkan buku untuk dijua adalah lebih rendah serta pelbagai tajuk yang boleh dia pasarkan nanti.

Hari ini, Amazon.com bukan sahaja telah menjadi platform untuk menjual buku tetapi mereka telah menjadi platform online yang menjual pelbagai barang dari DVD, CD, video streaming, video games, pakaian, perabot, makanan, mainan, barang kemas, barangan elektronik, kereta dan macam-macam lagi. Dan selain daripada Amerika Syarikat, Amazon.com mempunyai pasaran merentasi seluruh dunia. Jeff juga terlibat melabur dalam pelbagai syarikat lain seperti Kindle, Audible.com, Zappos dan banyak lagi termasuk memiliki Washington Post, Business Insider dan melabur secara besar-besaran di dalam membina roket untuk membawa manusia tinggal di angkasa lepas satu masa nanti melalui syarikat beliau Blur Origin.

Cuba fikirkan sejenak. Apa yang kita boleh belajar dari proses Jeff memulakan bisnes ini?

Ramai usahawan hari ini yang berniaga tanpa perancangan serta tidak memikirkan adakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah boleh “scalable”, boleh dipasarkan dengan skala lebih besar satu masa nanti. Contoh, jika hanya buat sendiri karipap seorang-seorang dirumah, adakah anda mampu buat banyak dengan kudrat anda serta dengan masa yang anda ada? Atau adakah lebih bagus pasarkan sahaja karipap yang dibuat oleh pengeluar yang mampu mengeluarkan dengan banyak? Mungkin untuk permulaan tidak mengapa tetapi jika benar-benar ingin berniaga dan berkembang?

Dan ramai usahawan tidak buat kajian tentang pasaran, potensi produk mereka serta permintaan yang ada. Ramai yang “teka-teka” atau “main tembak” berniaga apa sahaja atau berniaga “cuba-cubalah”… Saya jumpa ramai yang akhirnya masuk kelas jumpa saya untuk belajar semula bagaimana untuk memulakan dan membina bisnes yang boleh pergi jauh.

Dan pada awal penubuhan Amazon.com, Jeff tidak memfokuskan bisnes beliau hanyalah untuk membuat keuntungan dengan pantas tetapi lebih mementingkan bagaimana Amazon.com dapat memudahkan pelanggan-pelanggan mendapatkan buku-buku dengan mudah. Sedangkan ramai usahawan tidak sabar untuk kaya cepat tanpa mementingkan pengalaman pelanggan dan perkhidmatan pelanggan.

Saya harap anda belajar sesuatu dari perkongsian kali ini. Jika anda belajar sesuatu dan suka, silakan Like, Komen dan Share kepada 5-10 orang lain yang mungkin boleh jadikan kisah ini sebagai inspirasi.

Nak kisah inspirasi usahawan lagi?

#AzizanOsman
#MentorUsahawan

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start