Ira Sado Kata Dia Berniaga Kerana Nak Pencen Awal?

oleh Azizan Osman pada 20 April 2017

Ira Sado

Bila sebut perkataan pencen selalunya berkaitan dengan orang yang dah berusia.  Tapi lain dengan Cik Nazatul Nazira Zainol Abidin atau lebih dikenali sebagai Ira Sado ini, yang baru berusia 24 tahun tapi dah nak pencen!

Nak kata ‘sado’ tak lah sasa sangat tubuhnya.  Wanita kecil molek berasal dari Pulau Pinang ini dapat gelaran ‘Ira Sado’ yang diberikan oleh followersnya setelah dia berjaya bangkit membina bisnesnya yang pernah jatuh.  Dalam usia yang muda, berbagai cabaran dalam bisnes dah beliau hadapi.

Ira mula berniaga ketika di semester 3 sewaktu belajar di sebuah kolej di Kuantan.  Tujuannya berniaga ketika itu kerana nak cari duit lebih.  Berbekalkan modal RM500 yang dipinjam dari ayah kesayangan, Ira berniaga tanpa pengetahuan ibu bapanya.  Pernah suatu ketika, bila ibunya dapat tahu tentang bisnes sorok-soroknya, ibunya rasa sedih kerana beliau ingatkan Ira terpaksa berniaga kerana tak cukup duit belanja bulanan.

Bukan itu sebabnya, Nazatul Nazira bukan berniaga kerana tak cukup duit bulanan, tapi kerana minatnya yang sangat mendalam dengan perniagaan.  Beliau nampak peluang yang sangat besar untuk beliau pergi jauh, untuk beliau capai lebih banyak impiannya dan peluang yang lebih besar untuk beliau berbakti kepada orang tersayang di sekelilingnya.

Dengan berbekalkan semangat berniaga, beliau mula berniaga di Pasar Uptown di hujung minggu, dan kemudian beliau mula berniaga setiap hari di Pasar Downtown di sekitar Kuantan.  Dengan simpanan yang ada, beliau mula membuka butiknya sendiri.  “Seronok betul rasanya dapat buka butik sendiri.” Kata Ira Sado, ketika bercerita tentang pengalamannya.  Baginya, memiliki butik sendiri seolah-olah satu kejayaan dan pencapaian yang sangat dibanggakan.

Malangnya, semangat dan keseronokan itu tak kekal lama.  Berniaga tanpa bisnes menyebabkan perniagaanya terpaksa ditutup.  Manakan tidak, selama ini dia tak pernah tahu bahawa dia tak boleh ambil dan pakai duit jualan bisnes sewenang-wenangnya!  Kalah dengan kehendak jiwa muda yang mahukan macam-macam, dan berniaga tanpa ilmu menyebabkan akhirnya beliau terpaksa tutup kedai.

Keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan bisnes merupakan satu langkah untuk Ira mencapai kejayaan lebih besar setelah kejatuhannya.  Anak muda ini bermula kembali dengan menjual produk-produk orang lain sehingga mampu membina team sendiri.  Ketika aktif berbisnes, beliau sering ternampak laman Facebook dan YouTube Azizan Osman, tapi beliau hanya menyuruh Teamnya untuk menghadiri program Dr Azizan Osman, baginya cukuplah dia tengok di FB sahaja.

Lama-kelamaan, Nazatul Nazira sedar, salesnya mulai statik.  Susah untuk naik.  Dia seolah-olah dah kehabisan idea untuk memasarkan produknya.  Akhirnya, pada September 2016 yang lalu, beliau gagahkan diri untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Menara PGRM, Cheras.

Program 3 hari tersebut dah membuka mata beliau seluas-luasnya tentang apa potensi beliau yang sebenar.  Beliau mula faham, bagaimana nak berbisnes dengan betul.  Nekad untuk membawa perniagaannya lebih jauh, Ira terus komited untuk hadir ke program-program lain.

Apa yang menyeronokkan bagi beliau, dengan ilmu dari Dr Azizan Osman, beliau yang sangat mentah dalam dunia perniagaan rasakan bahawa beliau sentiasa akan di bimbing dan juga sentiasa ada kumpulan yang memberikan sokongan kepada beliau.  Ilmu dari Dr Azizan juga buatkan beliau lebih yakin dengan apa tindakan yang beliau nak lakukan.  Beliau berhasrat untuk menjadikan bisnesnya boleh bergerak dengan sendiri supaya beliau dapat pencen awal dan menikmati kehidupan.

Belum sampai setahun menghadiri Program Richworks, Alhamdulillah dengan ilmu dan tindakan yang konsisten dan sikap yang sangat komited, Ira Sado kini sangat bersyukur kerana Produk Nyra Skinworks miliknya dah berjaya buat jualan sehingga RM300,000 sebulan.  Beliau sangat bersyukur, pada usia semudanya beliau dah mampu membantu keluarga dan memberi pendidikan terbaik untuk adiknya. Beliau juga pernah membawa keluarganya melancong ke Eropah.

Kecil-kecil cili padi, sekali makan pasti berapi.  Usia tak pernah jadi faktor penghalang  sesiapapun untuk berjaya.  Jatuh bangun dalam bisnes itu biasa, pokok pangkalnya tanpa ilmu, jatuhnya kita nanti pasti sakit dan lama.  Anda macam mana?

10 hari lagi ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan pada 29 April-1Mei di Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam.  Layari www.azizanosman.com/imkk/april2017 untuk mendaftar.

#TeamAzizan #ResultMatters.

Lagi mengenai artikel: Seminar, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start