Jadi Ibu, Usahawan & Isteri Berjaya Dengan 10 Tips Ini

oleh Team Richworks pada 04 January 2018


Menjadi suri rumah tangga 24 jam sehari setiap hari memang meletihkan. Apa lagi jika anda suri rumah yang turut menjalankan perniagaan anda sendiri. Pasti menambahkan lebih lagi tekanan dan lelah pada diri anda. Bagi yang bijak, mereka mampu untuk menggalas kedua-dua tugas dengan sangat hebat. Bagi yang masih lagi tercari-cari teknik dan taktik untuk mengimbangi dua skop kerjaya ini, kami ada jawapannya.

  1. Sentiasa tersusun dan teratur.

Anda perlu memastikan semua kelengkapan kerja harian dan urusan perniagaan anda dalam keadaan teratur, kemas dan bersih setiap hari setiap masa. Anda perlu memaksimakan waktu anda dengan perkara yang membawa nilai utama pada anda. Anda tak boleh nak bazirkan waktu menyusun fail pada masa yang sepatutnya anda uruskan hal penting yang lain. Jika anda bekerja di rumah, pastikan anda ada ruang kerja khas untuk anda, dan ruang rumah anda sentiasa tersusun.

  1. Buat pelan.

Ada yang selesa gunakan buku, ada yang suka gunakan app dan gajet untuk menyusun jadual mereka. Yang penting, anda perlu ada satu jadual atau planner yang memperincikan semua temu janji atau mesyuarat perniagaan, dan juga peribadi. Satu planner untuk semua. Jadi anda tak akan tercicir atau tersalah tarikh dan sebagainya. Anda perlu rancang pada jam berapa anda perlu selesaikan kerja, dan lain-lain perkara. Rancangan itu penting. Tapi bagi ruamg fleksibiliti juga untuk hal-hal yang tak diingini. Mungkin anak anda meragam, pihak taska bercuti dan sebagainya.

  1. Bekerja bersama keluarga

Ruang kerja anda, bagi yang di rumah terutamanya, pastikan ianya selamat untuk anak kecil. Tiada bucu tajam, wayar berselirat dan kertas bersepah. Ada yang menyediakan satu ruang santai untuk anak mereka bermain sambil mereka menyiapkan tugasan. Jika anak anda sudah faham arahan dan boleh melaksanakannya, anda boleh ajak mereka bantu anda dengan kerja yang bersesuaian.

  1. Waktu anda bukan lagi 9-5

Bagi usahawan wanita di rumah, anda tidak lagi terikat dengan waktu kerja 9-5 tetapi anda bekerja pada setiap waktu yang mungkin terluang! Anda boleh siapkan kerja sebelum anak anda bangun, setap kali anak anda tidur, atau bersengkang mata di tengah malam. Cuma pastikan temu janji yang segera anda dah tunaikan dan yang lain-lain anda hanya perlu tunggu.

  1. Selangkah kehadapan

Untuk elakkan anda cepat penat pada hari itu, sediakan barangan kelengkapan (contohya persiapan anak sekolah) disiapkan pada malam sebelumnya. Jadi pagi itu anda boleh terus bersiap untuk kerja anda. Anda juga mungkin perlu bangun lebih awal, mandi lebih awal dari biasa dan siapkan kerja anda sementara ahli keluarga anda belum bangun.

  1. Tahu prioriti

Anda kena tahu mana satu lebih penting,  keluarga dan kerjaya. Jadi maksimakan masa bersama mereka tanpa buat kerja yang remeh temeh

  1. Set satu cheat day.

Pilih satu hari yang hanya fokus pada anda saja, untuk “me-time” anda, supaya anda dapat kurangkan tekanan anda.

  1. Fokus.

Untuk elakkan anda hilang fokus pada kerja anda, senaraikan kerja rumah dan buat jadual tugasan untuknya mengikut hari dan minggu. Contohnya melipat kain pada hujung minggu. Jadi anda lebih fokus dalam sesuatu kerja tanpa tergesa-gesa untuk menyiapkan kerja lain pula.

  1. Dapatkan bantuan pasangan

Minta bantuan pasangan dan jangan lupa ucapkan terima kasih. Agak sukar untuk berjaya tanpa pertolongan mereka jadi berkomunikasilah dengan pasangan anda tentang bagaimana mereka boleh saling membantu meringankan beban anda.

  1. Jaga diri anda.

Bagaimana nak bekerja dengan sempurna jika anda tak jaga kesihatan diri? Sesibuk mana pun anda, jangan lupa untuk makan makanan berkhasiat pada setiap waktu makan. Jangan pernah tinggalkan sarapan. Dan jika dah tak sempat sangat, ambillah buah-buahan atau minuman bijirin di awal pagi. Snek antara waktu makan? Ambil biskut yang tinggi fiber dan sebagainya. Elakkan makanan segera atas alasan nak cepat!

Menjadi ibu tak patut membantutkan anda untuk jadi apa juga yang anda suka. Usahawan, atau sesiapa sahaja. Dan anda memang sangat hebat kerana boleh melaksanakan kedua-dua tugas dengan baik sekali. Sesekali, hargai diri sendiri dengan ucapan terima kasih atau berikan reward pada diri anda.

Terima kasih dan tahniah pada anda semua yang bergelar mompreneur!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start