Jadikan Diri Anda Sehebat Porsche

oleh Team Richworks pada 03 August 2017

Ada orang takut nak sebut jenama kereta yang laju ‘ni.  Baru nak berangan, biawak besar mula berbisik..”buat apa nak beli kereta mahal-mahal, esok mati naik kereta jenazah jugak.”

Betul!

Habis tu kenapa sementara hidup ni tak naik kereta jenazah je?  Kan kata nak buat persediaan untuk mati, so naiklah kereta jenazah ketika hidup ni. Ini bukan orang kat sini lah, tapi orang yang kat utara Afrika sana tu.

Janganlah marah, gurau pun tak boleh ke?  Ada tak dari anda yang pernah bercita-cita nak miliki kereta Porsche?  Ada?  Ada tak yang dah jilat stereng Porsche idaman, terutamanya lepas hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), dan selepas tulis 101 impian?

Dr Azizan Osman kata, jika anda nak sesuatu perkara, anda  perlu ada 3 perkara ini.  BE.  DO.  HAVE.  Jadi  dan rasa seperti dah memilikinya, bertindak seperti dah memilikinya dan akhirnya pasti anda akan memilikinya.  Yang penting percaya dulu bahawa anda mampu memilikinya.  Jangan fikir pasal macam mana nak bayar, usaha dulu sebaiknya, seterusnya tawakal dan doa, InsyaAllah ada hasilnya.

Kami nak kongsikan dengan anda kenapa anda perlu jadikan diri anda sehebat Porsche.

1/ Jadikan anda yang terawal

Ferdinand Porsche, pengasas kereta jenama Porsche telah mencipta ‘Hybrid Electrict Car” pada tahun 1899.  Di saat orang lain masih sibuk berbangga dengan kereta kuda, beliau dah mencipta kereta elektrik. ‘Be ahead of time.’ Jika anda nak jadi sehebat Porsche.

2/ Jadikan diri anda berbeza

Be Different.  Pada awal tahun 1900an, kereta lumba selalunya bersaiz besar dan Ferdinand Porsche telah mencipta kereta lumba bersaiz kecil. Walaupun telah dikritik hebat, kereta yang diberi nama “Sascha” telah memenangi 43 perlumbaan.

3/ Bermula kecil, tapi hasilkan yang besar.

Start Small,Grow Bigger. Porsche telah menghasilkan  model Porsche 356 dalam tempoh 2 tahun pertama mereka di sebuah kilang papan yang kecil sahaja.

4/ Jadikan diri anda berguna

Be useful. Polis Belanda juga pernah menggunakan Porsche 356 dalam tugas harian mereka.  Kereta ini yang direka khas untuk kepantasan dilihat dapat membantu polis untuk melakukan tugas mereka.

Amacam?  Anda kata Porsche tak boleh bawak mati, tapi adakah anda mampu beri manfaat sehebat jenama kuda hitam  ini.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start