Jangan Biarkan ‘Suara Kecil’ Anda Menguasai Hidup.

oleh Azizan Osman pada 08 August 2017

Kami baru sahaja selesai mengadakan IMKK Borneo di Kota Kinabalu,Sabah.  Amazing! IMKK Borneo yang biasanya dihadiri oleh orang-orang Sabah, Sarawak dan Brunei tak pernah menghampakan kami.

Mereka sangat komited dengan ilmu.  Datang awal dan fokus sepanjang program.  Setiap ilmu yang dikongsikan oleh Dr Azizan Osman, mereka telan sebaik-baiknya.  Tenaga yang mereka berikan sangat tinggi.  Alhamdulilah, mungkin disebabkan komitmen mereka, makin lama makin banyak kisah kejayaan dari #AnakDidikDrAzizan di Sabah, Serawak dan Brunei kami perolehi.

Tahniah kepada semua yang dah mendaftar untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang bakal berlangsung di IDCC, Shah Alam Selangor. Kami yakin, anda juga tak sabar untuk hadir dan akan komited sepanjang program berlangsung pada 27-29 Oktober 2017 nanti.

Untuk itu, kami nak hangatkan perasaan anda dengan berikan sedikit petikan video dari Program IMKK yang lepas.  Tonton dan hayati ilmunya.

 

Dr Azizan Osman selalu berkata “Musuh utama yang menghalang kejayaan kita ialah diri kita sendiri.”  Akal kita ni, Allah jadikan untuk kebaikan dan ditambah sedikit rasa was-was supaya kita berhati-hati dalam tindakan atau berfikir sebelum bertindak dan tidak melulu.  Malangnya, ramai antara kita ‘ni biarkan akal menguasai kita.  Kia biarkan dia memberi arahan yang buruk-buruk kepada kita.

Akal kita dipengaruhi oleh apa yang ada di sekeliling kita.  Jika kita sentiasa dikelilingi dengan persekitaran negatif, orang yang negatif, kata-kata yang negatif, akal kita pun mulalah nak negatif.  Segala yang kita nak lakukan semuanya pun dia akan berikan maklum balas negatif.

Dan bila kita terus biarkan akal atau Dr Azizan Osman gelarkan sebagai ‘biawak’ ini untuk meguasai hidup, sudahnya kita tak akan ke mana-mana.  Kita akan hidup biasa-biasa dan takut nak buat lebih untuk capai kehidupan yang lebih baik.

Semoga perkongsian ini dapat menjadikan anda dapat menghalang ‘biawak’ yang mungkin dah mula berbisik kepada anda ‘ tak payah lah datang IMKK tu nanti…poyolah semua tu..”  Ada kan?

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start