Jangan jadi seperti Kak Ani! Dulu wanita ini berbisnes tapi sangat tersiksa. Sekarang dah mampu hidup lebih baik

oleh Team Richworks pada 20 April 2018


Apa tujuan kita berniaga?

Adakah kita berniaga untuk hidup lebih susah dari makan gaji?

Adakah kita berniaga hanya untuk kais pagi makan pagi?

Apalah maknanya kalau korang berniaga tapi anda masih hidup susah?  Masih tak ada duit? Masih ada banyak hutang piutang? Apa maknanya kalau berniaga bertahun-tahun, tapi duit yang dapat hanya untuk bayar hutang, beli stok dan pusing ikut situ saja…?

Kami nak share sikit kisah Kak Ani, seorang peniaga nasi lemak di Klang.  Dia berniaga sebab nak tanggung kehidupan dia dan anak. Dah lama dia berniaga, tapi keadaan perniagaan dia sangat teruk. Dia berniaga macam peniaga lain jugak. Kena keluarkan modal untuk beli stok harian, beli beras, telur, ikan bilis, timun, cili…semualah.  Setiap hari dia ke pasar awal-awal pagi untuk beli bahan.

Tapi…setiap hari dia berniaga teruk-teruk, terpaksa berpenat lelah, tak cukup tidur, awal-wal pagi lagi dah kena bangun untuk masak nasi lemak, sambal dan lauk pauk, malangnya dia masih hidup menderita.  Kak Ani tak faham, macam mana nak dapat duit dari perniagaannya.  Duit jualan nasi lemak setiap hari hanya untuk beli bahan untuk jual nasi lemak hari esok! Siksanya lah,,,

Sampai bila nak jadi macam tu? Sampai bila nak kaya? Macam mana nak uruskan duit bisnesnya? Macam mana perniagannya nak jadi lebih besar? Kenapa dah berniaga tapi masih tak ada duit? Itu soalanhya kat diri sendiri setiap hari..

Ada masanya, Kak Ani menangis bila masa nak bayar pembekal. Menangis kat pasar ketika nak bayar peniaga lain, sebab dia terpaksa keluarkan duit bisnes yang ada dan terpaksa teruk-teruk lagi berbisnes untuk bayar kos hari esoknya…

Sehinggalah satu hari beliau terbuka hati nak belajar dengan Tuan Jerry Rizal.  Mula-mula Kak Ani risau sangat sebab takut tak faham bahasa yang digunakan. Ye lah, Kak Ani tak berpelajaran tinggi. Tapi Kak Ani, tetap juga tabahkan hati, sebab dia dah tak tahan lagi berniaga tapi tak nampak hasilnya. Kak Ani belajar, macam mana nak uruskan duit bisnes, kenapa nak kena simpan duit dalam bank hari-hari, kenapa perlu ada akaun bank perniagaan dan bukan akaun personal.  Kak Ani belajar macam mana nak rekod jualan setiap hari,  Kak Ani tak pandai guna komputer tapi Kak Ani guna buku lejer.  Pakai tulis je.  Kak Ani belajar macam mana nak buat profilling kewangan yang betul. Bila masa nak keluarkan duit untuk beli stok, macam mana nak uruskan duit untuk beli stok dan banyak lagi ilmu.

Tak lama lepas tu, Kak Ani mula nampak hasilnya.  Kak Ani mula jelas macam mana nak setkan harga nasi lemak, dan nak uruskan kosnya.  Kak Ani dah mula nampak duit kat akaun bank.  Dah ada simpanan!  Kak Ani pun dah tak kelihatan kusut lagi, dah boleh pakai tudung cantik-cantik dan blink-blink…dan yang paling best, Kak Ani dah mampu dapat pinjaman dari bank! Dengan akaun bank yang cantik, dan ilmu profiling dari Tuan Jerry, akhirnya Kak Ani dah rasa hasilnya.  Hasil duit bisnesnya.

Jangan ingat hanya peniaga gerai macam Kak Ani je perlu tahu ilmu macam ni.  Makin besar perniagaan anda, makin banyak ilmu anda perlu tahu. Masalahnya, ramai peniaga rasa syok sangat nak buka bisnes, tapi ilmunya tak ada.  Tak tahu urus bisnes, tak tahu ilmu cashflow, tak tahu tentang cukai pendapatan, cukai korporat dan cukai bisnes. Tak tahu tentan GST! Tak tahu faedah dan perbezaan antara Sdn Bhd dan Entreprise serta PLT. Ada yang tak tahu urus akaun, tak ada akaun syarikat pun…gila ke apa!

Ramai peniaga ambil mudah perkara seperti ini.  Mereka fikir setakat ada bisnes dan buat duit hari-hari dah OK, tapi mereka tak sedar bia mereka tak uruskan bisnes sebaiknya akibatnya

  • Satu hari mereka tak akan sedar duit bisnes hilang macam tu je kerana akaun tak terurus,
  • Mereka tak sedar mereka terpaksa bayar denda yang banyak sebab tak bayar cukai dan GST, atau paling teruk boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Bila mereka nak buat loan nak besarkan bisnes, loan kena reject sebab akaun tak cantik, tak ada profiling kewangan yang bagus.
  • Staf tak kekal lama, asyik keluar masuk atau yang tingga pun semua yan gada masalah dan tak berdisiplin

Masa tu baru baru nak sedih..dah terlambat leee…

Sepanjang Richworks ditubuhkan semenjak 2008, kami dah jumpa ramai peniaga yang ada masalah macam ni.  Pandai buat duit, pandai nak berniaga tapi tak pandai nak uruskan perniagaan.  Sebab tu perniagaan tak tahan lama, sekejap lepas tu akan melingkup. BIla buka lagi perniagaan lain, hasilnya tetap sama.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan, Video
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start