Jangan Sampai Anda Kena Scam Dengan Pembekal!

oleh Team Richworks pada 04 January 2018


Jika anda usahawan yang sudah mula bertindak untuk meluaskan pasaran dan wilayah anda, pasti anda perlukan kuantiti produk yang banyak. Hanya ada dua kemungkinan untuk mendapatkan bekalan yang banyak dan mencukupi – miliki kilang produksi sendiri atau bergantung pada pembekal.

Ada yang miliki janaan kewangan yang sesuai untuk memiliki kilang mereka sendiri tapi kebanyakan usahawan sekarang ramai yang bergantung pada pembekal-pembekal mereka. Sama ada pembekal dari dalam, mahupun luar negara, ada pertalian darah dengan anda, mahupun tidak, anda tetap perlu berhati-hati. Kenapa? Kerana jika anda tersilap langkah, produksi anda mungkin akan terjejas jika;

  1. Pengeluaran lambat / tidak patuh tempoh masa
  2. Kapasiti pengeluaran tidak cukup
  3. Kualiti produk tidak konsisten
  4. Harga kos tidak konsisten
  5. Produk tidak dilepas (hold) oleh pembekal
  6. Produk dijual pada pesaing
  7. Isu kastam simpan barang / duti cukai tidak jelas
  8. Produk tidak disiapkan / tidak dibuat
  9. Bahan mentah tidak mencukupi
  10. Pembekal tutup / lari
  11. Salah faham dalam komunikasi

Dan macam-macam hal lagi yang boleh berlaku. Bila sesuatu perkara melibatkan pihak luar, anda harus sentiasa berwaspada.

Jika anda berurusan dengan pembekal luar negara misalnya China, India, dan sebagainya, yang mempunyai perbezaan bahasa, tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, perbezaan waktu, dan lain-lain, komunikasi antara anda dan mereka perlu benar-benar difahami. Malah budaya mereka dalam berbisnes juga sebenarnya adalah berbeza. Jadi anda perlu fahamkan serba sedikit terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perjanjian atau perhubungan profesional.

Berikut kami paparkan 3 tips penting yang boleh anda jadikan panduan dalam pencarian pembekal anda – dari dalam mahupun luar negara.

Komunikasi

Tiada siapa yang berurusan tanpa komunikasi dua hala dahulu, betul? Atau anda main serbu saja bila nampak harga murah dan terus order tanpa sebarang pertanyaan atau soal selidik? Lagi-lagi jika ianya melalui platform online. Hati-hati! Salah satu kesalahan terbesar usahawan ialah membuat pesanan pukal yang banyak, tanpa bercakap terlebih dahulu dengan pembekal tersebut. Ya, memang platform online seperti Alibaba, yang menyediakan khidmat barangan pukal itu memaparkan pembekal dan produk yang bervariasi, tapi, apa-apa sekalipun, anda kena rajin untuk berkomunikasi terlebih dahulu biarpun anda sedang mengejar masa. Ibaratnya, 10 orang pembekal yang anda jumpa, mungkin hanya satu saja yang bukan dikategorikan sebagai scammer.

Formaliti

Biar nampak leceh, tapi ia bagus untuk keselamatan dan kredibiliti jangka panjang. Hantar kontrak dan perjanjian tidak boleh dedah (non-disclosure agreement) yang sesuai. Dan bila anda menghantar sesuatu jenis kontrak atau perjanjian, pastikan anda perhatikan tempoh masa nya. Biasanya, syarikat-syarikat pembekal ini berurusan dengan anda melalui wakil syarikat, dan itu bermakna surat perjanjian anda bukan akan siap dalam sekelip mata. Pastinya ia akan mengambil waktu beberapa hari, atau minggu untuk syarikat tersebut menandatangani perjanjian itu. Jadi jika kontrak anda siap selepas 5 minit, anda perlu rasa was-was.

Semakan ulang kali

Jangan percaya bulat-bulat apa yang anda nampak, sekali. Cari dan tengok berkali-kali. Lihat dan semak nama syarikat, alamat, emel, nombor telefon, laman web dan lain-lain. Lihat di platform lain juga. Kemudian cari di google tentang profail mereka, kredibiliti, ulasan, dan testimoni jika ada. Kaji dahulu tentang mereka. Tanya pengalaman jika rakan perniagaan anda pernah berurusan dengan mereka.

Bila anda sedang mencari pembekal yang berpotensi untuk syarikat anda, lihat reputasi dan tahap kebolehpercayaan mereka. Anda tak semestinya perlu bersemuka dengan mereka (kadangkala berjumpa face to face pun boleh kena tipu juga!). Asalkan anda kaji dan semak mereka dahulu, kemudian baru bekerjasama dengan mereka untuk keluarkan produk anda.

Paling utama, anda tak boleh hanya bergantung pada 1 pembekal semata-mata. Cari paling minimum 10 pembekal, senaraikan harga mereka, kredibiliti dan kriteria mereka, dan susun mengikut ranking. 1-3 adalah pembekal keutamaan anda, 4-10 adalah pelan sandaran anda. Barulah anda tidak mudah dibuli oleh pembekal, dan senang untuk cari jalan keluar jika pembekal utama anda buat sebarang masalah pada anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start