Jika Perniagaan Anda Sebuah Kenderaan, Agak-Agak Anda Ke Mana Ia Akan Bawa Diri Anda?

oleh Azizan Osman pada 11 August 2017

Kami nak ajak anda berfikir sekejap, andaikan bisnes anda ‘tu sebuah kenderaan, anda rasa bisnes anda ‘tu seperti kenderaan apa?  Anda cek balik keadaan bisnes anda ‘tu.  Adakah ianya memang dah sestabil BMW, Mercedez, Porche, Bentley atau stabil tapi seperti Toyota, Honda, Peugeot atau apa?

Fikir baik-baik, sistem perniagaan yang anda ada, pengurusan kewangannya, pengurusan pentadbirannya, sumber manusia, pengurusan stok..agak-agak anda ianya seperti kenderaan macam mana?

Adakah ianya boleh pecut laju, stabil dan gah seperti Porsche dan Bentley.  Atau keadaanya macam kereta yang dah lama tersadai kat bengkel?

Dan jika bisnes anda itu sebuah kenderaan, rasa-rasanya lah ke mana ianya boleh bawa anda?  Sejauh mana?  Adakah enjin, gear, piston, karburator, radiator dan segalanya cukup kuat untuk bawa anda pergi sangat jauh?  Amacam?  Ada jawapan…

Masalahnya, ramai usahawan kat luar sana tak mampu nak jadi pemandu bisnes yang baik.  Bahkan, terpaksa pula buat kerja-kerja technician untuk betulkan bahagian kenderaan yang tengah rosak dan tenat.  Ada juga ramai usahawan yang bukan sahaja jadi pemandu, tapi dia lah juga yang jadi tayar, enjin, tingkap, pintu dan semuanya!  Dalam kenderaan pula di sumbat macam-macam, sampah sarap, barang-barang berguna dan tak berguna semua pun ada.  Agak-agak anda, boleh ke kenderaan bergerak laju jika semuanya tak dipandu dengan betul?

Ini gambaran saja.  Mungkin tak ada kena mengena dengan perniagaan anda.  Tapi mungkin bagus jika boleh luangkan sedikit masa untuk cek dan fikirkannya.

Dalam Program Master Your Business (MYB), usahawan akan didedahkan dengan ilmu bagaimana nak jadi leader yang betul dan bagus.  Dalam konteks kenderaan tadi, bagaimana anda nak jadi pemandu yang bagus supaya dapat bawa kenderaan anda menuju lokasi.  Apa persediaan yang anda perlu ada untuk pastikan perjalanan anda lancar, bekalan yang diperlukan cukup dan anda tak sesat jalan?

Perniagaan adalah seperti satu perjalanan yang panjang.  Tanpa persediaan yang cukup, anda mungkin sesat jalan atau terputus bekalan.  Atau ada mungkin berpusing-pusing di satu kawasan yang sama yang akhirnya buatkan anda penat kerana tak sampai ke mana-mana.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start