Jual Ubat Kurus

oleh Team Richworks pada 01 August 2016

017B

Wanita ini mencipta nama melalui Facebook dan Instagram.

Bunyi macam seronok tapi anda perlu baca kisah naik turun kehidupan bekas jururawat ini. Percaya tak anda, pada umur 26 tahun wanita ini mampu buat jualan sehingga RM1.4 juta?

Puan Marziana Shukri, pernah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana percaya minatnya dalam berniaga boleh membantu memberikan pendapatan yang lebih baik kepada beliau.  Malangnya, berhenti kerja tanpa perancangan yang betul menyebabkan beliau berada dalam situasi yang sukar.

Untuk menampung kehidupan, beliau berniaga sengkuang calit di pasar ‘uptown’.  Kemudian beliau bermula dengan berniaga menjadi dropship kepada produk orang lain.  Tarikan berniaga secara online semakin kuat dan beliau mula mempromosikan produk menggunakan Facebook.

Anehnya! Beliau mula berniaga online walaupun masih menggunakan “handphone torchlight” sebuah‘tab’ dan wi-fi kedai mamak!  Berpegang kepada prinsip, bermula dengan apa yang ada di tangan, beliau teruskan usaha tanpa putus asa.

Bagaimana perniagaan beliau boleh meletup?

Sehinggalah beliau terfikir untuk mencari guru yang boleh mengajar berniaga di Facebook supaya dapat memendekkan jangka masa dan melonjakkan perniagaan onlinenya, beliau mula hadir ke Program Dr Azizan Osman.

Dengan ilmu-ilmu yang diperolehi, beliau semakin fokus dengan perniagaan melalui Facebook dan mula ‘brandingkan diri’. Selain dari itu, beliau juga telah mengenalpasti potensi diri iaitu minat beliau untuk mengajar.  Dari situ, beliau mula menulis ebook, dengan niat untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang lain.

Puan Marziana kemudian mula berjinak-jinak untuk menggunakan platform Instagram dan perniagaannya mula semakin meletup sehingga mendapat liputan dari pihak media.  Nak tahu ilmu perkongsian beliau tentang perniagaan melalui Instagram, tonton perkongsian beliau sehingga habis.

Pasti anda belajar sesuatu dari perkongsian beliau.

Pesan terakhir beliau, tak perlu tunggu semua sempurna untuk bina perniagaan. Mulakan sahaja dengan apa yang ada.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

Lagi mengenai artikel: Blog, Pengumuman, Siapa Dr. Azizan Osman, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Responses

  1. muhammad salim bin zaidi 01 August 2016, 6:39 pm (#)

    Terima kasih atas pengkosian.

  2. Norhayati yusoff 02 August 2016, 1:33 am (#)

    Tq pn marziana. Amat memberikan inspirasi. Saya suka part tak perlu tunggu sempurna utk berbuat sesuatu. Sambil buat, sambil adjust… terbaik! Terima ksh atas tips yg dikongsikan. Moga lebih murah rezeki & dlm jagaan Allah selalu.

  3. Ikhwan 05 August 2016, 3:24 pm (#)

    RM1.4 juta memang boleh dicapai denga strategi bisnes yang betul 🙂

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start