Jualan Berkurang Selepas Musim Raya? Betul Ke? 8 Perkara Usahawan Boleh Buat Selepas Raya.

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

Cuti raya dah habis. Anak perantau dah mula balik ke bandar.  Anak-anak dah kembali ke sekolah. Kampung dah sunyi semula.  Jalan dah kembali sesak mengikut waktu puncak. Bisnes anda macam mana?

Ramai usahawan percaya orang ramai atau pelanggan akan kurang berbelanja selepas raya kerana mereka dah buat perbelanjaan besar semasa musim perayaan dan sekarang mereka mahu berjimat cermat. Betul ke? Atau orang masih membeli tapi mereka tak membeli dari anda saja?

Apa yang kami nampak, kesilapan usahawan biasa buat ialah mereka mengurangkan aktiviti promosi dan pemasaran selepas raya.  Hasilnya, memang lah tak ada orang membeli dari anda sebab pelanggan lebih suka nak beli dari peniaga yang memberikan pelbagai promosi kepada mereka selepas raya. Berikut kami senaraikan 8 perkara yang usahawan boleh buat selepas raya untuk terus pastikan pelanggan berurusan dengan anda.

1) Kupon Diskaun Selepas Raya

Berikan kepada pelanggan anda harga diskaun yang hanya sah pada satu jangkamasa selepas hari raya.  Dengan cara ini mereka akan rancang untuk berbelanja dan dapatkan diskaun harga selepas raya.

2) Promosi ‘Tax Holiday’

Tax Holiday, atau tempoh harga tanpa cukai masih berkuatkuasa sehingga September ini. Ini adalah masa terbaik untuk anda mengadakan promosi harga tanpa cukai atau ‘Tax Holiday Promotion’ untuk menggalakkan mereka membuat pembelian.

3) Berikan penghargaan

Anda pasti dah ada database pelanggan yang membeli belah dengan perniagaan anda ketika musim raya.  Apa kata anda tunjukkan penghargaan anda kepada mereka dengan memberikan ucapan melalui sistem SMS atau menjemput mereka untuk sesi preview produk atau keluaran baru selepas raya.

4) Postkan testimoni

Semasa jualan raya, anda mungkin dah ambil banyak gambar pelanggan anda dan minta mereka postkan gambar mereka ketika raya bersama produk anda.  Jadi selepas raya, anda boleh gunakan gambar-gambar ini sebagai testimoni untuk anda muat naik di Media Sosial anda. Dengan cara ini akan membantu meningkatkan kepercayaan kepada perniagaan anda.

5) Adakan majlis komuniti

Anda juga boleh mengadakan majlis komuniti seperti adakan rumah terbuka raya bersama anak yatim, rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan lain-lain.  Acara seperti in iselalunya menarik perhatian orang ramai untuk ambil tahu tentang perniagaan anda di samping ianya satu perkara baik yang anda sebagai usahawan boleh lakukan.

6) Optimakan penggunaan content marketing

Ketika musim raya, anda mungkin terlalu sibuk untuk menghasilkan content yang bagus untuk Media Sosial anda.  Anda mungkin perasan, kempen yang anda buat semasa musim perayaan menyebabkan follower Media Sosial anda semakin bertambah. Apa yang anda perlu buat ialah hasilkan content yang bagus untuk ‘engagement’ bersama follower anda supaya mereka terus kekal menjadi follower anda selepas musim perayaan.

7) Lancarkan produk baru

Jangan biarkan pelanggan anda sejuk dan mula melupakan anda. Anda boleh saja melancarkan produk baru selepas raya atau produk kesinambungan selepas produk yang anda lancarkan semasa raya.  Contoh, jika ketika musim raya anda dah lancarkan fesyen raya yang tradisional dan klasik, mungkin selepas raya anda boleh lancarkan fesyen yang lebih casual yang sesuai untuk rumah terbuka.

8) Hargai kakitangan anda

Semasa musim perayaan, ramai kakitangan anda terpaksa bekerja lebih masa, atau lebih kuat dari biasa.  Antara perkara yang anda boleh buat  selepas raya ialah mengadakan satu sesi penghargaan kepada kakitangan anda dan anda boleh muat naikkannya di Media Sosial, buat Live di Facebook dan Instagram dan ini akan membuatkan pelanggan anda lebih menghargai anda sebagai peniaga yang sangat prihatin.

Persepsi negatif anda tentang “pelanggan kurang berbelanja selepas raya” hanya akan menyebabkan anda malas nak buat sebarang aktiviti.  Jangan biarkan pelanggan anda lupakan anda selepas raya.  Pastikan anda terus hangatkan perniagaan anda dan jadikan pelanggan anda terus kekal bersama-sama anda.

 

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start