Kalau Nak Bisnes Bagus, Jaga 6 Perkara ini.

oleh Azizan Osman pada 11 July 2017

Cahaya bulan dah mula menerangi malam.  Encik Salim sedang duduk di meja kayu bewarna coklat sambil buat ‘closing’ perniagannya hari ini.  Kedai runcit yang dah diuruskannya semenjak 10 tahun lalu, kini hadapi banyak masalah, salesnya dah makin kurang.

“Ini mesti kedai sebelah punya pasal!” Bentak Encik Salim dalam hati.  Mula nak berprasangka buruk dengan pesaing yang baru mula berniaga setahun lalu.  Kedai runcit sebelah masih ramai orang keluar masuk walaupun jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam.  “Macam mana ni?” Tanya Encik Salim sendiri dalam hati..

Wahai Encik Salim dan semua peniaga budiman, jika sales perniagaan anda mula menurun walaupun iklan dah buat, promosi dah gempak, Database dah cantik, FB ADs dah belanja banyak, cuba cek adakah anda jaga 6 perkara ini dalam bisnes anda.

6 perkara ini adalah apa yang anda boleh berikan kepada pelanggan.  Jika anda mampu beri  pelanggan 6 perkara ini iaitu berikan pelanggan “customer user experience’ yang terbaik, InsyaAllah anda tak akan dilupakan.

Nak ilmu bisnes lagi?

1/ Kepantasan.

Dunia bergerak makin laju.  Macam baru je kita sambut Ramadhan, kini bulan Syawal pun dah nak habis.  Betul kan?  Tak ada orang nakkan perkhidmatan yang lambat.  Order barang hari ini, bulan depan baru dapat!  Melainkan barang-barang khas dan tertentu sahaja.

Sebab itu restoran makanan segera wujud, sebab itu juga perkhidmatan penghantaran segera wujud, sebab itu juga peniaga yang bijak mula pastikan servis mereka makin pantas, sebab pelanggan sukakan yang cepat.

Jadi, cek balik perkhidmatan yang anda berikan kepada pelanggan, adakah cepat atau macam siput?

2/ Kualiti.

Dulu, manusia tak kisah sangat pasal kualiti.  Yang penting, produk atau perkhidmatan yang mereka beli dapat membantu merek, itu dah cukup.  Tapi, dengan timbulnya banyak persaingan, pelanggan dah susah nak memilih.  Jadi, pelanggan letakkan kualiti sebagai satu penanda aras untuk bantu mereka buat pilihan.

Anda boleh buat sedikt kajian, adakah kualiti produk dan perniagaan anda dah sangat baik, atau masih boleh diperbaiki.  Apa yang anda boleh perbaiki, macam mana nak jadikannya lebih baik?  Ini anda semua boleh kaji sendiri.

3/ Harga.

Tak semestinya harga paling murah menyebabkan produk anda akan laku keras atau pelanggan akan berduyun-duyun datang ke kedai anda.  Anda perlu pandai nak gandingkan antara harga dan kualiti serta perkhidmatan yang anda berikan.

Ada pelanggan tak kisah untuk bayar sedikit mahal, seandainya mereka rasa layanan anda sangat baik, atau anda cepat dalam menguruskan order atau memberikan perkhidmatan kepada mereka.  Kalau dah barang anda paling murah, tapi perkhidmatan pelanggan tak bagus, kualiti produk pun tak bagus, tak semestinya akan laku juga.

4/ Mewah.

Manusia ni pelik.  Ada antara pelanggan yang sanggup bayar mahal untuk dapatkan sedikit kemewahan dari produk dan perkhidmatan yang anda berikan.  Ada juga yang nak bayar sedikit tapi nak rasa mewah.

Di sini, peniaga perlu bijak untuk tentukan mewah yang macam mana yang anda boleh berikan kepada pelanggan.  Mewah tak semestinya anda berikan intan berlian kepada pelanggan tapi anda juga boleh memberikan layanan atau perkhidmatan yang membuatkan mereka rasa mewah.

5/ Mudah Digunakan.

Ada peniaga yang nak jual produk yang boleh buat macam-macam, yang berkualiti tinggi, yang kelihatannya sangat diperlukan tapi malangnya tak mudah untuk digunakan.  Ada juga peniaga yang nak berikan perkhdmtan terbaik, nak berikan tawaran yang paling redah tapi tak memudahkan pelanggan untuk mendapatkannya.

Contoh, anda nak berikan potongan 50% kepada perkhidmatan spa anda, tapi pelanggan kena belanja sehingga RM500, kena bawa 5 rakan dan hanya boleh pergi di cawangan tertentu sahaja, jik nak dapat tawaran ini, kan susah ‘tu…

Atau, anda ada produk kecantikan yang boleh hilangkan jeragat dalam masa 7 hari, tapi pelanggan kena pakainya selama 24 jam, tak boleh bercakap, tak boleh senyum bila dah pakai…kan menyusahkan.  Jadi, ianya tak berikan pengalaman yang terbaik kepada pengguna untuk menggunakannya.

6/ Khidmat Pelanggan.

Tak guna juga jika anda ada kedai yang bagus, lokasinya mudah, produk terbaik, tapi perkhidmatan pelanggannya tak cukup bagus.  Sebab itu, banyak syarkat besar menyediakan belanja yang banyak untuk latihan khidmat pelanggan.

Cara nak berkomunikasi, cara nak melayan pelanggan, cara nak menyelesaikan masalah pelanggan, komplen, dan banyak lagi semuanya memerlukan kemahiran komunikasi yang baik.

Sedikit kemesraan, kejujuran, ketelusan, bahasa yang baik boleh jadikan pelanggan anda tak kisah nak bayar lebih dan nak datang berkali-kali ke kedai anda.  Anda luangkan masa dengan pelanggan, mereka juga akan luangkan masa datang ke kedai anda lagi..

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: media, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Responses

  1. Adams 11 July 2017, 6:19 pm (#)

    Thank you Dr. Azizan

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start