Kami Tidak Mengirimkan Makluman Ini Melainkan Kerana Ianya PENTING!

oleh Team Richworks pada 08 September 2017

Anda nak tahu kenapa anda perlu hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) ni.

#1 Potensi Diri Dan Kewangan
Pernah tak anda terfikir yang anda sebenarnya atau sepatutnya mempunyai kehidupan dan tahap kewangan yang lebih baik lagi daripada sekarang?

Ini cerita Kak Anim, beberapa tahun dahulu, sebelum 2013 selama-lamanya hanyalah seorang tukang jahit dan hanya mampu buat income dengan lingkungan RM300 sebulan.

Siapa sangka ‘kan? Seorang isteri yang ingin membantu suami menyara keluarga bersengkang mata siang malam tapi betapa rajin dia berusaha, kapasiti kewangan dia terhad kerana dia mengambil upah menjahit dan hanya dia seorang yang menjahit.

Kak Anim nak ubah hidup, tahap kewangan dan masa depan keluarga serta yang paling penting masa depan anak-anaknya. Melihat beberapa kali perkongsian kami di TV dan akhbar ketika itu, Kak Anim buat keputusan nekad untuk hadir ke program kami walaupun di kutuk oleh orang-orang sekelilingnya, orang-orang yang tidak pernah tahu result kami dan bagaimana kami telah melahirkan begitu ramai usahawan dan jutawan paling ramai dari kalangan orang Melayu dalam sejarah Malaysia.

Kak Anim dicaci dikatakan membazir, buang masa, buang duit untuk hadir seminar, tetapi dia nekad sehinggalah beliau hadir ke program pemasaran kami serta salah satu program yang telah memberikan impak perubahan hidup luar biasa kepada beliau dan keluarga iaitu IMKK. Tahu apa jadi kepada hidup Kak Anim selepas itu?

Dia berhenti menjahit. Dia fokus bisnes baja dan dia belajar dari kami tentang potensi diri dia yang sebenar dan potensi kewangan serta strategi untuk merubah hidup dan kewangannya dengan membina bisnes dengan formula yang betul. Kini Kak Anim sejak beberapa tahun lepas terkenal dengan bisnes “Baja Sentap” dan melalui bisnes ini yang jualannya mencecah lebih setengah juta setahun atau lingkungan RM50,000 ke RM80,000 sebulan?

Mungkin tidak banyak bagi anda tetapi besar maknanya bagi seorang isteri yang dahulunya 4-5 tahun lepas hanya mampu membantu suami menjahit siang malam dan hanya dapat RM300 sebulan? Ini namanya hidup mesti ada peningkatan dan Program Intensif magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) membantu mereka yang hadir untuk mengenalpasti potensi diri mereka serta bagaimana mereka mampu membina tahap kewangan mereka.

Soalan: Apa agaknya Kak Anim rugi jika tidak buat keputusan nekad untuk hadir belajar mendapatkan bimbingan Mentor Usahawan #1 Dr Azizan Osman di dalam program kami? Wallahu A’lam. Mungkin dia masih menjahit dan masih berada di dalam keadaan yang sama atau lebih teruk kerana, dia sebenarnya nak ubah hidup tetapi dia tidak tahu, tidak ada ilmu, tidak ada mentor yang proven success dengan formula “rahsia” yang telah membantu ramai samada berjaya memulakan bisnes atau mengembangkan bisnes sehingga mampu merubah hidup keluarga dan masa depan keluarga.

What if anda sebenarnya ada potensi diri yang hebat luar biasa “tersembunyi” di dalam diri anda selama ini dan ia sedang tunggu untuk dikeluarkan?

#2 Bengang dengan tahap hidup dan tahap kewangan sekarang!

Ada tak rasa macam sakit hati bila hidup dengan masalah hutang yang dah lama  tak berbayar dan makin hari makin banyak jumlahnya? Tak sakit hati tengok reminder dari bank, suka sangat agaknya, dapat call dari bank, minta kita bayar hutang?

 

Ada tak rasa kecewa tengok orang lain mampu bercuti tempat menarik, dan anda asyik-asyik nak pergi bercuti tempat biasa-biasa atau nak bercuti pun tak mampu? Anda tak rasa menusuk jantung ke bila anak-anak anda kata “Mama, kawan kita pergi bercuti kat Australia, tengok kangaroo, tengok koala…” sedangkan anda tengok je  lah kangaroo kat zoo..

Anda tak rasa frust tengok orang lain boleh pergi umrah dan haji bawak ibu bapa, bawak pasangan, boleh pergi setiap tahun?  Tak geram ke…

Kalau rasa bengang dan geram anda sangat tinggi, kalau anda rasa sangat sedih tengok pencapaian orang lain, dan anda asyik tanya diri sendiri

“Kenapa dia mampu, kenapa aku tak mampu..?”

“Apa aku nak buat untuk bawa ibu bapa aku pergi Umrah bulan Disember 2017 ni…?”

“Kenapa orang lain boleh pakai kereta baru tapi aku masih pakai kereta buruk ni..”

“Macam mana orang lain boleh berniaga dan buat duit tapi aku masih stuck dengan kerja yang sama dan aku sendiri tak happy nak buat setiap hari..tapi aku terpaksa jugak buat, kalau tak keluarga aku nak makan apa?

Kalau anda ada rasa, bengang macam ni, anda mesti dah buat sesuatu, anda dah cari jalan untuk jadikan diri anda mampu.

#3 Mahu perbaiki dan tingkatkan diri, kehidupan dan tahap kewangan sama melalui bisnes, kerjaya atau pelaburan?

 

Mungkin anda tak rasa penting untuk upgrade diri, upgrade kehidupan dan tahap kewangan.  Mungkin selama ‘ni, anda tak pernah kena hina atau kena perli dengan orang lain kerana hidup masih macam ‘tu ‘je.

 

Atau, anda tak rasa penting untuk tingkatkan diri, kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes, kerjaya atau pelaburan, sebab anda rasa selesa dengan keadaan sekarang? Tapi kalau ada di hati anda semua rasa nak peraiki dan tingkatkan diri, perbaiki kehidupan dan tahap kewangan samada melalui bisnes, kerjaya atau pelaburan..anda perlu buat sesuatu.

Tahap hidup kita akan berubah bila kita ada ilmu dan tahu cara yang lebih baik untuk tinggikan pendapatan kita.  Kalau anda  buat sesuatu dengan cara yang sama, samalah juga hasil yang dapat atau makin teruk lah jadinya.

Betapa ego atau skeptikalnya seseorang atau rasa dirinya hebat sangat, mereka Insha Allah akan menangis menyesal di IMKK bila mereka lalui sesi menilai pencapaian diri dan potensi diri.   Masa tu,  anda akan tahu, betapa ruginya dan sia-sianya masa yang selama ini anda bazirkan dengan buat perkara yang asal cukup makan, asal hidup, asal boleh ‘survive’.

Kami bagi jalan dan ruang untuk anda nilai hidup sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start