Kebaikan Buat Iklan di Papan Kenyataan

oleh Azizan Osman pada 21 Mac 2017

Kebaikan Buat Iklan di Papan Kenyataan (2)

Nampak macam kecil, tapi fungsinya besar. Jika anda lihat di kedai serbaguna 7-Eleven, ada terdapat papan kenyataan. Papan kenyataan ini selalunya digunakan untuk mengiklankan rumah untuk disewa, bilik untuk disewa, kucing hilang, dan macam-macam lagi.

Idea untuk iklankan di papan kenyataan 7-Eleven ini juga boleh anda gunakan di papan kenyataan di mana-mana kedai lain atau yang selalu ada di kawasan kediaman kondominium, apartment, flat malahan boleh juga di gunakan di papan kenyataan di masjid, sekolah dan kawasan umum yang lain.

Ada beberapa kebaikan untuk menggunakan papan kenyataan sebagai satu alat untuk komunikasi dan pasarkan perkhidmatan anda.

1) Mudah dan kos rendah

Jika anda baru mula nak berniaga, anda boleh gunakan perkhidmatan ini kerana ianya sangat-sangat mudah dan kosnya sangat rendah. Anda hanya perlu cipta ayat menarik, tuliskannya di atas kertas atau dengan menggunakan sedikit kreativiti boleh design iklan mudah di atas kertas dan tampalkannya di mana-mana papan kenyataan.

2) Bersifat tempatan

Coverage iklan yang anda letakkan di papan kenyataan adalah sangat terhad tetapi ianya sangat sesuai dan mensasarkan terus kepada jenis pelanggan yang anda mahu. Contoh, jika anda buat perkhidmatan menghantar anak-anak ke sekolah, anda boleh iklankan perkhidmatan anda di papan kenyataan sekolah di kawasan anda.

Jadi, hanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut yang akan menggunakan perkhidmatan anda. Orang yang tinggal di kawasan lain dan menghantar anak ke sekolah lain, tidak akan nampak iklan anda, jadi ianya akan terus fokus kepada pelangan yang anda mahu.

3) Bersifat peribadi

Iklan yang anda letakkan di papan kenyataan di kawasan anda juga memberikan sentuhan peribadi. Maksudnya, orang yang melihat papan kenyataan anda mungkin adalah orang yang anda kenal. Atau dikenali oleh kawan-kawan atau jiran anda yang lain.

Contoh, jika anda memberikan perkhidmatan mengasuh anak di rumah, dan anda letakkan iklan anda di masjid yang anda selalu pergi, atau di kedai 7 Eleven yang anda selalu kunjungi, orang yang nampak akan kata ” oh..Si A ada buat perkhidmatan mengasuh anak.” Dan ia akan menjadi referral dan words of mouth marketing di mana mereka akan bercerita kepada orang lain, “Si A, ada buat servis mengasuh anak, Si B kan tengah cari pengasuh, boleh la kenalkan dengan Si A..”

4) Tempat mendapat maklumat

Anda juga akan dapat peluang berbisnes jika anda selalu lihat papan penyataan. Ramai orang akan post atau letakkan masalah mereka di papan kenyataan, contohnya mencari bilik sewa, mencari pengasuh anak, mencari pembantu rumah dan lain-lain.

Jika anda serius nak mulakan bisnes, anda boleh bantu mereka selesaikan masalah dengan tawarkan penyelesaian kepada mereka atau anda boleh tolong carikan orang yang boleh selesaikan masalah mereka.

5) Buat bisnes dengan papan kenyataan

Ini dah banyak dibuat di negara barat. Anda sebenarnya boleh buat bisnes dengan papan kenyataan di mana anda boleh tawarkan perkhidmatan ‘menjaga’ dan mengharmonikan papan kenyataan. Di New Zealand dan Australia, ada satu jenis perkhidmatan yang dipanggil “notice board manager” di mana mereka menawarkan servis menjaga, menguruskan dan mengharmonikan papan kenyataan.

Mereka akan pastikan iklan yang disiarkan tidak berunsur negatiif, mereka juga menyususn iklan sebaiknya, mencantikkannya dan ada juga yang memuatnaikkan iklan-iklan secara online. Anda hanya perlu berbincang dengan majlis tempatan untuk mendapat kebenaran dan anda boleh kenakan sedikit bayaran..ha..kan dah jadi bisnes!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Responses

  1. Ms Ara 23 Mac 2017, 2:31 pm (#)

    Juga betul…semua ni perkara yg selalu dibuat, cuma lupa utk apply ke bisnes sendiri.
    Sgt membantu. Thanks a lot

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start