Kebaikan Window Display

oleh Azizan Osman pada 20 March 2017

kebaikan window display (1)

Apa itu ‘window display’?

Window display ialah satu bahagian kedai yang mempamerkan bahan-bahan jualan yang bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai untuk masuk ke kedai. Selalunya, window display diletakkan di bahagian yang mudah dilihat. Contohnya seperti butik pakaian, mereka selalu letakkan patung-patung yang memperagakan pakaian mereka di dalam satu ruang kaca khas. Itu dipanggil window display.

Kami nak kongsikan dengan anda kebaikan mempunyai window display dan kenapa anda perlu ada window display untuk perniagaan anda.

1) Cipta Kelainan

Dalam perniagaan, kadang-kadang apa yang anda buat yang berbeza dari orang lain akan menyebabkan anda lebih mudah dilihat. Penggunaan window display dapat membantu anda untuk cipta kelainan kerana bila anda selalu ubah susunan dalam window display ianya akan menarik perhatian orang yang lalu lalang.

Selain dari itu, bila anda sentiasa ubah window display, anda juga boleh ambil gambarnya dan jadikan sebagai posting di media sosial.

2) Beri Tema Berbeza

Penggunaan window display boleh berikan tema dan emosi yang berbeza kepada orang yang lalu lalang. Contohnya, anda boleh sesuaikan hiasan dan susunan dalam window display mengikut hari perayaan, kempen pemasaran yang anda adakan dan juga mengikut situasi semasa. Di Barat, mereka sangat kreatif menggunakan window display.

Sebagai contoh, ketika cerita Harry Potter sedang ditayangkan, semua window display menggunakan tema cerita tersebut, walaupun produk yang dijual tak berkaitan dengan ceritanya. Sehinggakan kedai menjual penyapu pun menggunakan tema Harry Potter dalam window display mereka.

3) Menjemput Orang Untuk Masuk Ke Kedai

Pernah tak anda sendiri tertarik hati untuk masuk ke sesebuah kedai hanya kerana patung yang digunakan di window displaynya sangat menarik hati anda? Walaupun anda tak rasa macam nak beli sesuati, tetapi tarikan dari window display membuatkan anda masuk, dan kadang-kadang terbeli juga. Jadi, anda juga boleh gunakan teknik ini dengan menggunakan hiasan window display untuk menjemput orang yang lalu lalang masuk ke kedai anda.

4)Elemen ‘surprise’

Di barat, mereka sangat kreatif dalam menghiaskan ‘window display’ mereka. Ada yang sanggup menukar cara mereka menghias window display setiap minggu. Kadang-kadang, mereka tak menggunakan patung tetapi membayar manusia untuk menjadi window display mereka.

Orang yang diupah ini, perlu berlagak seperti patung, tetapi bila ada orang ramai yang berhenti untuk melihat mereka, mereka akan bergerak dan mengubah posisi. Elemen surprise ini memberikan rasa seronok dan keterujaan kepada pelanggan yang boleh membuatkan mereka masuk ke kedai anda untuk tengok apa yang mereka boleh dapat dari dalam kedai anda.

5) Memberikan elemen ceria

Pernah tak kita masuk ke sesebuah kedai dan kita rasakan kedai tersebut sangat suram, gelap, tak ceria dan sebagainya? Kalau anda lihat, kedai yang seperti ini selalunya tak ramai pelanggan yang nak masuk. Awal-awal di muka pintu pun dah terasa seperti tak menarik kaki pelanggan untuk melangkah masuk.

Penggunaan window display dengan warna-warna yang terang, hiasan yang cantik dan penggunaan cahaya dapat membantu mewujudkan keceriaan ke dalam kedai anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start