Kejadian Ini Berlaku Semalam, Di Sebuah Pasaraya..

oleh Team Richworks pada 11 March 2018

Seorang pembantu jualan berusaha nak memberikan yang terbaik kepada pelanggannya yang baru membeli perfume berjenama dan sanggup spend sehingga beribu RM.

Bila dipuji “baiknya awak..” pembantu jualan tu kata, bukan senang nak dapat customer yang sanggup spend banyak macam tu..
“Kita hargai dia… dia ingat kita lohh.. esok-esok di mari lagi bawak kawan-kawan.”

Ini free marketing yang ramai bisnes owner dah kurang amalkan sekarang.

Yang berniaga online, paling susah nak ada interaksi dan bagi personal touch kepada pelanggan. Kata mereka, “dah jual online, nak ada personal touch cemana?”

Kalau niat setakat nak jual.. memang kita tak akan terfikir nak bagi personal touch. Personal touch bukan bermaksud nak kena sentuh tubuh badan, tapi sentuh hati pelanggan dengan servis yang kau bagi!

Masalahnya ada bagi extra servis ke?
Atau bila dah dapat duit dari pelanggan, dah! Lantak pi la hang macam mana…

Dale Carnegie kata “Honest appreciation give results.”

Masalahnya, ramai usahawan/peniaga/founder tak reti nak appreciate pelanggan. Setakat terima kasih je.. korang rasa dah cukup, sedangkan korang tak tahu penghargaan atau appreciation seperti melalui follow up calls/sms dan tanya khabar adalah marketing kos rendah yang boleh buatkan pelanggan korang datang beli lagi berkali-kali.

Berapa ramai dari anda, yang betul-betul hargai pelanggan lebih dari ucapan terima kasih? Berapa ramai pelanggan anda yang datang berkali-kali untuk dapatkan produk dari anda? Berapa ramai yang rekemen kawan-kawan mereka beli dari anda? Ada?

Produk kat dunia ni, tak banyak beza dan hampir sama je kebaikannya. Kau buat produk super bagus pun, esok lusa orang lain tiru juga… cara nak menang, dengan kos rendah hanya dengan tunjukkan APPRECIATION anda kepada pelanggan. Tunjukkan anda CARE dan serius nak bantu mereka..

“Nak dapat pelanggan susah ooo… dah dapat satu mesti jaga baik-baik ma..” kata jurujual perfume tu lagi..

Kata Dr Azizan dalam Program Millionaire Marketing Mastery “Korang berbelanja besar untuk buat marketing sebab nak dapatkan pelanggan, tapi apa korang buat untuk ikat mereka terus jadi pelanggan setia anda, dan datang berkali-kali dan beli banyak lagi dari anda?

Cer fikir jap malam ni sebelum start berniaga esok.. Ada AHA moment? Komen AHA.. kat bawah ni..

Lagi mengenai artikel: Blog, Kisah Saya
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start