Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes?

oleh Azizan Osman pada 18 April 2017

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 000

Tahniah kepada semua usahawan yang bakal jadi peserta Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) April ini. Keputusan yang anda ambil untuk daftar dan sertai IMKK InsyaAllah bakal jadi antara keputusan yang bijak yang anda pernah lakukan.

Ini kerana, IMKK dah jadi batu loncatan untuk ramai usahawan meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan mereka hingga ke tahap yang jauh lebih tinggi dari sebelumnya. Mungkin ada yang nak tahu kenapa penting untuk para usahawan hadir ke Program IMKK. Kami nak kongsikan dengan anda 8 sebab apa yang anda para usahawan akan dapat dari IMKK.

1. Kenal ‘Source’.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 001

Bisnes bukan satu alasan untuk buatkan kita rasa kita mampu dapat hasil yang lebih baik dengan usaha sendiri sahaja. Walaupun anda ada ilmu segala nenek marketing dan anda buat marketing hebat macam mana pun jika tanpa izin Dia, takkan berhasil juga. Takkan terbuka hati orang untu nampak dan beli dari anda jika bukan Source yang menggerakkan hati mereka. IMKK bukan program ceramah agama, tapi ilmu dari IMKK akan buatkan anda sedar banyak perkara tentang hubungan anda dengan Tuhan.

2. Ketahui Formula buat RM1 Juta yang pertama.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 002

Bagi mereka yang tak pernah buat RM1 juta, di IMKK anda akan tahu bagaimana nak buat RM1juta anda yang pertama. Bagi yang dah pernah, anda akan tahu tentang ilmu membina kekayan yang bukan sekadar kekayaan duit dan harta semata-mata.

Anda mungkin dah berjaya buat RM1 juta tapi adakah anda tahu bagaimana nak buat lebih lagi dan apa yang anda perlu buat dengan duit yang banyak tu? Semuanya akan terjawab di IMKK, InsyaAllah.

3. Kenali apa yang halang bisnes anda berjaya.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 003

Ada tak dari kalangan anda yang dah buat banyak bisnes tapi asyik tak jadi? Ada tak dari anda yang tukar bisnes setiap tahun, dan setiap kali hari raya atau perjumpaan kawan-kawan, mereka akan tanya anda soalan yang menyakitkan hati ‘ni “kau bisnes apa pulak dah sekarang ni?”

IMKK akan buatkan anda tahu, kenapa bisnes yang anda buat setakat ini asyik tak jadi.

4. Dapatkan inspirasi dari kisah kejayaan.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 004

Dalam program IMKK, jika anda pandai ambil peluang anda akan dapat berjumpa dengan ramai anak didik Dr Azizan Osman yang dah berjaya. Kami juga adakan sesi khas untuk suntik sedikit inspirasi kepada anda dengan perkongsian mereka yang dah berjaya. Dari anak didik Dr Azizan yang dah berjaya, anda boleh pelajari apa strategi dan formula kejayaan mereka. Mereka juga dulu seperti anda, hadir ke IMKK tanpa tahu apa-apa. Mana tahu, sedikit masa nanti anda pula yang dapat kongsikan kisah kejayaan anda pula!

5. Bina circle rakan-rakan bisnes yang positif dan membina.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 005

Kat luar sana, kita dikelilingi oleh ramai kawan-kawan yang tak menyokong apa yang kita buat. Lebih ramai lagi yang memperkecilkan cita-cita dan impian kita. Belum cakap tentang mereka-mereka yang tak percaya dan terus menghalang kita dari buat apa yang kita nak buat.

Di IMKK, anda akan jumpa mereka yang sealiran dengan anda, yang ada cita-cita dan impian, yang ada harapan besar dan juga mungkin berhadapan dengan halangan. Dari sini, anda dan mereka ada kesamaan, dan dari sinilah anda boleh saling membina networking yang baik.

6. Dapatkan lebih banyak idea dan cara-cara berbisnes.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 006

Jika anda nak berbisnes tapi masih tak ada idea bisnes yang kukuh, atau anda dah bisnes dan mahu lebarkan sayap tapi tak tahu bisnes apa yang anda nak ceburi, di IMKK lah tempatnya untuk anda dapatkan lebih banyak idea tentang bisnes.

Anda mungkin tak faham lagi, tapi bila anda dah berkampung di IMKK selama 3 hari, dikelilingi dengan sebegitu ramai orang dari pelbagai latar belakang, InsyaAllah ada idea yang menarik yang datang kepada anda nanti.

7. Dapat tip untuk mulakan perniagaan atau tingkatkan bisnes anda.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 007

Untuk yang berminat nak bisnes dan mungkin dah ada bisnes kecil-kecilan sebagai agen atau dropship produk orang lain, tahniah! Anda berada di landasan yang betul dengan hadir ke IMKK. InsyaAllah, jika anda fokus betul-betul sepanjang 3 hari nanti, anda akan dapat banyak sangat tip-tip untuk memulakan bisnes dan meningkatkan bisnes anda.

Apa yang anda perlu buat ialah, komited dan fokus dan jangan asyik keluar dewan. Takut terlepas perkara penting nanti.

8. Dapat ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya.

Kenapa IMKK Penting Untuk Bisnes - 008

Bukan senang orang yang dah berjaya nak share ilmu kejayaan demi nak membantu ratusan ribu orang untuk merubah hidup dan meningkatkan tahap kewangan mereka. Ramai orang yang dah berjaya, sibuk dengan kehidupan sendiri sehingga mereka tak ada ruang dan peluang untuk bantu orang lain.

Ada pula yang terlalu sayangkan ilmu sendiri, dan tak mahu berkongsi. Betul kan? Dr Azizan Osman pernah merasai pahit maung kehidupan. Beliau pernah rasa susah, rasa tertekan bila bisnes yang dia nak buat tak jadi. Dan, beliau juga pernah menghadapi berbagai halangan dan cabaran. Tapi, bila beliau minta bantuan dari orang lain untuk share ilmu bagaimana mereka boleh berjaya, tak ada orang yang mahu bantu dirinya. Sebab itu, bila Dr Azizan dah berjaya beliau berazam nak tolong lebih ramai orang lain untuk berjaya juga, dengan berkongsi ilmu dan pengalamannya.

Anda perlu dengar kisah kejayaan beliau dari mulut beliau sendiri, turun naik kehidupan seorang Dr Azizan Osman sehingga kini mampu membina lebih 26 buah perniagaan.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Seminar, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start