Kenapa Perlu Go LIVE! Dalam Pemasaran?

oleh Team Richworks pada 27 April 2018


Sekarang ini, rata-rata pemilik bisnes mahupun ejen-ejen mereka menggunakan medium live di media sosial untuk menjalankan taktik pemasaran mereka. Sana-sini anda boleh lihat notifikasi live mereka. Apa yang mereka borakkan atau apa konten yang mereka susun sehingga boleh bersiaran langsung secara bersahaja dan jadi rutin mereka? Paling utama, kenapa mereka perlu go live?

1. Membina kepercayaan pelanggan

Pelanggan berhak dan akan memilih dari siapa mereka membeli dan apa yang mereka akan beli. Mereka akan melabur pada jenama-jenama yang mereka paling percayai kerana bagi mereka, jika barangan itu berkualiti tinggi dan menyediakan servis khidmat pelanggan yang terbaik, itulah yang perlu mereka langgani.

Satu cara untuk membina kepercayaan pelanggan adalah dengan menonjolkan ketelusan anda sebagai peniaga atau pemilik sesebuah bisnes. Bagaimana? Tiada apa yang anda sembunyikan. Baik dari proses pengilangan, pembungkusan, pemilihanbahan mentah, dan sebagainya, anda bersifat terbuka.

Anda bawa pengikut dan penonton anda melawat kawasan melalui live anda. Anda terangkan serba sedikit, langkah demi langkah, demo, dan yang terpenting, anda terbuka dengan teguran, kritikan, idea dan maklum balas pelanggan. Bila anda tontonkan dan kongsi di media sosial anda, komen-komen yang positif, likes dan reaksi serta perkongsian semula penonton akan meningkatkan lagi tahap kepercayaan pelanggan pada jenama anda.

2. Kos yang efektif

Live di media sosial adalah sangat kos efektif terutamanya dari segi kewangan. Pada masa ini platform media sosial yang menyediakan fungsi live masih belum mengenakan apa-apa cas terhadap anda, jadi gunakan dengan semaksimal mungkin.

Live kini boleh dikatakan sebagai pengganti bagi penyiaran media televisyen. Dahulu anda perlu ada TV, antena dan siaran yang bagus, dan jika ia siaran berbayar, anda perlu langgani terlebih dahulu untuk dapatkan berita dari seluruh dunia. Dan berita tersebut tak semestinya real-time! Dengan adanya fungsi live di media sosial, anda hanya perlukan telefon pintar atau komputer dengan signal internet untuk menonton berita terbaru di mana-mana sahaja walaupun sedang dalam perjalanan. Dan pastinya jika ia live, ia adalah real-time! Jika anda sebagai pemilik bisnes pula, tak perlu nak bayar ribuan ringgit untuk on-air di kaca TV. Hanya perlu kamera yang baik, internet, akaun media sosial (yang juga percuma) dan keyakinan untuk live!

 Jadi kenapa anda abaikan platform live ini? Anda tak perlu keluarkan wang untuk menjadi tontonan prospek anda. Jangan pandang rendah kuasa live kerana dari situ anda boleh dapat leads baru, dan ia ibarat stesen TV anda sendiri. Buatlah apa yang anda mahu, bila-bila masa pun.

3. Meningkatkan kadar interaksi dan mudah dikongsi

Engagement di media sosial sangat penting untuk anda sebagai pemilik bisnes atau penjual. Tanpa engagement yang baik, posting anda akan tenggelam dan risiko tidak dilihat pelanggan sangat tinggi. Jadi dengan bersiaran langsung, anda mampu meningkatkan kadar interaksi mereka dengan anda. Mereka akan komen, like, beri reaksi dan kongsi live anda dengan lebih banyak lagi.

Kadar capaian pengguna media sosial terhadap akaun anda akan meningkat kerana penonton boleh kongsikan video live anda dengan hanya satu butang. Anda boleh tembusi pada lebih ramai pelanggan. Ianya bukan saja boleh dikongsi tapi turut disimpan oleh penonton untuk tontonan masa lain.

4. Menghiburkan untuk penonton

Sebenarnya live streaming memberikan satu perasaan yang berbeza pada penonton anda. Ibaratnya antara duduk di stadium menyaksikan perlawanan bola dengan di hadapan TV untuk siaran bola. Berada di stadium lebih feel dan rasa seperti mereka turut sama bermain bola di atas padang.

Jangan tarik keseronokan itu daripada pelanggan anda. Biar mereka suka, gembira dengan live anda, dan hasilnya akan balik pada anda juga.

Konklusinya, jika anda live di media sosial, anda dapat tonjolkan sisi lebih hebat anda dan produk anda pada pelanggan berbanding hanya posting biasa. Anda dapat tunjukkan servis khidmat pelanggan anda yang lebih baik – dari segi membantu pelanggan memilih dan menerangkan kebaikan-kebaikan serta nilai yang anda sediakan malah anda turut menjawab komen, soalan dan maklum balas mereka dengan terbuka. Mereka tahu anda ‘buat kerja’!

Tak ada pelanggan yang suka berurusan dengan patung atau orang yang sombong. Jadi jika anda hanya posting biasa, mereka kurang jelas dengan sikap yang satu ini. Go live! Kali pertama memang gugup tapi ia penting untuk anda. Practice makes perfect.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start