Kepentingan Market Research Untuk Idea Bisnes Baru.

oleh Team Richworks pada 04 January 2018


Salah satu cabaran bila menjadi usahawan ini ialah, setiap kali bangun pagi, akan ada idea baru yang muncul untuk bisnes anda. Dan jika anda kurang berhati-hati, anda mungkin akan terjerumus pada jurang kerugian sebab idea anda itu, anda tak pasti pun berapa pulangannya tapi anda dah teruja untuk jalankan.

Atau, anda tercari-cari lagi idea bisnes, dan sedang anda berjalan di sebuah tempat, idea datang hasil daripada masalah yang ada di situ. Anda terus saja mula buat tanpa apa-apa persediaan yang kukuh kerana menyangka peluang anda akan hilang begitu saja jika anda lambat bertindak.

Benar, memang lambat bertindak akan buat peluang hilang. TETAPI, bertindak tanpa perancangan dan asas juga akan buat peluang anda musnah dan merugikan anda. Apa yang anda perlu buat? Anda perlu buat kajian pasaran atau market research. Anda perlu kaji dan cuba dahulu dalam skala kecil. Kajian sangat penting.

Ada orang malas nak buat kajian sebab kata mereka, banyak pakai duit, lebih baik guna untuk buka bisnes terus. SALAH! Tak rugi labur sedikit duit dahulu untuk kaji, kerana dari kajian itu anda akan nampak lebih jelas arah tuju bisnes yang anda nak buat, anda akan tahu apa kekurangan yang anda perlu perbaiki dan apa kelebihan yang perlu anda pertingkatkan. Selain itu, anda akan dapat tahu anggaran kasar pulangan anda kelak.

Gagal melaksanakan market research boleh membawa risiko besar pada syarikat. Ia seumpama terjun dalam air tanpa tahu kedalaman air dan peralatan yang sesuai. Anda kena buat homework! Anggap saja ini sebagai pelaburan jangka panjang. Anda dapat tahu apa permasalahan sebenar, data untuk sediakan pelan pemasaran dan juga buat anda nampak jelas segmen pasaran yang anda nak sasarkan untuk produk atau servis anda. Anda dapat kenal pesaing anda dan juga dapat buat pilihan yang tepat untuk lokasi pelancaran bisnes anda nanti.

Tapi, sebelum anda mulakan kajian anda, temui konsultan atau mereka yang arif tentang bisnes ini. Mereka boleh membantu anda dalam menyenaraikan dan menentukan maklumat apa yang anda benar-benar perlukan.

Kritikalnya, market research akan beri anda maklumat mengenai 3 perkara ini.

  1. Maklumat industri

Cari trend terkini, bandingkan statistik dalam industri dan lihat bidang mana dalam industri yang sedang berkembang atau menurun. Lihat jika industri itu boleh terjejas dengan pembangunan teknologi atau bagaimana anda boleh manfaatkan teknologi untuknya. Anda nakkan industri yang sedang berkembang, dan bukannya yang hampir mati.

  1. Kenal pasti segmen pelanggan

Kajian anda perlu bermula dengan survey yang boleh membantu anda meramal sejauh mana bisnes ini boleh pergi. Sebelum apa-apa survey, pastikan anda tahu apa had atau limit pasaran. Kemudian kaji gaya hidup dan perbelanjaan penduduk di kawasan itu. Cari tahu kuasa membeli mereka, purata pendapatan mereka, kadar pengangguran mereka dan lain-lain lagi. Tentukan jumlah jualan terkini untuk produk atau perkhidmatan yang anda nak jual. Kemudian kira jumlah anggaran jualan yang anda nak capai.

  1. Kenal pasti persaingan

Bila anda buat kajian sebegini, anda akan dapat gambaran lebih jelas tentang siapa dan apa persaingan yang akan anda hadapi nanti. Tentukan jumlahnya, dan skala mereka. Lihat potensi peluang, kekuatan dan kelemahan mereka yang boleh anda lawan kelak. Masa inilah anda nak lihat trend apa yang sedang dibawakan pada pelanggan. Baca artikel, jurnal dan kajian kes sebanyak mungkin. Lihat report tahunan mereka jika itu adalah syarikat besar.

Banyak maklumat yang anda boleh dapat secara percuma di Internet atau jika anda cukup berani, lawat saja mereka secara berhadapan.

Ingat, nak memasuki sesuatu kawasan atau pasaran, anda perlu buat kajian dan pemerhatian terlebih dahulu. Biar tindakan anda ada asas dan sokongan.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start