KISAH INSPIRASI JENAMA KECANTIKAN DUNIA

oleh Team Richworks pada 04 April 2017

000

Wahhh….!

Berlambak produk kecantikan di pasaran.  Pening kepala nak buat pilihan. Ada yang boleh buat muka glowing, muka putih, muka runcing, muka jadi pink, dan muka jadi shining.

Sebagus mana pun produk anda, kalau anda tak nak buat pemasaran, dan berniaga ala-ala syok sendiri, maka susah anda nak berkembang dengan cepat nanti.  Dengan ilmu dari Dr Azizan Osman, kami di Richworks dah lahirkan ramai pengusaha produk kecantikan yang meletop-letop jualannya.  Anda pun boleh jadi macam mereka jika anda ada ilmu seperti yang mereka ada.

Untuk membakar semangat anda dan semangat mereka, anak didik Dr Azizan yang mengeluarkan produk kecantikan, kami nak share dengan anda kisah inspirasi jenama produk kecantikan dunia, supaya anda boleh belajar sesuatu darinya dan menjadi pembakar semangat anda untuk terus berkembang dan jadi lagi besar.

1. LANCOME.

001

Mula berasal dari produk minyak wangi, pengasasnya Lancome Armand Petitjean tidak menyangka minyak wanginya boleh berjaya.  Pada tahun 1936, lelaki berasa dari Perancis ini mula mengeluarkan produk penjagaan kulit yang diberi nama Nutrix dan masih lagi wujud hingga ke hari ini.

2 tahun kemudian, beliau mula mengeluarkan lipstik pinky-red dengan bau rose yang laris di pasaran selama 30 tahun! Kini Lancome telah berjaya mencipta jenama sebagai sebuah jenama luxury.  Mereka selalunya menampikan artist wanita sebagai model utama dalam iklannya seperti Issabella Roselini, Kate Winslet, Penelope Criz dan yang terkini Emma Watson.

2. ESTEE LAUDER.

002

Estee Lauder mengambil sempena nama pemiliknya yang dilahirkan pada tahun 1908 yang memulakan perniagaan dengan menghasilkan krim untuk kulit hasil dari kajian yang dilakukan oleh pakciknya yang merupakan seorang ahli kimia.  Beliau kemudiannya menubuhkan Estee Lauder Cosmetic Inc pada 1946.

Anak kelahiran New York ini mula menjual krim kulit yang dibuat sendiri ketika masih remaja.  Pada ketika itu, dia menjualnya dari rumah ke rumah dan salun tempatan.   Dengan menggunakan idea di mana krim kulitnya boleh memberi harapan kepada semua wanita sehingga digelarkan “Jar of Hope’. Beliau selalu memberikan sample percuma kepada orang ramai. Kini, selain dari Estee Lauder, mereka juga mengeluarkan jenama Clinique.

3. SHISEIDO.

003

Tahu tak anda, bahawa Shiseido telah wujud selama 145 tahun? Ianya diasaskan oleh Arinobu Fukuhara yang ketika itu baru berusia 23 tahun! Beliau ketika itu bekerja sebagai ahli farmasi di hospital tentera laut dan rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan farmasi dan ubat-ubatan ketika itu.

Tahu tak anda, Shiseido bermula dengan penubuhan Shiseido Pharmacy yang mulanya menjual Shiseido Ice Cream.  Pada sekitar 1916, mereka mula mengeluarkan kosmetik yang dibuat berasaskan Soda Fountain.  Pada ketika itu, mereka dah menubuhkan Jabatan Design mereka sendiri yang sibuk dengan tugas design poster, iklan, majalah dan lain-lain lagi.

Pada sekitar tahun 1934, Shiseido mula terkenal selepas menganjurkan pertandingan Miss Shiseido. Dari 240 penyertaan, 9 orang telah terpilih untuk menjadi beauty consultants.  Shiseido juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan bersama pesakit cancer dan orang cacat penglihatan.  Mereka juga menjadi penaja utama untuk pasukan renang, water polo, gimnastik, volleyball dan beach volleyball untuk pasukan negara Jepun.

Kisah Shiseido sebenarnya sangat panjang.  Mereka sering membuat perubahan di setiap dekad.  Apa yang penting, jika Shiseido dah wujud selama 145 tahun dan masih lagi aktif membuat promosi serta pemasaran, kenapa kita tak mahu menjadi seperti mereka?

4. AVON.

004

Ini lagi satu kisah menarik.

Pengasas Avon, David H. McConnell pada mulanya adalah jurujual buku pelancongan tetapi beliau selalu memberikan sample produk kecantikan percuma kepada pelanggan wanitanya.

Kemudian beliau mendapati mereka lebih suka untuk mendapatkan sample percuma tersebut dari membeli buku pelancongannya. Dan, beliau juga mendapati ramai antara mereka adalah wanita yang tinggal di rumah sementara suami mereka bekerja. Ramai juga antara wanita tersebut tiada pendapatan yang khusus.  Jika ada yang bekerja, mereka terpaksa bekerja dengan pendapatan yang sangat kecil.

Dari situ, McConnell mula dapat idea untuk melatih wanita-wanita tersebut menjadi jurujualnya. Beliau mula menubuhkan California Perfume Company.  Dari sini, beliau telah melatih beberapa jurujual dan mereka telah dapat membina pendapatan yang lebih baik.  McConnell juga membuat ‘newsletter’ untuk diedarkan kepada orang ramai yang juga menawarkan khidmat kumpulan sokongan kepada mereka.

Dengan konsep nak membantu seramai wanita untuk jana pendapatan sendiri, Avon sehingga sekarang memang terkenal sebagai satu jenama yang banyak memberi peluang berniaga kepada wanita.

Jom fikir, apa masalah orang yang perniagaan anda boleh bantu selesaikan?

“If we stop and look over the past and then the future, we can see that the possibilities are growing greater and greater every day; that we have scarcely begun to reach the proper results from the field we have before us.”  ~David H. McConnell – Founder Avon~

5. BODY SHOP.

005

The Body Shop pada awalnya dibuka oleh Peggy Short dan Jane Sauders dengan menggunakan bahan-bahan asli dan melatih pekerja asing untuk bekerja dengan mereka.  Lokasi mereka hanyalah di sebuah bengkel kenderaan di Berkeley California.  Sehingga pada suatu hari di tahun 1970, Anita Roddick datang ke kedai tersebut.

Pada tahun 1976, Anita telah menubuhkan sebuah kedai yang sama, dengan nama yang sama, warna yang sama dan produk yang sama digelar The Body Shop di United Kingdom.

Pada tahun 1987, Anita membeli nama The Body Shop dari Peggy dan Jane dengan harga $3.5 juta dan semenjak itu The Body Shop terus berkembang. Dengan memperjuangkan produk menggunakan bahan-bahan asli dan “No animal testing” The Body Shop terus mengorak langkah dengan misi dan visi yang mereka pegang selama ini.

Nak tanya sikit, perniagaan anda ada misi dan visi?

“The business of business should not just be about money, it should be about responsibility.  It should be about public good, not private greed.” ~ Dame Anita Roddick – Founder The Body Shop~

6. OLAY.

006

Menurut kajian, produk berwarna pink muda yang digelar “Beauty fluid” berjenama Olay kini dibeli oleh setiap seorang di seluruh dunia pada setiap 2 minit!

60 tahun dahulu, Olay bermula di sebuah makmal di Afrika Selatan yang diasaskan oleh Graham Wulff.  Pada asalnya menggunakan nama Oil of Olay yang merupakan cecair pekat berkirm berwarna pink yang berfungsi sebagai anti-aging. Sehingga sekarang, Olay masih kekal dengan identitinya mengeluarkan produk anti-aging dan kini terkenal dengan taglinenya “Ageless”.

Pada tahun 1970, barisan produk Olay dah semakin bertambah dan akhirnya syarikat tersebut dibeli oleh Procter & Gamble (P&G) pada pertengahan tahun 80an. Sekarang, jenama Olay yang dulu pernah dikenali sebagai Oil of Ulan telah terjual di 80 buah negara dan dipercayai telah menyentuh hati lebih 60 juta wanita seluruh dunia.

7. MARTHA TILAAR.

007

Dr Martha Tilaar memulakan bisnesnya dengan membuka sebuah salun kecil dengan saiz 6 X 4 meter yang beroperasi di rumah ibu bapanya sendiri di Menteng, Jakarta.  Beliau mula melakukan promosi dengan mengedarkan flyers dan berkongsi petua kecantikan sehingga mampu menghasilkan ikatan yang baik dengan para pelanggannya.

Bermula kecil-kecilan, beliau kemudiannya mula membuka salun kedua yang lebih agresif mempromosikan rawatan berasaskan bahan-bahan tradisional untuk mendapatkan kecantikan tradisional Indonesia. Pada tahun 1977, beliau bersama dua rakan kongsinya mula menghasilkan produk yang diberi nama Sariayu.  Martha sangat serius dalam mempromosikan produknya yang mampu mengekalkan keayuan pemakainya seayu wanita Indonesia.

Produk Sariayu sangat terkenal sehingga mendorong pula mereka untuk menghasilkan produk kosmetik atas nama Caring Colours Martha Tilaar, Belia Martha Tilaar, Jamu Martina, Biokos dan bermacam-macam lagi.

Produk kecantikan Martha Tilaar bukan sahaja terkenal di Indonesia, Asia malahan di seluruh dunia. Syarikat Martha Tilaar Group juga telah memenangi anugerah “Family Business Award” pada tahun 2016.  Selain dari itu, mereka juga membantu orang ramai yang ingin memiliki bisnes spa kecantikan sendiri melalui pengurusan syarikat PT Cantika Puspa Pesona.

Digelar “Mother of Indonesian Cosmetics” Dr Martha, berbangga dengan usaha kecil beliau yang kini mula terlihat besar di mata dunia. Kini beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan dan banyak mendidik wanita tentang kecantikan supaya mereka dapat menjaga diri sendiri dan mempunyai kemahiran untuk memulakan bisnes dengan skill yang ada.

Kini terlihat besar, sebenarnya bermula dari rumah je….

#TeamRichworks

Lagi mengenai artikel: media, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start