Executive Program di Singularity University

oleh Azizan Osman pada 25 March 2017

17352086_993386884131202_3870260145575639618_n

Alhamdulillah dari 2,000 lebih orang seluruh dunia yang memohon untuk diterima di Singularity University ini, saya memohon lebih 8-bulan lalu dan saya bersyukur di antara 80 orang yang diterima masuk untuk lalui Executive Program selama 6-hari dan ditunjukkan satu persatu impak dan kajian berkaitan teknologi yang telah dicapai dan akan dicapai di dalam pelbagai aspek kehidupan. Dan setiap yang diterima ini ditanya banyak soalan, antaranya ialah apakah impak positif yang anda akan lakukan menggunakan teknologi supaya ianya bermanfaat dan memberi impak positif kepada 1 billion manusia? Saya jawab apa yang saya jawab dan hari ini selesailah hadir di antara program yang sangat-sangat menguji akal serta pemikiran normal apa yang kita tahu.

Kos hadir ke seluruhan program ini lebih daripada RM100,000 tetapi nilai yang saya dapat adalah lebih 100 kali ganda dan boleh mencapai 1,000 kali ganda Insha Allah. Ilmu yang tidak ada di Malaysia dan saya hadir seorang sahaja dari Malaysia. Melayu seketul. Dan yang lebih mahal adalah network dengan 79 orang lain dari seluruh dunia. Mereka bukan calang-calang juga bila diterima. Next journey- Biarlah rahsia! 

P/S Nak pesan. Perubahan berlaku sangat pantas di sekeliling kita. Apa yang kita lihat hari ini akan berubah esok. Sistem pekerjaan, kehidupan, kenderaan, perbankan, kewangan, tenaga, internet, robot, AI, VR, AR dan banyak lagi perkara akan menyerbu masuk ke dalam hidup kita serta mengurangkan fungsi manusia. Jangan rasa selesa. Change is exponential!

 

Hari ke-6 di Silicon Valley

oleh Azizan Osman pada 25 March 2017

Selepas 5-hari dan masuk hari ke-6 di #SiliconValley dan memahami latest trend, research, technologi dalam pelbagai industri dan aspek. Saya masih tetap ada 2 perasaan:-

Excited dan Ngeri.

Excited dengan potensi bagaimana teknologi AI, VR, AR, Magic Leap, Neuroscience, Exponential Energy, Solar, Blockchain, Bitcoin, Biome, Driverless Car, Lorry, Motor, Space, drone dan banyak lagi. Ia merupakan dunia yang akan memberikan perubahan yang amat amat amat hebat kepada kita (Insha Allah panjang umur dapat melihatnya sekarang dan beberapa tahun ini) dan apatah lagi generasi kita. Sesiapa yang tidak “baca” dan adapt kepada perubahan ni, dinosour jadinya. Kalau usahawan tak adapt? Pupus lebih pantas dari dinosour. Hampir semua graduan belajar perkara yang tidak berkaitan dengan perubahan teknologi yang sedang berlaku. Bank sendiri risau samada bank releven tak lagi beberapa tahun.

Ngeri? Tak nak cakaplah kat sini bab ngeri ni. Semua fakta data dan research yang ditunjukkan….. ermmm…. Malaysia sekarang waktu tidur. Semoga tidak teruskan tidur.

Tak faham tak pe.

P/S Bawah ini contoh food truck di US

 

Sambungan Pengalaman Hari Pertama Di Sini

oleh Azizan Osman pada 20 March 2017

17361607_989921891144368_3693718646066270436_n

Ini sedikit sedutan perkongsian saya WA dengan team saya selepas hari pertama kelas di Singularity University.

If now is our critical reflection point. Could we keep the exponentially growth or our business will die soon?

Oil industry in the mid term is going to die. Solar power system will be the next wave and coming fast globally by 2025-2030.

PC will be another history. Mobile phone penetration will be more than 95% globally soon. The way we reach people will have to change. Orang tak baca buku fizikal. Informasi overloaded banyak sehingga orang malas nak membaca. AI dan Robot pula semakin advanced.

AI- Artificial Intelligence and Robot will set to be able to think faster and do things faster than top executives in the world. The hotel I am staying is using robot to deliver things that you need to my room. Like water and towel.

Change is rapid.

Imagine music industry with those days the singer make money just based on how many album they sold?

Imagine kodak tried to sell their physical negative film.

Doctors will be less needed soon when we could diagnose everything digitally. Engineers will less needed.

In Israel, you could now grow new fingers or limb if you lose it. And its happening now.

Aku duduk sebelah IT engineer bawah BAYER Germany. Dia bantu farmer scan pokok dan plantation dan upload. Then sekejap dah tahu masalah pokok2 dan masalah infection apa dan macamana nak treat utk ladang2.

Ada seorg lady dan sebuah company di NY. Mereka kutip puntung rokok. Then analyze air liur pada puntung rokok tu. Then mereka mampu develop muka org yang punya DNA pada rokok tu dengan tepat. Pernah Keluar kat CNN. Bekas air liur sahaja kot.

We have to act 5 years ago.

This class is really crazy. I eat space food and micro bio nutrient for my lunch and dinner.

Manusia akan less diperlukan akan datang untuk bekerja. Probably not now but soon. Kerana AI mind mempunyai exponential growth yang dahsyat. Dulu computer chips adalah sebesar van. Hari ni dengan kapasiti yang lebih tinggi, kos yang rendah, dan saiz yang sekecil lebih kecil dari duit syiling 1 sen. Mereka letakkan chips ini di mana2 alat elektronik menjadikan ianya boleh connected menjadi IoT- Internet of Things.

Internet akan boleh connected guna cable letrik rumah kita sahaja. Dah berlaku dah. Malaysia pun dah start masuk.

Even di SF, Uber sangat banyak dan orang tak perlu risau tentang nak beli kereta. Driverless car bawah uber dan lain2 akan exponentially grow. Dan kereta benar2 akan tidak perlukan pemandu. Sedang berlaku di SFO. Revolusi sharing rumah (AirBnB) hanya bila diperlukan dan office space sedang berlaku juga.

Otak rasa nak meletup first day ni.

Ada 2 perasaan. Excited dan takut.

Excited tentang apa yang sedang berlaku tetapi takut kerana manusia akan jadi tidak diperlukan. Ini bukan dalam movie. Ini real.

Mereka bukan bercakap sahaja. Mereka tunjuk research dan betul2 apa yg telah dibuat seluruh dunia.

Hari ni day 2 kami akan melawat NASA research centre.

Semuanya exponentially growing.

Maksudnya- contoh- dulu kita di Richworks nak develop usahawan sehingga mereka capai 1st million kan ambil masa. Tapi the moment bila kita dah dapat the formula / code, recent 2-3 tahun ini kita mampu develop lebih laju dan semakin laju. Dan semakin ramai capai 1 juta. Bukan setahun tapi sebulan. Exponential growth bila dah ada formula, sistem dan “code”. Universiti ambil masa bertahun hanya nak lahirkan graduan. Belum tentu jadi usahawan apatah lagi jutawan. We are disruptive.

Maksudnya-capacity teknologi adalah berlipat ganda. 2,4,8,16,32,64 exponential capacity setiap beberapa bulan. Bukan tahun.

Semakin pantas double the rate.

Siapa yang slow atau tidak mahu tahu apa-apa akan definitely jadi dinosaur. Pupus.

 

Executive Program dibawah Singularity University SUEP

oleh Azizan Osman pada 20 March 2017

DAO

Kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu. Saya di US hadir kelas. Dan hari ini hari pertama di sini dan banyak “A’ha moment” bila ditunjukkan tentang betapa pantasnya perubahan teknologi dan pelbagai perkara di seluruh dunia serta bagamana ia memberi impak kepada kita.

Saya bangga menjadi seorang sahaja dari Malaysia menghadiri Executive Program dibawah #SingularityUniversity #SUEP sesi ini bersama 80 orang dari 29 buah negara dalam dunia. Dan setiap kali mereka bertanya apa yang saya buat, saya akan berkongsi tentang apakah yang telah Richworks lakukan selama 9-tahun ini membina usahawan dan bakal usahawan serta sehingga kini program kami telah dihadiri lebih 470,000 orang peserta.

Singularity University merupakan sebuah tempat di NASA campus di Silicon Valley yang mana seseorang perlu memohon untuk diterima selama 6-hari didedahkan dengan pelbagai teknologi dan research terkini tentang perubahan teknologi dan industri dimasa hadapan (Yang sebenarnya sedang berlaku sekarang).

Salah satu perkara yang ditekankan hari ini adalah tentang perubahan.

The only one thing yang berlaku setiap hari adalah perubahan. Dan jika kita tidak mahu berubah atau tidak tahu apa yang berubah, kita akan diubah atau ketinggalan jauh.

Contoh paling best hari ini yang diberikan adalah mengenai Yahoo dan Google.

Yahoo adalah syarikat awal yang membina search engine bermula pada tahun 1994 dan kemudian listed di stock exchange pada tahun 1996 berjaya raised $34 juta ketika itu. Google (Nama asalnya bukan Google tetapi Backrub) dimulakan oleh 2 orang pelajar Standford University pada tahun 1996, kemudian menawarkan kepada Yahoo untuk membelinya pada harga $1 juta pada tahun 1998 tetapi Yahoo menolak tawaran mereka dengan alasan mahal.

Disebabkan Yahoo tidak mahu membelinya, maka pengasasnya Larry Page dan Sergey Brin menukarkan nama syarikatnya dari Backrub kepada Google pada tahun yang sama (1998) dan terus mengembangkan Google.

Pada tahun 2002, Yahoo rasa terancam dengan Google dan kali ini menawarkan untuk membeli Google dengan harga US$3 billion, tetapi Pengasas Google counter offer dengan tawaran US$5billion dan Yahoo menolaknya sekali lagi, sangat mahal kata Yahoo.

Pada tahun 2004, Google listed dan raised hanya $1.64billion.

Pada tahun 2008, Microsoft bid nak beli Yahoo $54billion untuk diambilalih. Dan selepas itu Yahoo semakin menurun nilainya.

Tetapi nilai Google pada tahun 2016 adalah $545billion.

Point penting yang saya belajar adalah sesebuah syarikat boleh berkembang exponentially dalam masa yang singkat bila mereka sentiasa bersedia untuk belajar dan adapt kepada keadaan semasa serta peka dengan apa yang berlaku tetapi sebuah syarikat atau organisasi boleh lingkup bila orang-orang di dalamnya terutamanya mereka yang menerajuinya tidak mahu berubah mengikut keadaan.

Ada banyak point lagi untuk hari pertama ini dan pastinya tidak mampu saya nak tuliskan ke semuanya. Yang pasti, kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu sehingga kita buat keputusan untuk belajar.

Nak saya share lagi?

 

Bila Usahawan Mula Besar Kepala, Bisnes Tunggu Masa Merudum! 

oleh Azizan Osman pada 13 March 2017

Bila Usahawan Mula Besar Kepala, Bisnes Tunggu Masa Merudum! 


Seingat saya, saya started coaching & training sejak saya terlibat dalam syarikat pengiklanan & pemasaran seawal tahun 2001. Cuma waktu itu, ia melibatkan internal manager dan executives dalam syarikat saya. Dan bila saya decided untuk involve heavily dalam business coaching training industry serta menjadi Business Coach secara dekat kepada group usahawan #Titanium samada #TitaniumPremier, #TitaniumCircle atau mereka yang di coach selepas kelas intensif Millionaire Marketing Mastery (MMM). Saya dapati satu persamaan di antara mereka yang akan terus menerus meningkat perniagaan mereka dengan mereka yang stuck atau jatuh adalah,

SIKAP.

Jika seseorang usahawan itu saya lihat terus menerus sedia menerima teguran dan kritikan, masih suka diajar atau dia sendiri mahu belajar, saya lihat peningkatan orang seperti ini amat luar biasa apatah lagi jika dia tahu hormati orang lain walaupun result dia adalah sangat gila khinzir bagus.’

Ini kisah benar dan pengamatan sebenar.

Bahayanya kejayaan adalah bila ia buat kita besar kepala dan rasa bagus walaupun sebenarnya jauh lagi perjalanan kita.

Bila dah start belanja duit suka suki beli barang-barang mewah kereta mewah tanpa perancangan kewangan yang betul. Mula bercakap macam dunia ini dia punya, saya akan senyum. Tegur dengan hikmah dan jalan terus. Mudah-mudahan dia tidak perlu lalui kesilapan saya waktu nak “up” lama dahulu. Rasa macam bagus kemudian lingkup.

Wallahu A’lam. Mudah2an kita semua Allah swt jadikan di kalangan mereka yang stay humble dan sentiasa merendah hati kepadaNya serta menghormati orang lain.

Baru buat income lebih sikit dah rasa macam power dah lupa solat 5 waktu tu apa, bagaimana Allah swt nak beri lebih nikmat kan?

Ya Allah, jadikanlan kami di kalangan mereka yang sentiasa bersyukur!

P/S Apa kata anda tag pesanan ini kepada rakan-rakan anda yang berniaga atau baru nak Up berniaga, founder, stockist, ejen, konsultan, dropship anda! Semoga jadi ingatan bersama!

 

Sabotaj Diri & Tidak Fokus

oleh Azizan Osman pada 11 March 2017

Sabotaj Diri & Tidak Fokus

Nak pesan sikit! Jika anda sebagai usahawan ada sikap ini, ia mengundang kecelakaan besar kepada diri dan bisnes anda! 

Ini sikap yang boleh membawa diri anda, tahap kewangan anda, bisnes anda atau kerjaya anda ke lembah kecelakaan.

Susah nak explain di sini tetapi biar saya cuba!

Sikap sabotaj diri adalah sikap di mana seseorang itu bila mula capai sesuatu kejayaan yang dia tidak biasa capai atau lebih baik sedikit, dia akan mula rasa selesa atau tidak fokus. Mula rasa dah ok dan tidak push lagi bisnes dia ke tahap seterusnya atau lebih teruk lagi adalah suka tukar-tukar bisnes.

Ramai usahawan yang saya jumpa ada masalah kritikal ini. Dan apa yang ditakuti adalah, sikap ini menjadi sebati dalam diri sehingga seumur hidup dia adalah membazir masa, tenaga dan wang yang banyak untuk mencuba pelbagai perkara atau tidak sampai tahap yang benar-benar berjaya. Baru jadi stockist atau ejen satu-satu syarikat atau produk then tup tuo 2-3 bulan dah tukar ejen produk syarikat lain dan lepas tu? Tukar lagi dan lagi dan lagi dan lagi…..

Bagi anda yang membaca ini, terpulanglah kepada anda untuk ambil point ini sebagai ingatan. Air yang kita jerang tidak mungkin sampai ke tahap didih jika apinya tidak konsisten dan fokus pada sesuatu tempoh masa sehingga airnya masak mendidih.

Kadang-kadang yang buat seseorang baru nak naik jatuh balik bukan sebab orang lain tetapi sikap diri sendiri, apatah lagi jika tidak ada mentor yang mengingatkan dan dia pun degil nak mampus tak nak dengar nasihat!

Betulkan?

Salam Dari Sydney!

 

Siapa Sangka Sampah Boleh Jadi Duit?

oleh Azizan Osman pada 18 July 2016

014B

Usia bukan penghalang untuk Tuan Haji Mat bina empayar perniagaan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sampah? Air kumbahan? Busuk? Jijik? Hina? Siapa nak datang dekat? Siapa yang sanggup hadap?

Namun siapa yang menyangka, Tuan Haji Mat mampu membina empayar perniagaan dengan apa yang ramai orang lihat sebagai menjijikkan. Bagi beliau, bukan jijik yang dilihat tapi bagaimana masalah pengurusan sampah dan air kumbahan dilihat sebagai peluang untuk beliau memberi khidmat dan bantuan kepada orang ramai.

Orang zaman sekarang selalu beranggapan dan mempunyai persepsi yang salah tentang perniagaan. Bagi mereka, berniaga mesti terlibat dalam urusan import eksport atau mengeluarkan produk yang hebat-hebat sahaja sehinggakan kita tidak melihat masalah yang ada di sekeliling kita sebagai satu peluang. Kepakaran dan pengetahuan yang kita ada juga dapat kita gunakannya untuk membantu orang lain dan menjadikan ianya satu perniagaan.

Menurut beliau, sebelum ini beliau selalu beralasan dan mengelakkan diri dari pergi ke program Dr Azizan Osman walaupun diajak oleh anaknya. Beliau merasakan dirinya sudah cukup hebat dan ilmu sudah penuh di dada dan beliau seringkali menolak permintaan anaknya.

Dengan izin Allah, hati beliau terbuka untuk turut hadir. Selepas balik dari program Dr Azizan, beliau sangat terkesan dengan kata-kata ‘Fast Action, Fast Result’. Kata-kata Fast Action, Fast Result bagi beliau  menyebabkan beliau berfikir, jika kita mahu lakukan sesuatu dan kita mahu tunggu kita “bersedia”, sampai bila pun kita tidak akan ada cukup persediaan. Kadang-kadang tindakan yang terbaik adalah ‘redah je’ apatah lagi jika ianya bermanfaat untuk kita.

Katanya “Kadang-kadang kita ni dah berniaga dah terlalu lama, kita rasa dah tahu semua tentang perniagaan.  Tapi bila saya pergi program Dr Azizan, saya nampak banyak perkara, Dr Azizan dah bukakan mata dan idea saya kepada lebih banyak perkara.”

Tonton perkongsian beliau sekarang.

MMM HS Mac 2016 – Haji Mat Haji Jantan

Berniaga bukan setakat buka dan tutup kedai sahaja.  Ianya lebih dari itu.  Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, anda perlu berilmu.  Ilmu yang dah terbukti berjaya.

Layari www.marketingmastery.com.my untuk maklumat lanjut.  Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Buat Duit Dengan Bercakap

oleh Azizan Osman pada 13 July 2016

013B

Rizal Rashid Temui Hasil Dengan Ubah 3 Perkara.

Siapa kata anda perlukan produk untuk berniaga!

Tuan Rizal Rashid telah buktikan, hanya dengan memiliki bakat bercakap sahaja beliau mampu membina perniagaan sendiri.

Tuan Rizal sebelum ini pernah bekerja dengan hanya bergaii RM420 sebulan.  Hanya dengan bakat yang dimiliki, beliau kini telah menjadi salah seorang jurulatih ‘Public Speaker’terkemuka bertaraf antarabangsa dan berpendapatan dalam lingkungan RM30K sebulan. Banyak perubahan besar yang berlaku dan memberi kesan dalam kehidupan dan kerjaya beliau selepas menyertai IMKK. Selain daripada mendapat perkongsian dari aspek pencarian mentor, niche dalam perniagaan serta teknik memperbaiki dan polish communication skill dan imej, beliau turut mempelajari teknik dan tips tindakan dan perubahan

Lelaki kelahiran Sabah ini yang mula terjun dalam bidang pengucapan awam dengan bermula sebagai pengacara majlis kini mampu melatih ramai orang untuk mampu berkomunikasi di depan khalayak dengan lebih yakin.  Beliau yang juga berguru dengan pakar ‘public speaker’ peringkat antarabangsa tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan ramai yang berminat untuk mempelajari ilmu pengucapan awam.

Bagi beliau, setiap orang perlu ada ilmu pengucapan awam.  Ianya bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri bahkan membantu orang ramai khususnya peniaga untuk lebih yakin dengan apa yang kita tawarkan.  Sebelum ini, Tuan Rizal juga bukanlah seorang yang lahir-lahir sahaja sudah tahu tentang kebolehan diri sendiri.  Banyak proses yang beliau telah lalui untuk menggilap bakat yang ada.  Antaranya ialah dengan menghadiri program-program Dr Azizan Osman.

Menurut ayah kepada seorang puteri ini, “Apa yang saya terkesan bila kita attend IMKK ni, saya cuba rumuskan tiga perkara yang saya apply iaitu 3C. C yang pertama ialah Change myself dengan change my statement, kerana apa yang challenge diri kita adalah diri kita sendiri sebenarnya. So dalam IMKK, Doc ajar macam mana nak menghalang suara yang halang diri kita sendiri ini. C yang kedua adalah change my friends ataupun change my logistic. Seterusnya change my routine.

Anda yang memiliki bakat semulajadi juga mampu menjadikannya sebagai sumber menambah pendapatan.  Apa yang anda perlukan ialah sedikit ilmu untuk mengenali potensi diri dan mengatasi halangan-halangan dalam diri.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.

‪#‎TeamAzizan

 

Ini Bukan Sekadar Sinetron!

oleh Azizan Osman pada 11 July 2016

012B

LELAKI INI DATANG DARI SEBERANG, KINI MAMPU MILIKI PERNIAGAAN SENDIRI.

Anda pasti tidak percaya tentang drama sinetron lelaki ini.  Dari seorang yang datang dari seberang dalam keadaan zero, namun telah berjaya menjadi hero dan mencipta peluang perniagaan di bumi Malaysia. Ini bukan sekadar drama sinetron yang menjadi penyedap cerita kepada kisah hidup seseorang yang berlatarbelakangkan kesusahan pada mulanya dan pada akhir cerita menjadi jutawan. Ini kisah benar!

Siapa yang akan menjangka dengan rezeki Allah yang luas itu? Siapa yang bakal meneka hidup seseorang yang pada mulanya datang ke bumi Malaysia dengan hidup tanpa elektrik selama 3 bulan dan sekarang bakal menjadi jutawan ringgit Malaysia bukan jutawan rupiah!

Tuan Haji Mohammad Masruh, Pemilik Akinda Enterprise yang menguruskan penghantaran barang dan kargo ‘door to door’ yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang kepada pekerja-pekerja Indonesia dari Malaysia ke Indonesia dan Brunei ke Indonesia. Beliau seorang bapa kepada 12 orang anak ini sebelum memulakan perniagaan pernah merantau dari Indonesia ke Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Singapura dan kini menetap di Malaysia semenjak dari tahun 1978.

Tonton perkongsian beliau.

Menurut dari perkongsian ikhlasnya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana semenjak beliau mula mengenali dan terjebak dalam program yang dikendalikan oleh Dr Azizan Osman, beliau tak menang tangan untuk melayan pelanggan. Beliau bermula dengan menghadiri Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan telah menghadiri kesemua kursus-kursus dari yang basic, advanced dan akhir sekali menjadi graduate platinum.

Bermula dari program itulah, hidupnya mula berubah sedikit demi sedikit dan perniagaannya mula melonjak naik dan setiap strategi yang diatur hampir kesemuanya menjadi. Baru beliau tersedar bahawa kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia serta membersihkan kolam jiwa dan banyak perkara yang Allah akan bantu. Tidak perlu mencari, malah rezeki datang bagai semut melekat pada gula.

Setiap sesi IMKK memberikan pengalaman yang berbeza kepada setiap peserta kerana tahap emosi mereka berbeza. Jika anda bertanya kepada mana-mana peserta IMKK Dr Azizan Osman, mereka pasti akan mengatakan IMKK adalah seminar yang wajib dihadiri kerana impaknya kepada keseluruhan perubahan hidup anda.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam kejayaan.

Team Richworks

 

Nor Azila Cari Diri Sendiri

oleh Azizan Osman pada 08 July 2016

image

Pemilik Secret Correa ini kenali diri di IMKK.

Kaya duit tak tentu lagi anda kaya masa.

Kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan urusan seharian sehingga kita tidak ada masa untuk kenal diri sendiri. Ada ke orang yang tak kenal diri sendiri?

Ada! Bila kita hidup, setakat bernafas sehari-hari dan tak tahu apa tujuan sebenar kita diberi nafas. Bila kita hidup setiap hari tanpa tahu arah tujuan yang sebenar. Ramai antara kita sangat sibuk dan disibukkan sehingga kita tak sempat nak beri masa untuk diri sendiri. Apakah kaitan kejayaan dan kekayaan dengan kesibukan rutin harian anda dalam mengenal diri?

Sebenarnya, melalui kekayaan, anda mampu ‘membeli’ masa yang boleh anda gunakan untuk menghargai dan menginsafi diri sendiri. Malah melalui kekayaan juga anda mampu membuka lebih banyak peluang untuk membantu orang lain serta menjadi manusia yang lebih bermanfaat. Dan itulah antara tujuan kita untuk hidup.

Tapi, tak semua orang faham tentang hakikat ini.

“Masa saya join IMKK time ‘tu terus terang saya dah cecah, dah pegang six figures tapi saya nak mencari sesuatu yang saya belum rasa puas dan Alhamdulillah di IMKK inilah pertemuan saya dengan inner-self, saya jumpa diri saya.”

Menurut bekas jururawat ini, antara perkara yang paling terkesan yang dipelajarinya di program IMKK ialah bagaimana membina matlamat serta mengenali diri sendiri. Kekayaan sahaja tidak cukup jika nikmat kekayaan itu tidak kita kongsi. Kekayaan sepatutnya mendekatkan lagi diri kita dengan Yang Maha Kaya. Memberi nilai kepada orang lain juga tidak semestinya hanya dengan berkongsi harta benda kerana harta yang paling berharga dan tidak ternilai harganya adalah ilmu itu sendiri. Ini adalah antara perkara yang sangat ditekankan di dalam program kami.

Selain itu, mempunyai mentor itu juga adalah salah satu faktor yang kurang dititik beratkan oleh usahawan di luar sana. Mereka lebih selesa dengan konsep ‘trial and error’ sedangkan melalui mentor, kesalahan itu dapat dikurangkan kerana kita dapat belajar dari pengalaman mentor-mentor yang ada hari ini. Kurangnya kesalahan, kos dan masa turut dapat dijimatkan.

Di program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), ilmu yang bakal dikongsikan bukanlah yang dipetik dari mana-mana buku. Ianya adalah hasil dari pengalaman bertahun-tahun jatuh bangun kehidupan Dr Azizan Osman sendiri diadun dengan ilmu-ilmu dari pakar-pakar antarabangsa yang terkenal, yang dipelajari oleh beliau.

Anda juga akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan dalam hidup anda.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk maklumat lanjut.
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan, Team Richworks.

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start