Nor Azila Cari Diri Sendiri

oleh Team Richworks pada 08 July 2016

image

Pemilik Secret Correa ini kenali diri di IMKK.

Kaya duit tak tentu lagi anda kaya masa.

Kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan urusan seharian sehingga kita tidak ada masa untuk kenal diri sendiri. Ada ke orang yang tak kenal diri sendiri?

Ada! Bila kita hidup, setakat bernafas sehari-hari dan tak tahu apa tujuan sebenar kita diberi nafas. Bila kita hidup setiap hari tanpa tahu arah tujuan yang sebenar. Ramai antara kita sangat sibuk dan disibukkan sehingga kita tak sempat nak beri masa untuk diri sendiri. Apakah kaitan kejayaan dan kekayaan dengan kesibukan rutin harian anda dalam mengenal diri?

Sebenarnya, melalui kekayaan, anda mampu ‘membeli’ masa yang boleh anda gunakan untuk menghargai dan menginsafi diri sendiri. Malah melalui kekayaan juga anda mampu membuka lebih banyak peluang untuk membantu orang lain serta menjadi manusia yang lebih bermanfaat. Dan itulah antara tujuan kita untuk hidup.

Tapi, tak semua orang faham tentang hakikat ini.

“Masa saya join IMKK time ‘tu terus terang saya dah cecah, dah pegang six figures tapi saya nak mencari sesuatu yang saya belum rasa puas dan Alhamdulillah di IMKK inilah pertemuan saya dengan inner-self, saya jumpa diri saya.”

Menurut bekas jururawat ini, antara perkara yang paling terkesan yang dipelajarinya di program IMKK ialah bagaimana membina matlamat serta mengenali diri sendiri. Kekayaan sahaja tidak cukup jika nikmat kekayaan itu tidak kita kongsi. Kekayaan sepatutnya mendekatkan lagi diri kita dengan Yang Maha Kaya. Memberi nilai kepada orang lain juga tidak semestinya hanya dengan berkongsi harta benda kerana harta yang paling berharga dan tidak ternilai harganya adalah ilmu itu sendiri. Ini adalah antara perkara yang sangat ditekankan di dalam program kami.

Selain itu, mempunyai mentor itu juga adalah salah satu faktor yang kurang dititik beratkan oleh usahawan di luar sana. Mereka lebih selesa dengan konsep ‘trial and error’ sedangkan melalui mentor, kesalahan itu dapat dikurangkan kerana kita dapat belajar dari pengalaman mentor-mentor yang ada hari ini. Kurangnya kesalahan, kos dan masa turut dapat dijimatkan.

Di program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), ilmu yang bakal dikongsikan bukanlah yang dipetik dari mana-mana buku. Ianya adalah hasil dari pengalaman bertahun-tahun jatuh bangun kehidupan Dr Azizan Osman sendiri diadun dengan ilmu-ilmu dari pakar-pakar antarabangsa yang terkenal, yang dipelajari oleh beliau.

Anda juga akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan dalam hidup anda.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk maklumat lanjut.
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan, Team Richworks.

 

8 Tip Diet Sihat Di Hari Raya

oleh Team Richworks pada 07 July 2016

image

Masalah global! Berat badan naik mendadak seawal hari raya pertama. Ada sesiapa yang dah alami perkara ini?
Inginkan badan kekal solid di Hari Raya seperti waktu Ramadhan yang baru berlalu? Jom kita lihat tip yang boleh diguna pakai untuk langsing menawan di Aidilfitri. Nak jadi seorang yang berjaya dunia akhirat, kesihatan perlu juga di jaga. Tak guna kalau kaya tapi tak sihat. Betul?

1. Kawal Nafsu.
Ini yang paling utama. Nafsu makan yang tak terkawal lah punca berat badan anda naik mendadak di Hari Raya. Elok-elok dah jadi duyung waktu Ramadhan, tiba-tiba di Hari Raya, anda jadi dugong. Ya, betul, memang semua juadah raya ni tersangat lah sedap dan tak kan dijumpai di hari lain, tapi, anda juga yang stress bila lihat skala timbangan bagai berpusing-pusing tak mahu berhenti kan?

2. Minum Air Kosong.
Air kosong memang semacam mimpi ngeri bagi sesiapa yang tak biasa minum. Lagi-lagi di hari raya. Banyak air yang berwarna-warni terhidang di meja. Ada yang merah, hitam, kuning, oren, biru, hijau, cakap saja, semua ada. Tapi ingat, yang berwarna tu semua bergula tinggi!. Air kosong mampu beri kesegaran yang lebih bagus kepada tubuh dan lebih berkesan menghilangkan dahaga. Selain dari membantu proses pencernaan dan penghadaman dengan lebih baik dan mengelakkan sembelit! Ya lah, kan dah makan macam-macam pagi, tengahari dan malam raya?

3. Bersenam.
Bukanlah nak suruh anda bersenam dengan treadmill, dumbbell atau berboxing di hari raya. Cukuplah dengan hanya berjalan pantas sewaktu nak pergi beraya rumah jiran. Berjalan keliling kampung waktu ‘kan lebih baik berbanding menaiki kenderaan. Kalau panas, sediakan payung. Kalau rumah jauh sangat, naiklah kenderaan tapi, parkir kereta atau motor anda jauh sedikit dari rumah. Jangan pula parkir terus depan pintu!

4. Guna Pinggan Kecil.
Juadah raya buatkan kita rasa nak makan semua sekali sekaligus dalam satu round, betul? Tak perlu malu-malu. Hampir kesemua orang pun macam tu. Tak mengapa, kali ni, cuba ambil pinggan yang lebih kecil untuk isi makanan. Sebenarnya, selagi pinggan tak penuh, selagi tu lah kita isi. Bila guna pinggan kecil, cepat penuhnya. Psikologi! Kalau pun nak makan semua yang di hidang, habiskan dulu yang di pinggan. Tak baik membazir.

5. Kawal Portion Makanan.
Maksudnya, ambillah semua makanan yang anda suka, tapi dalam kuantiti yang kecil dan sederhana. Mungkin boleh ambil sedikit sayur lodeh, sedikit rendang, ketupat atau lemang, serta buah-buahan. Jangan rambang mata bila tengok makanan

6. Berhenti Sebelum Kenyang.
Ini lagi satu habit di hari raya yang hampir kesemua orang tak mampu buat. Sebab utamanya, juadah sedap, tak jumpa di hari lain, dan tak nak kecewakan tuan rumah! Semua pun kita lihat sedap di mata dan di tekak. Sedangkan Rasulullah saw yang berpesan sebegini, mestilah ada kebaikannya ‘kan? Ia juga boleh elakkan anda berasa senak dan sakit perut. Selain dari membolehkan anda tetap gagah nak round satu kampung beraya!

7. Elakkan Air Berkarbonat.
Air berkarbonat ‘ni paling banyak dan paling senang untuk dijumpai di hari raya. Sebabnya, senang bagi tuan rumah, dan tak leceh. Beli saja berkaton-katon, beli ais, hidangkan. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Tapi kita yang tetamu atau kita sendiri sebagai tuan rumah berpada-pada lah dalam mengambilnya. Air berkarbonat adalah lagi tinggi kandungan gula nya berbanding air bancuh biasa!

8. Puasa 6.
Ha! Ini yang paling bagus. Setelah beberapa hari beraya, cuba buat puasa 6. Untuk redakan balik perut anda, dan untuk rehatkan perut sekejap. Dah puasa sebulan, tiba-tiba masuk makanan bertubi-tubi dalam perut. Kasihan dia, terkejut. Boleh cuba puasa selang-selang ataupun puasa terus. Lagi pula, puasa 6 ni antara fadhilatnya ialah Allah SWT jauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun. InsyaAllah, semoga amal kita diterima.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Semoga bermanfaat. Kesihatan juga adalah satu kekayaan. Jangan sekali-kali kita abaikan. Tiada gunanya kalau kita menjadi seorang hartawan tapi tak dapat nak menikmatinya kerana masalah kesihatan. Lagipun, menjadi sihat dan berpenampilan baik adalah salah satu cara paling ringkas untuk kita menyebarkan Islam. Bila kita berpenampilan baik dan akhlak yang bagus, mudah untuk menarik perhatian orang lain terhadap Islam.

Jangan pandang remeh kesihatan anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin!
Team Richworks

 

Bersilaturrahim Di Aidilfitri

oleh Team Richworks pada 06 July 2016

image

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin!

Bagaimana sambutan Hari Raya anda hari ini? Kami doakan semuanya berjalan lancar. Anda pasti sedang bergembira berkumpul bersama sanak saudara dan rakan-rakan.

Hari raya adalah waktu terbaik untuk kita saling mengeratkan silaturrahim. Budaya kunjung mengunjung sepatutnya kita terus amalkan. Bila kita fikirkan, hanya di hari raya sahaja kita berpeluang untuk saling bertemu dan beramah mesra dengan saudara mara dan rakan-rakan.

Menjalin silaturrahim adalah salah satu seruan dalam agama. Orang yang gemar bersilaturahim pun akan mendapatkan manfaat yang tak terhingga dalam kehidupan sehari-hari. Rasulullah SAW mengungkapkan, orang yang suka dan gemar bersilaturahim akan di luaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya.

Tapi, dalam kita saling kunjung mengunjungi rakan taulan dan sahabat handai dan menjalinkan silaturrahim, ada beberapa pantang larang yang bagus untuk kita ikut :

1. Jaga batas aurat dan mahram.
Paling penting! Jangan masuk rumah selagi salam yang anda beri belum dijawab. Mungkin tuan rumah masih belum bersedia untuk menerima tetamu. Nak beri salam pun janganlah betul-betul di muka pintu, dibimbangi tuan rumah dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna. Sebaik-baiknya tunggulah sehingga 3 kali salam dan bila dijawab salam dan dijemput masuk, baru lah masuk. Jangan main redah je!

Bila nak bersalam pun, bersalamlah dengan yang mahram sahaja. Ingat tu ye!

2. Jangan Tanya Soalan Sentap.
Kadang-kadang bila terlampau seronok berjumpa sahabat handai dan saudara mara, jangan lah cemarinya dengan soalan-soalan sentap. Anda hanya mematikan mood raya. Contoh soalan sentap seperti:

– “Bila nak kahwin?”
– “Kau dah kahwin lama kan, bila nak dapat anak?”
– “Kerja apa sekarang, gaji berapa sebulan?”
– “Kau pakai kereta apa?”
– “Dah gemuk ye?”
– “Apasal muka kau banyak jerawat?”
– “Bisnes apa sekarang? Bisnes hari tu tak jadi ke?”

Dari niat baik nak bersilaturrahim, anda hanya buatkan orang menyampah dan meluat sahaja dengan anda. Lebih-lebih lagi jika anda bertanya di hadapan orang ramai. Anda hanya menjatuhkan air muka orang lain sahaja.

3. Beri Peluang Orang Lain Bercakap.
Pernah tak jumpa orang yang asyik nak kita dengar cerita dia sahaja? Pernah? Janganlah asyik nak dominasi perbualan sahaja bila berkunjung ke rumah orang lain. Lebih teruk, kalau anda bercerita dengan suara yang kuat dan ketawa berdekah-dekah. Tak senonoh betul! Beri peluang untuk orang lain berkongsi kisah mereka juga. Kadang-kadang, menjadi pendengar itu adalah yang lebih baik. Bila anda beri perhatian kepada orang yang bercerita, mereka juga akan beri perhatian bila anda bercerita.

4. Raikan Tetamu.
Ini satu lagi perkara pelik yang selalu terjadi di hari raya. Ada orang seolah tak suka bila orang lain datang beraya ke rumahnya. Mulalah nak tarik muka masam. Betul, kadang-kadang kita rasa penat kerana melayan tetamu yang tak putus-putus datang tapi ketahuilah setiap tetamu yang datang hadir dengan limpahan rahmat rezeki dari Allah. Bersilaturrahim itu sendiri sangat dituntut dalam agama.

Anda pun pasti tak gembira bila orang lain tak menyambut kedatangan anda dengan muka manis, kan? Tak payah nak mengeluh dan tarik muka masam bila tetamu datang. Senyum, salam dan syukur.

5. Jaga Adab Ketika Makan.
Tak dinafikan, setiap kali hari raya, juadah yang disediakan pasti enak-enak. Melihatnya sahaja dah buat kecur air liur. Apatah lagi setelah sebulan berpuasa. Semua pun rasa macam nak makan. Tapi, jangan lupa adab ketika makan. Jangan ambil banyak-banyak kemudian tak dapat habiskan. Ambil apa yang ada di hadapan mata dan paling hampir dengan kita sahaja. Jangan berebut-rebut dan macam nak terkam sahaja semua juadah! Sabar. Juga, jangan sibuk-sibuk nak bungkus bawa balik makanan tuan rumah, walaupun sesedap mana juadah yang dihidangkan.

Makan bukan tujuan utama kita berhari raya. Jadi berpada-padalah.

6. Jangan Terlampau Bergurau.
Ini selalu terjadi. Bila kita dah lama tak berjumpa, pasti ada banyak benda yang nak dibualkan. Dan pasti ada senda gurau antara kita. Boleh bergurau tapi jangan melampau. Kadang-kadang kita bergurau dan bertepuk tampar sampai tertumpah air, terpecah balang kuih, tersadung pintu dan macam-macam lagi.

Berhati-hati ye. Kalau bawa anak-anak, perhatikan dan jaga anak-anak anda sebaiknya. Jangan biarkan mereka menyelongkar rumah ruan rumah dan pecahkan barang-barang berharga

7. Jangan Banyak Komplen.
Bila berkunjung ke rumah orang, jangan biarkan mata anda melilau melihat setiap inci rumah orang. Tak baik. Ada pula ‘tu yang suka komplen, rendang tak masin, air tak manis, rumah berdebu, langsir tak bertukar, jangan!

Kita berkunjung ke rumah orang lain bukan untuk mencari kecacatan dan kesilapan mereka. Jika kita boleh melakukannya kepada orang lain, mungkin orang lain juga boleh cari dan nampak kekurangan kita. Amacam?

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kerana dipertemukan dengan Syawal kali ini. Bersama kita memanfaatkan Syawal kali ini untuk bersilaturrahim sebaiknya. Saling bermaafan dan saling memperbaiku hubungan silaturrahim di antara satu sama lain. Kita pun tak pasti dapat jumpa lagi di lain kali.

Salam Syawal
Team Richworks.

 

Berniaga 8 Hari Sebulan : Lelaki Ini Mampu Dapat Lebih Dari Gaji Bulanan

oleh Team Richworks pada 05 July 2016

image

Anda nak mulakan perniagaan katering untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini?

Nak tahu? Hanya dengan berniaga 8 hari sebulan, lelaki ini bersama isterinya mampu capai sehingga RM50,000 sebulan dengan perniagaan kateringnya.

Bekerja lima hari seminggu, kadang-kadang sudah cukup memenatkan bagi sesetengah orang. Namun, bagi sebahagian orang lain yang tidak mudah rasa selesa dengan apa yang ada, mereka sanggup mengorbankan hujung minggu dengan aktiviti yang mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Bagi Zulkarnain Mohamed Noor dan isterinya Norlaili Mohamad Nor, bekerja sebagai pegawai bank lima hari seminggu tidak menghalang mereka untuk menjalankan perniagaan katering pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Malahan, dengan ilmu yang mereka ada mereka mampu menguruskan perniagaan tersebut secara bersistem tanpa mengabaikan tugasan seharian.

Menurutnya, beliau mungkin tidak akan dapat melakukan perniagaan ini tanpa ilmu-ilmu dari program Dr. Azizan Osman. Bermula hanya dengan menyediakan 300 pek makanan, kini Zukarnain dan perniagaan Serambi Kateringnya mampu menyediakan lebih dari 3000 pek untuk sesebuah majlis.

Kata Zulkarnain, “Bukan senang nak menguruskan majlis dan menyediakan jamuan. Sebelum ini, kami hanya redah sahaja, segalanya kami lakukan tanpa ilmu pengurusan yang betul. Akibatnya, kami pernah kena tipu. Semuanya akibat tiada ilmu perniagaan.”

“Namun, Alhamdulillah, selepas belajar dari Dr Azizan Osman, saya dan isteri lebih memahami konsep perniagaan dan berhati-hati dalam setiap urusan di samping lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ini yang saya suka tentang program Dr Azizan Osman. Beliau mengajar kami untuk mengenal semula diri kita yang sentiasa kekurangan.” Ujar beliau lagi.

Hanya dengan berniaga hujung minggu, Zulkarnain kini mampu membuat jualan sehingga 6 angka setahun. Beliau bertekad untuk terus menghadiri program Dr Azizan Osman untuk menyediakan dirinya untuk melebarkan sayap perniagannya.

Pesan Dr Azizan Osman “kalau nak berperang, kena sediakan peluru secukupnya, kalau nak berniaga perlu ilmu sepenuhnya” dipegang utuh.

Macam mana? Anda pun boleh miliki perniagaan seperti beliau. Mulakan dengan menyediakan perkhidmatan katering kecil-kecilan untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini. Mana tahu, InsyaAllah akan jadi sebuah perniagaan besar nanti.

Anda juga boleh mulakan dengan hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Layari www.azizanosman.cok/imkk untuk IMKK KUALA LUMPUR atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk IMKK SABAH.

Salam Kejayaan
Team Richworks.

 

Hanya Dari Rumah, Nur Aini Menjana Hampir RM2Juta Sebulan.

oleh Team Richworks pada 30 June 2016

001B

Niat bantu wanita lain jana pendapatan beri beliau kepuasan.

Anda pasti pernah nampak billboard beliau di tepi lebuh raya.  Kalau belum tengok, anda pasti akan nampak billboard pink wanita berpurdah ini bila anda pulang ke kampung untuk berhari raya nanti.

Apa yang beliau buat sehingga mampu membuat iklan billboard yang yang besar dan banyak di seluruh lebuh raya?

Puan Nur Aini Zolkepli, pemilik produk kecantikan Nurraysa Beauty ini hanya berusia 24 tahun.  Seorang surirumah dan ibu kepada 3 anak ini memulakan perniagaan sabun marine collagennya hanya dengan modal RM500.

Sebelum berada di tahap sekarang, beliau telah banyak mengharungi segala halangan. Anda pun boleh berjaya seperti beliau. Setiap segala sesuatu tindakan atau perbuatan adalah bermula dengan niat. Sebelum anda melakukan sesuatu, tanya diri anda kembali, kenapa aku buat ini? Kenapa aku di sini? Soalan ini sepatutnya sering kali di ajukan pada diri kita sendiri untuk muhasabah.

Kita yang Muslim lebih lagi mengambil berat tentang niat ini kerana setiap balasan baik atau buruk perhitungan bagi perbuatan kita adalah dimulai dengan niat. Bagi yang bukan Muslim pun, dengan berniat maka terzahirlah perbuatan. Sudah sememangnya lumrah manusia, kerana tidak mungkin kita sedang membaca blog ini sedangkan kita tidak berniat untuk membacanya.

Seperti Puan Nur Aini, perubahan-perubahan yang berlaku di dalam hidup beliau bermula dengan memperbetulkan niat. Ini adalah antara perkara utama yang ditekankan di dalam program kami dan sering kali di ulang agar kita tidak lari dari landasan dan objektif mencapai matlamat kita dan agar kita tidak lupa connection dengan Source yang sebenarnya.

Sehebat mana pun marketing kita, tetapi kalau hubungan kita dengan Allah kita tak jaga, maka tak akan jadi juga benda tu.Sebab rezeki, keberkatan semua datang daripada Allah, bukan daripada usaha kita.”

Berbekalkan niat bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mengeluarkan modal berniaga serta membantu kaum wanita terutama surirumah menjana pendapatan, perniagaan beliau mula berkembang. Ramai manusia mahu berjaya tetapi tak tahu kenapa mereka perlu berjaya.

Menurut Pemilik Nurraysa Global Sdn Bhd yang mempunyai sekitar 2000 agen di seluruh negara ini “Alhamdulillah saya cakap, saya submit doa, saya nak bisnes, saya nak ada banyak waktu dengan keluarga dengan ibu bapa, anak anak, family. Saya nak sendiri yang jaga diaorang.”

Jika anda mahu belajar ilmu yang sama seperti dipelajari oleh Puan Nur Aini, yang InsyaAllah boleh membantu anda untuk menjadi usahawan berjaya, Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk ketahui lebih lanjut.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

7 Godaan Extreme Akhir Ramadhan

oleh Team Richworks pada 30 June 2016

Blog Poster

Godaan memang sentiasa ada. Tak kisahlah syaitan kena ikat, kena gari atau kena hambat ke, tetap ada. Paling tak tahan, godaan Ramadhan ‘ni makin menjadi-jadi di akhir-akhir perjuangan. Kenapa agaknya ‘ya? Sebab lagi dekat kita pada penghujung perjuangan, lagi galak cabaran datang.

Jom kita baca dan renungkan duri-duri godaan tu.

1. Malas dan mengantuk.

Ya Allah! Malasnya nak buat kerja! Mengantuknya mata! Nak tidur kejap lah lepas sahur! Bamm! Terlajak Subuh. Ha, pernah alami ini? Selalu? Dan disusuli rasa bersalah yang menggunung. Tapi lepas itu ulang lagi. Manusia! Petang pula, Ya Rabbi, panasnya petang ni. Mengantuk! Malas lah nak buat kerja rumah. Nak tidur sekejap. Sambil tarik bantal dan tidur. Selepas berbuka lain pula cerita. Kenyang ‘ni buat mata pun layu. Selepas Maghrib, lipat sejadah, tarik bantal lagi. Tidur. Tarawih? Sadaqallahul’azim ‘lah gamaknya. MasyaAllah manusia. Sudah-sudahlah tidur. Ramadhan bukan alasan letih, pura-pura letih, atau buat-buat letih supaya dapat tidur, tidur dan tidur.

Bangkit, manusia bangkit! Syaitan kan dah kena ikat? Sungguh manusia memang suka menyalahkan pihak lain. Ingat senang nak buat baik? Hati kena kental, jiwa kena cekal. Positif! Jangan lah makin akhir makin lemau. Patutnya makin akhir lah kita pecut sebab sikit je lagi tu dah nak menang!

2. Belanja Berlebihan

Ayam percik, keropok lekor, murtabak, tepung pelita, air katira, nasi lemak kukus, kalau boleh nak borong satu bazar! Tangan ada dua, jari ada sepuluh. Penuh! Subhanallah. Ini baru godaan bazar. Godaan pakaian raya lagi hebat. Sana sale, sini sale. Sana ‘merelip’, sini berkilau. Puasa belum habis, baju raya dah sepuluh. Macam mana tu? Sabarlah hati, tabahlah jiwa. Sederhanalah dalam berbelanja. Duit yang kita cari tu memanglah untuk kita belanjakan, tapi, bukan boros!

Sebenarnya banyak lagi kalau nak sebut pasal belanja ‘ni. Tapi, itu lah yang paling dominan dalam bulan puasa. Mula puasa mungkin ‘lah rajin memasak. Dah hujung-hujung ni, sempat pun tidak, jadi bazar lah yang di tuju ye tak? Ha, petang ni, kalau ke bazar, jangan lapar mata pula. Bazar bukan tempat membazir.

3. Rokok

Ha, ini terutamanya lelaki, perokok yang tegar. Menggigil-gigil lah jiwa tahan resah nak jadi naga. Bila berkumandang saja azan, tak sempat-sempat nak teguk air, lighter dulu yang dicapai. Astaghfirullah. Elok-elok udara segar, terus kelabu asap paru-paru anda. Tak sayang nyawa, sayanglah duit. Tak sayang duit, sayang lah orang yang sayang anda. Tak perlu cakap apa keburukan rokok, perokok lagi arif maklum tentang itu. Lagi hebat selok belok bahan yang digunakan dalam rokok. Lagi mahir hukum hakam merokok. Tapi, buat juga. Pokok pangkalnya balik pada jiwa, balik pada rasa, balik pada iman. Ini rasanya extreme sepanjang Ramadhan. Tak apa lah ya abang-abang kakak-kakak. Orang berjuang mana yang tak di uji.

Cubalah. Cuba dan cuba dan cuba untuk buang tabiat gila dan buruk ini. Anda puasa, anda berdoa, anda bersolat, anda mahu kaya, tapi mulut anda, terlekat suatu yang haram. Bagaimana?

4. Gosip

Ingatkan Ramadhan ni kurang-kurangkan bergosip. Rupanya sama saja. Kurang pahala puasa. Tak rasa rugi ke? Puasa penat-penat, harapkan pahala penuh, eh rupanya, dihiasi dengan aktiviti gosip dan mencela di siang hari. Jaga lah mulut anda. Tahanlah jiwa anda. Ramadhan kan melatih kita untuk jadi lebih baik? The best time to train. Sebab? Sebab semua orang pun puasa! Kita dikelilingi oleh aura-aura yang sepatutnya positif dan terbaik. Jadi, janganlah cemarkan aura tersebut. Kan nak jadi baik kena bergaul dengan orang baik? Allah dah datangkan satu bulan penuh kebaikan, kita yang tak nak. Lagi kita pula yang merungut. Jangan. Jangan. Jangan begitu. Didik hati untuk sabar. Boleh? Kita sama-sama usaha ya. Namun, kalau semangat di awal awal saja pun sedih juga. Yang hujung-hujung terbiar lagha. Astaghfirullah.

5. Emosi

Nak jaga emosi masa lapar memang tak dinafikan agak sukar. Asyik nak marah saja. Tapi, tapi, tapi, itulah tujuannya. Nak didik jiwa, hati dan minda untuk berfikir dengan lebih rasional. Jadi, apa nak buat? Istighfar banyak-banyak. sabar. Dan praktis untuk redakan gelodak rasa. Kalau nak marah, basahkan muka. Ambil wudhu’. Kalau nak gaduh, berlalu pergi dari tempat ‘tu. Kalau nak sedih, jangan terlampau. Pokoknya, masa ni kita boleh cuba untuk cari cara yang paling sesuai dengan kita untuk kawal emosi. Tak senang, tapi tak mustahil.

Banyakkan zikir, banyakkan selawat. Kalau anda tiada apa yang lebih baik untuk diperkatakan, diam. Kan kita dah diajar tentang basis ini?

6. Haus & lapar.

Antara haus dan lapar, haus lebih sukar untuk kita tahan. Nampak air paip pun rasa nak minum. Betul? Kadang-kadang nampak adik kecil minum air sirap kosong pun dah terliur. Padahal kalau hari biasa, tak pandang pun air sirap tu. Tu tandanya anda kurang minum air. Bulan puasa di kala terik panas ‘ni, anda perlu minum cukup. Masa berbuka dan malam ‘tu boleh saja minum air secukupnya. Sahur pun sama. Ada saja cara nak kekal hidrat. Kita ‘je yang tak buat! Lagi satu, itulah namanya cabaran. Untuk kuatkan mental anda melawan tiupan-tiupan halus untuk batal puasa. Belum masuk kes terlupa sahur, tak terbangun tidur lagi. Maklumlah, nak raya dah, semangat puasa pun dah bertukar.

Jangan lupa tahu, minum air secukupnya sewaktu berbuka, di malam hari dan semasa sahur. Anda boleh!

7. Nafsu

Ya, semua godaan pun berkaitan nafsu. Tapi yang ini, nafsu terhadap lawan jantina. Berhati-hati! Jaga mata, jaga semua deria.  Banyakkan istighfar, baca quran dan jagalah iman!

Selamat menjalani hari-hari terakhir ibadah puasa.

 Salam Kejayaan,

Team Richworks

 

Pernah Jatuh Akibat Lupa Diri

oleh Team Richworks pada 23 June 2016

image

Bekas Mat Rempit, Kini Disegani.

Memang tidak dapat kita nafikan, setiap perniagaan yang berjaya pastinya turut bermodalkan sistem pengurusan yang terancang. Gagal untuk merancang bermakna kita merancang untuk gagal. Kata-kata yang biasa kita dengar tetapi adakah ianya dijadikan iktibar?

Sistem perniagaan yang terancang bukan sahaja dapat menjimatkan masa ramai pihak, malah dapat mengurangkan kos dan juga mengurangkan risiko kegagalan anda.

Rizal Hakim yang sebelum ini pernah berkhidmat di bank selama lebih kurang 4 tahun dan kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah dari pekerjaan beliau yang katanya sudah menjadi satu rutin yang mula membosankan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sememangnya, cabaran adalah salah satu elemen dan faktor untuk seseorang itu berkembang dari segi pemikiran dan kehidupan.

Beliau memulakan RNA Capital Limited yang telah beroperasi selama 9 tahun sebelum menyertai program Dr Azizan Osman yang mana telah banyak merubah persepsi beliau dalam sistem dan penstrukturan sesebuah perniagaan yang kurang di titik beratkan sebelum ini.

“Lepas join IMKK, I learn how to start to trust people and decentralized. I must free myself from doing everything on my own, so saya start build a team and we’re now have about 20 people.”

Kejujuran beliau dalam berkongsi perubahan yang dilalui dan kesilapan yang pernah beliau lakukan turut mengajar orang ramai yang sebelum ini kurang memberi perhatian terhadap salah satu lagi kunci kejayaan iaitu disiplin. Sikap suka bertangguh, tiada perancangan dan takut untuk membuat keputusan, telah dapat beliau atasi melalui tip-tip yang di pelajari di program kami.

“Sekarang ini hari-hari saya ada goal saya sendiri. Hari itu apa, hari ini apa saya nak capai. Saya akan ada goal harian, mingguan, bulanan.”

Perniagaan RNA Capital Limited kini telah berkembang dan dikenali di beberapa buah negara luar dan beliau sendiri turut menjadi sumber rujukan bagi beberapa usahawan yang telah menyertai program kami.
Melalui program kami, anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan di dalam hidup anda serta mengenali jenis ketakutan manusia yang menjadi penghalang utama dalam memperbaiki hidup atau mencapai apa sahaja impian.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.
Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Program IMKK akan dianjurkan di Kuala Lumpur dan Sabah.

Layari www.azizanosman.com/imkk (IMKK KL) atau www.azizanosman.com/imkk-sabah (IMKK Sabah).
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.
‎Team Azizan

 

Dari Makan Gaji Kini Miliki Hotel Sendiri

oleh Team Richworks pada 22 June 2016

image

Setiap daripada kita dilahirkan dan diberi pilihan. Kita boleh memilih untuk hidup secara biasa-biasa atau hidup dengan luar biasa. Anda juga boleh memilih untuk menjadi manusia yang gagal dan kecewa atau manusia yang hebat dan bermanfaat.

Janganlah kita jadikan Qada dan Qadar sebagai alasan untuk menyalahkan takdir Allah. Kedua-dua amal yang baik atau yang buruk walaupun merupakan Qada dan Qadar dari Allah SWT, adalah hasil daripada usaha dan pilihan yang dibuat oleh hambaNya.

Kejayaan itu adalah milik semua orang.

Pengorbanan, masa dan sentiasa mencari peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan ke arah kejayaan.

Bagi Tuan Mustaffa, meskipun beliau pemegang ijazah dan berkelulusan Master, keadaan ekonomi masih lagi membelenggu tahap kehidupan beliau dari menjadi seseorang yang bermanfaat kepada orang lain. Setelah menyertai program kami, beliau telah dapat menghuraikan masalah pendapatan melalui perniagaan.

Beliau telah memilih untuk memberikan komitmen terhadap perniagaan dari bekerja makan gaji. Sebelum ini, pendapatan bulanan beliau lebih kurang RM7,000 sebulan sebagai pekerja berkelulusan Master. Namun setelah berniaga, bagi suku pertama tahun ini, perniagaan hotel dan perkhidmatan pembersihan beliau telah mencatat pulangan sebanyak RM400,000.

Hasrat untuk menjadi insan yang lebih bermanfaat melalui pendapatan yang lebih ini dengan menyalurkannya ke arah zakat dan sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain adalah hasil dari ilmu dan azam yang digilap serta diperolehi dari program ini dan semestinya berserta berkat daripada Ilahi.

“Saya bekerja 6 tahun tanpa sebarang simpanan. Tetapi selepas saya belajar 6 tabung di IMKK, Alhamdulillah, tabung saya makin hari makin meningkat.”

Kita tidak akan dapat menikmati perjalanan ini sekiranya kita tidak berani untuk mencabar diri sendiri.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Program IMKK akan dianjurkan di Kuala Lumpur dan Sabah.

Layari www.azizanosman.com/imkk (IMKK KL) atau www.azizanosman.com/imkk-sabah (IMKK Sabah).

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.
‎Team Azizan

 

Wanita Besi Cabar Lelaki

oleh Team Richworks pada 21 June 2016

009B

Mental yang kuat bantu Noorhayati ceburi industri pembinaan

Industri pembinaan memang sudah lazim dengan fitrah kaum lelaki yang kasar dan lasak. Baik dari segi pengendalian, pengurusan dan termasuklah kerja pembinaan itu sendiri. Agak jarang industri ini diceburi oleh kaum wanita.

Berbekalkan ilmu yang dipelajari di program yang kami tawarkan, Puan Noorhayati Ahmad, membuktikan yang seorang wanita juga turut boleh berjaya di dalam dunia perniagaan yang dipelopori kaum lelaki ini. Perniagaan beliau Bina Tegas Construction Sdn Bhd, yang bermula pada tahun 2007, telah mencecah pulangan pendapatan RM 3.3 juta pada tahun 2015. Setelah menyertai IMKK pada Oktober tahun itu, pendapatan perniagaan syarikat beliau untuk suku pertama 2016 sudah mencecah RM 1.4 juta.

Resepi kejayaan saya untuk berada dalam industri yag dipelopori lelaki ialah dengan mempunyai mental yang kuat.  Saya belajar bagaimana membina mental yang kuat di program Dr Azizan. Di situlah saya dapat kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran yang ada dalam bidang construction yang cukup besar.”

Wanita besi ini sempat berkongsi antara resepi kejayaan yang diambil hasil dari penglibatan beliau bersama IMKK yang terus digunakan di dalam perniagaannya bagi mengatasi cabaran-cabaran yang ditempuhi.

Perkara yang pertama sekali yang perlu diatasi seseorang itu adalah, cara pemikiran orang itu sendiri. Minda. Kepercayaan yang karut tentang kebolehan diri, seperti “ah susah lah”, “asyik susah saja”, dan bermacam lagi adalah merupakan satu cara berfikir yang tidak sihat. Setiap yang kita fikirkan adalah doa. Buang sejauh mungkin sikap negatif ini kerana kita semua dilahirkan sebagai juara, bukan biarkan diri gagal dan menyalahkan takdir.

Siapa yang menentukan hala tuju hidup anda ini jika bukan anda sendiri?

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” – Ar-Raad, ayat 11

Kehidupan ini penuh dengan pilihan. Apabila anda fokuskan minda anda untuk berfikir secara rasional, teratur dan berkeinginan untuk mencapai impian dan kejayaan, ini dapat membantu anda melihat matlamat anda dengan lebih jelas. Seperti yang disebut Puan Norhayati, keinginan adalah perkara nombor satu yang perlu ada untuk kaya dan berjaya. Benar, seterusnya haluan menuju matlamat ini akan dilihat lebih terbuka dan luas berbekalkan niat yang murni, visi dan keberanian yang terbit terhadap keinginan untuk kaya dan berjaya.

Perlulah kita yakin bahawa Tuhan itu Maha Kaya. Ini merupakan ciri pemikiran yang sihat. Jika kita kekal pasrah dengan keadaan yang tiada kemajuan tanpa percaya terhadap diri sendiri, adakah kita yakin pada sifat Tuhan Yang Maha Kaya ini?

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Berminat untuk mengetahui potensi diri adna yan gsebenar dan bagaimana anda boleh berjaya dalam kehidupan?  Layari www.azizanosman.com/imkk

Salam Kejayaan.

Team Richworks.

 

Jualan Cecah Lebih Satu Juta Dalam Masa Tiga Bulan, Ruby Che Wan Agresif Ubah Kehidupan

oleh Team Richworks pada 20 June 2016

008B

Ruby Che Wan, Pengarah RCW Beauty Empire Sdn Bhd, adik kepada selebriti Rozita Che Wan, berkongsi pengalaman beliau dari sebelum menyertai program Richworks hingga siapa beliau hari ini.

Sebagai seorang yang sentiasa memandang terus ke hadapan, beliau merupakan seorang yang sentiasa dahagakan kemajuan. Sikap ini sudah wujud semasa beliau masih lagi bekerja sebagai perunding kewangan.

Selama 8 tahun berkerja, pendapatan bulanan beliau sekitar RM 40,000 ke RM 50,000 sebulan. Tetapi kini, hanya untuk kuarter pertama syarikat beliau, anggaran purata pendapatan telah mencecah ke RM 1.2 juta.

Apakah rahsia Ruby?

“Setelah menyertai program Dr Azizan, hidup saya berubah 360 darjah. Saya tahu apa kekurangan diri saya, apa benda yang saya perlu buat.”

Sebelum ini, Ruby berpendapat bahawa untuk menggandakan pendapatan, mestilah menggandakan usaha. Betul, tetapi usaha mestilah berasaskan ilmu.

Ruby turut mengakui di mana pernah sampai ke satu tahap yang beliau terlampau komited dengan kerjaya bagi menambah pendapatan sehingga mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang ibu dengan berkerja dari pagi hingga ke malam.

Namun, usaha beliau yang berhempas pula itu hanya menzahirkan penat lelah dan tahap pendapatan beliau masih kekal di garisan yang sama.

Setelah 1 tahun lebih bepenat lelah, berhempas pulas berkerja sampai tiada beza siang dan malamnya, Ruby tergerak untuk menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di mana di situ Ruby telah mempelajari ilmu perniagaan dan mengenal pasti kekurangan diri serta perkara yang ingin dibetulkannya dalam hidup.
Ruby tidak berlengah dalam tindakan sesuai dengan personaliti beliau yang lebih laju berkerja demi result dari hanya banyak menatang ilmu tanpa tindakan.

Selepas menggunakan apa yang dipelajari dari program-program Dr Azizan Osman, selepas membetulkan diri, beliau lebih bersyukur apabila Allah telah mengaturkan hidup beliau dengan lebih teratur hingga ke hari ini.
Semasa beliau tidak dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya sebab beliau terpaksa memberi perhatian kepada anak anak, Ruby telah memulakan perniagaan secara online.

Hanya dengan menjual perfume keluaran RCW Beauty Empire, pulangan yang beliau terima sudah menyamai tahap pendapatan beliau berkerja membanting tulang siang dan malam.

Berkat ilmu yang dipelajari di program-program ini, beliau turut lebih mendekatkan diri dengan Yang Mencipta dan Yang Memberi Rezeki. Sehaluan dengan itu, produk kedua keluaran beliau dan kakanya Rozita Che Wan, iaitu Losyen Putih Ajaib, laris sebanyak 10 000 unit hanya dalam masa 4 hari. Pemasaran yang dilakukan hanyalah berasaskan dan menggunakan platform instagram, tanpa mengeluarkan sebarang kos untuk pemasaran
Ruby kini lebih selesa dengan perniagaan kerana beliau dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga di samping menjana pendapatan yang lebih berlipat kali ganda.

Jika anda inginkan ilmu yang dapat membantu anda mengubah taraf kehidupan seperti Ruby, korbankan sedikit masa, wang dan tenaga anda untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang merupakan satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

 
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start