BEKAS EKSEKUTIF AKAUN TAK TAHAN TEKANAN

oleh Team Richworks pada 17 June 2016

007B

Hanya selepas sebulan berniaga pendapatannya meningkat dari RM3000 ke RM28,000!

Apa yang anda sanggup lepaskan untuk dapatkan kualiti hidup yang lebih baik?  Berkelulusan yang baik memungkinkan anda mendapat jawatan bagus, namun ianya tak menjanjikan anda hidup tanpa tekanan.

Puan Sailajah A/P Selveekam, yang berkelulusan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)   ini, boleh sahaja terus bekerja sebagai Akauntan bertauliah.  Tetapi, tekanan kerja telah menghalang beliau dari menikmati kehidupan, dan itu bukanlah sesuatu yang diimpikan.

Beliau sedar minatnya yang utama ialah dalam bidang perniagaan lalu mengambil keputusan untuk hadir ke program Dr Azizan Osman.

Katanya, ketika mula berniaga tanpa ilmu hidupnya masih tertekan.  “Sebelum belajar dengan Dr Azizan, saya berniaga tanpa ilmu.  Saya hanya ada satu staf, ke mana saja saya pergi bisnes saya akan ikut saya.  Masa ‘tu saya pegang 3 handphone. Semua pun saya buat sendiri, dah macam sotong. Tapi selepas hadir ke program Dr Azizan semua dah berubah.”

Dalam tempoh sebulan selepas hadir ke program Dr Azizan Osman, wanita ini mampu memperolehi peningkatan pendapatan dari RM3,000 ke RM28,000 sebulan.

Tak cukup gila dengan itu, semenjak 2015 Puan Sailajah telah hadir ke Program Intensif Kekayaan & Kejayaan selama 5 kali!  Apa yang gila sangat ‘tu?

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri. Ramai yang telah berjaya perbaiki kehidupan selepas menghadiri program selama 3 hari ini.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk butiran lanjut.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Rezeki Terpaksa Datang Mencurah

oleh Team Richworks pada 16 June 2016

006B

Pasangan Suami Isteri Percaya Berfikiran Positif Mampu Jemput Rezeki

Apa jenis perniagaan pun, tanpa fikiran yang positif pasti susah nak berkembang maju.

Superb! Perkongsian ikhlas dari Tuan Lokman Hakim Ahmad Subki bersama isterinya, Rabiatul Adawiyah Rasol yang merupakan pengusaha syarikat hiasan dalaman.  Pada awalnya, mereka tak yakin perniagaan mereka boleh berjaya.  Lebih-lebih lagi mereka tidak mempunyai mentor yang mampu membimbing dan yang mampu memberi kepastian bahawa perniagaan mereka boleh pergi jauh.

Menurut Tuan Lokman, “program IMKK adalah pentas keramat bagi kami.  Sebelum ‘ni kami dah buat bisnes selama 9 tahun, ada naik turunnya, dan pencapaian tertinggi kami sebelum ‘ni ialah berjaya design kolej untuk projek bernilai RM15 juta, jadi kita rasa macam ego dah tinggi, muda lagi, dan tiba-tiba Allah duga di mana kami tak ada job selama 1 tahun. Mungkin sebab saya sombong. Masa ‘tu saya kenal mana kawan dan mana lawan.  Dan selepas kami join Program IMKK, kami baru nampak dengan jelas hala tuju diri dan perniagaan kami.’

“Dulu, bila kami kerja, orientasi kami hanyalah client.  Entertain client je.  Tapi sekarang dengan ilmu dari IMKK client kami yang utama ialah mak ayah.  Jadi bila kami entertain mak ayah dulu, rezeki-rezeki lain mula datang sendiri. Yang utama kita entertain Allah dan kemudian kita gembirakan mak ayah dulu.” Kata Puan Rabiatul pula.

Tambah mereka lagi Di IMKK, mereka belajar magik disebalik kuasa memberi.  Kalau ikut hukum logik beri satu dapat satu tapi di IMKK dengan ilmu dari Dr Azizan Osman, mereka belajar ilmu beri satu dan dapat lebih lagi.

Jangan tidak percaya, dengan kejayaan ini mereka telah berjaya menghantar ibu bapa mereka menunaikan haji dan umrah serta melancong ke luar negara. Kami yakin anda juga mempunyai impian yang sama dan ingin menjadi hebat seperti mereka, bukan?

Apa kata, anda korbankan sedikit masa, wang dan tenaga anda untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK)  yang merupakan satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Program IMKK Sabah akan diadakan buat julung kalinya di Sabah. Khas untuk warga Sabah, Sarawak dan Brunei. Ingat tarikh ini, 12-14 Ogos 2016 di The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu.

Kami sudah menerima banyak pendaftaran dari warga Sabah yang memang bersemangat tinggi untuk hadir ke IMKK. Anda juga boleh sertai mereka dengan mendaftarkan diri anda di www.azizanosman.com/imkk-sabah. Ada tawaran hebat menanti anda untuk waktu yang terhad sahaja. Pastikan cepat bertindak. Jangan tunggu sehingga harga tiket naik.

Bagi anda di Semenanjung, Singapura dan Indonesia, kami tak pernah lupakan anda. Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Kuala Lumpur akan diadakan di Menara PGRM, Cheras pada 2-4 September 2016. Anda hanya perlu daftar di www.azizanosman.com/imkk. Kami juga berikan tawaran hebat untuk anda tapi ia sangat terhad.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Siapa Kata Jual T-Shirt Tak Boleh Jadi Jutawan?

oleh Team Richworks pada 15 June 2016

005B

Dari bekerja di kilang kini mempunyai empat butik sendiri.

JDT! Anda mesti baca perkongsian ini. Ini adalah perkongsian daripada Tuan Muhd Salleh Othman yang mengeluarkan T-shirt dan Topi Original Bangsa Johor!

Perniagaan yang kelihatan seperti simple sahaja, tapi sebenarnya berpotensi sangat besar jika anda tahu cara nak melakukannya.

Siapa sangka dengan hanya menjual t-shirt dan topi lelaki ini mampu membuat jualan jutaan ringgit setahun. Apa ilmu yang digunakan sehingga boleh buat jualan mencecah jutaan ringgit?

Tuan Salleh pernah bekerja di sebuah kilang dan kini merupakan CEO kepada syarikatnya sendiri. Dari gaji sekitar RM3,000 sebulan, kini perniagaannya mampu mencapai sehingga RM1.2 juta setahun. Nampak tak bezanya?

Kami yakin anda pun mahu jadi seperti beliau. Meningkatkan kehidupan dari biasa-biasa ke suatu tahap yang lebih hebat. Tanpa ilmu, Tuan Salleh tak mungkin sampai ke tahap ini kerana sebelum ini beliau tidak pernah berniaga dan bukan datang dari keluarga yang berniaga.

“Bagi saya, perbezaan utama yang saya nampak dengan jelas ialah bila saya berniaga dengan ilmu dan tanpa ilmu.  Bila berniaga tanpa ilmu saya banyak langgar dinding. Sebelum kita terus langgar dinding, baik kita belajar dengan mentor yang dah pernah berpengalaman langgar dinding dulu.” Kata beliau.

Beliau yang sangat menghargai ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan Osman menyifatkan bahawa kejayaan boleh dicapai dengan lebih cepat bila kita belajar dari orang yang dah pernah buat silap.  Beliau juga kagum kerana Dr Azizan sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman demi memastikan anak didiknya tidak ulangi kesilapan yang pernah beliau lakukan samada dalam kehidupan atau perniagaan.

Tuan Salleh juga bangga menjadi sebahagian dari anak didik Dr Azizan Osman. Baginya tak ramai orang yang dah berjaya yang sanggup mengajar ilmu perniagaan atau berkongsi ilmu kejayaan sendiri dengan orang lain.

Salah satu ilmu yang beliau pelajari dari program Dr Azizan ialah, untuk kita menerima, kita perlu lebih memberi. Lagi banyak kita beri, InsyaAllah lagi banyak kita terima.

Anda nak satu ilmu yang hebat yang mampu bantu anda capai kejayaan dan meningkatkan tahap kehidupan? Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Apa kata anda korbankan sedikit masa, wang dan tenaga anda untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang merupakan satu platform terbaik untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda yang sebenar.

Program IMKK akan diadakan buat julung kalinya di Sabah. Khas untuk warga Sabah, Sarawak dan Brunei pada 12-14 Ogos 2016 di The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu. Kami sudah menerima banyak pendaftaran dari warga Sabah yang memang bersemangat tinggi untuk hadir ke IMKK. Anda juga boleh sertai mereka dengan mendaftarkan diri anda di www.azizanosman.com/imkk-sabah.

Ada tawaran hebat menanti anda untuk waktu yang terhad sahaja. Pastikan cepat bertindak. Jangan tunggu sehingga harga tiket naik.

Bagi anda di Semenanjung, Singapura dan Indonesia, kami tak pernah lupakan anda. Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Kuala Lumpur akan diadakan di Menara PGRM, Cheras pada 2-4 September 2016. Anda hanya perlu daftar di www.azizanosman.com/imkk. Kami juga berikan tawaran hebat untuk anda tapi ia sangat terhad.

Untuk bantuan pendaftaran, hubungi talian kami di 1300-88-2424 (Waktu Pejabat).

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda bermula hari ini.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Ini Bukan Kursus Kahwin!

oleh Team Richworks pada 13 June 2016

004B

Program IMKK telah membantu pasangan ini membina perniagaan bersama.

Suami isteri nak berniaga bersama bukannya mudah. Silap-silap boleh meletuskan Perang Dunia Ketiga! Banyak juga bisnes yang dikendalikan oleh suami isteri yang tak dapat berkembang dengan baik kerana tiada kesepakatan antara pasangan suami isteri. Semuanya berniaga dengan ego yang tinggi.

Suami tak mahu rasa seperti diperintah isteri, isteri pula rasa seperti suami tak pandai buat kerja! Habis ‘tu, cam mana?

Puan Siti Zaleha Hamzah dan Tuan Mohd Fikri Yusof sudah melalui tempoh begitu dalam membina perniagaan. Tanpa ilmu yang betul, mereka tak yakin perniagaan Hijabs by Hanami yang mereka jalankan dapat berkembang sehingga sekarang.

Menurut Tuan Fikri, “Saya dipaksa masuk ke Program Dr Azizan oleh isteri saya. Ketika itu, saya masih bekerja dan saya melihat isteri saya melakukan perniagaan. Sehingga ke satu tahap, saya lihat dia dah langgar dinding dan kami pun dah buat banyak kesilapan dalam perniagaan. Banyak kebocoran wang dan kami terpaksa menggunakan wang gaji untuk tampung perniagaan. Itu tak bijak. Dan itulah yang buatkan kami join program Dr Azizan.”

Bagi Puan Siti Zaleha pula, dengan ilmu dari Program Dr Azizan, beliau dapat lebih kepastian dan mula boleh percayakan orang lain untuk melakukan tugas-tugas dalam perniagaan. Beliau juga mula melatih kakitangannya supaya menjadi lebih cekap.

Kalau dulu, saya akan buat semuanya sendiri. Tapi sekarang, selepas hadir ke Program Dr Azizan, saya boleh lepaskan tugasan kepada kakitangan saya dengan penuh kepercayaan. Saya dah boleh delegate tugas-tugas kepada mereka,” ujarnya lagi.

Selain dari itu, Puan Siti Zaleha juga berkata bahawa hubungan suami isteri juga semakin baik selepas mereka hadir ke Program Dr Azizan, terutama Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Dulu, urusan peribadi dan urusan kerja selalu dicampur adukkan. Selepas hadir ke Program, mereka berdua sudah tahu tugas masing-masing dalam perniagaan.

Peringatan: Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) bukanlah seperti ‘kursus kahwin’ biasa yang anda perlu hadir sebelum mendirikan rumahtangga, tapi ia satu program intensif selama 3 hari 2 malam yang akan membantu anda mengenali potensi diri. Program ini akan bantu setkan minda positif dalam diri dan juga ia bakal membuka minda dan hati anda yang hadir termasuk pasangan suami isteri. Ia akan dapat membantu anda membina sebuah rumahtangga serta perniagaan yang Kaya dan Berjaya dunia akhirat, InsyaAllah.

Anda nak ilmu yang mampu membantu anda capai kejayaan dan meningkatkan tahap kehidupan serta kewangan anda?

Apa kata anda korbankan sedikit masa, wang dan tenaga anda untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang merupakan satu platform terbaik untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda yang sebenar.

Program IMKK akan diadakan buat julung kalinya di Sabah. Khas untuk warga Sabah, Sarawak dan Brunei pada 12-14 Ogos 2016 di The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu. Kami sudah menerima banyak pendaftaran dari warga Sabah yang memang bersemangat tinggi untuk hadir ke IMKK. Anda juga boleh sertai mereka dengan mendaftarkan diri anda di www.azizanosman.com/imkk-sabah.

Ada tawaran hebat menanti anda untuk waktu yang terhad sahaja. Pastikan cepat bertindak. Jangan tunggu sehingga harga tiket naik.

Bagi anda di Semenanjung, Singapura dan Indonesia, kami tak pernah lupakan anda. Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Kuala Lumpur akan diadakan di Menara PGRM, Cheras pada 2-4 September 2016. Anda hanya perlu daftar di www.azizanosman.com/imkk. Kami juga berikan tawaran hebat untuk anda tapi ia sangat terhad.

Untuk bantuan pendaftaran, hubungi talian kami di 1300-88-2424 (Waktu Pejabat).

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda bermula hari ini.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Bekas Guru Kini Jual Susu

oleh Team Richworks pada 10 June 2016

003B

Dulu didik anak murid, sekarang didik lebih 600 agen untuk buat duit.

Berbisnes adalah untuk kekayaan masa. Apa benda ‘tu?

Tuan Anas Bin Che Mat Hadzer bekas seorang guru ini pernah menjalankan berbagai jenis perniagaan. Semua pun dia nak buat sehingga terpaksa menggadaikan masa bersama keluarga.  Sebelum ini, pada fikiran Tuan Anas perniagaan adalah hanya untuk buat duit sahaja.

Yang lebih teruk bila dia asyik memikirkan jumlah jualan perniagaannya setiap hari.  Baginya, itu sahaja yang paling utama bagi seorang yang mahu bergelar usahawan berjaya.

Sehingga dia hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan, beliau mula lebih faham tentang apa sebenarnya tujuan untuk berniaga.  Ianya bukan setakat untuk jualan dan untuk kaya sahaja.  Ianya lebih jauh dari itu.

“Bila saya sertai program Dr Azizan, baru saya faham apa tujuan sebenar kita berniaga.  Dulu niat saya berniaga hanya duit.duit.duit.  Saya tak fikir benda lain.  Dalam solat pun hanya minta duit dan sales. Tak khusyuk langung.  Sebab ‘tu macam ada yang menghalang. Lepas hadir ke Program Dr Azizan, saya betulkan kembali niat berniaga dan jaga solat serta buat solat-solat sunat, baru saya nampak hasil yang lebih baik.”

Selepas hadir ke program juga dia mula mengerti makna tambah nilai kepada hidup orang lain.  Tuan Anas mula faham, berniaga bukan untuk kekayaan dirinya sahaja tetapi juga untuk membantu agen-agen dan stokisnya. Berbekalkan prinsip “we not make money from stockiest, but we make money through stockiest” beliau terus membantu agen dan stokisnya memajukan perniagaan masing-masing dan beliau juga mula mendapat hasilnya.

Anda nak satu ilmu yang hebat yang mampu bantu anda capai kejayaan dan meningkatkan tahap kehidupan? Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Program IMKK akan diadakan buat julung kalinya di Sabah. Khas untuk warga Sabah, Sarawak dan Brunei. Ingat tarikh ini, 12-14 Ogos 2016 di The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu.

Kami sudah menerima banyak pendaftaran dari warga Sabah yang memang bersemangat tinggi untuk hadir ke IMKK. Anda juga boleh sertai mereka dengan mendaftarkan diri anda di www.azizanosman.com/imkk-sabah. Ada tawaran hebat menanti anda untuk waktu yang terhad sahaja. Pastikan cepat bertindak, jangan tunggu sehingga harga tiket naik.

Bagi anda di Semenanjung, Singapura dan Indonesia, kami tak pernah lupakan anda. Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Kuala Lumpur akan diadakan di Menara PGRM, Cheras pada 2-4 September 2016. Anda hanya perlu daftar di www.azizanosman.com/imkk. Kami juga berikan tawaran hebat untuk anda tapi ia sangat terhad. Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam kejayaan.

Team Richworks

 

Beberapa Hari Ini Saya Rasa Agak Sentimental

oleh Team Richworks pada 30 June 2015

dr azizan osman

Salam Ramadhan,

(Apa yang dikongsikan ini adalah kisah saya yang agak panjang tetapi saya percaya ia akan memberi inspirasi kepada yang benar-benar mahu mengubah hidup anda Insya-Allah. Jika anda mampu baca ini sehingga habis, anda mempunyai sikap seorang yang berjaya iaitu mereka fokus mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga habis)

Beberapa hari ini saya rasa agak “sentimental” dan “instrumental” kerana Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke-18 saya run business selepas saya berhenti kerja pertama makan gaji saya pada tahun 1997 sebagai Eksekutif Analisis Pelaburan di bawah sebuah syarikat broker saham KLSE di Melaka satu ketika dahulu. Masih jelas “drama” yang berlaku apabila saya buat keputusan berhenti kerja dan mahu berniaga, tetapi tidak dipersetujui oleh orang tua saya ketika itu. Tetapi saya teruskan juga walaupun tidak ada modal dan setiap perniagaan yang diceburi beberapa tahun ketika itu samada rugi atau gagal sehinggalah saya “terjebak” dengan meminjam dari Along pada tahun 2000 selepas kerugian “pelaburan” (skim cepat kaya) yang diajak oleh seorang kawan saya yang kemudiannya hilang ditelan bumi (Tak tahu ke mana).

Dan bagi yang sudah selalu baca atau dengar perkongsian jatuh bangun saya, anda pasti tahu betapa pedihnya hati saya pada waktu itu dan bertambah kecewa bila saya cuba untuk membuat temujanji dengan 3 jutawan Melayu yang saya tahu mereka juga dahulu bukan dari keluarga yang senang tetapi akhirnya berjaya membina perniagaan mereka dan berjaya. Tetapi permohonan temujanji saya ditolak atas pelbagai alasan. Dan pada waktu itu saya mahu berjumpa mereka bukanlah untuk meminta wang tetapi sekadar mahu bertanya kenapa dan bagaimana mereka boleh berjaya di dalam perniagaan mereka tetapi saya kecundang.

Saya almost give-up waktu itu tetapi Allah SWT yang Maha Memakbulkan doa saya ketika itu telah melorongkan saya berjumpa semula dengan seorang jutawan Cina yang saya kenali ketika saya cuba menjual tanah waktu saya jadi broker tanah (salah satu benda yang saya pernah buat tetapi tidak pernah dapat jual walau seinci tanah pun). Jutawan Cina ini tidak pernah bersekolah dan tidak pandai cakap Melayu tetapi disebabkan saya pandai cakap Cina dan bersekolah Cina selama 12 tahun, dia suka saya. Saya meminta untuk berjumpa dengan beliau dan dia mengajak saya ke rumah beliau (Tanpa perlu temujanji). Dan to make a long story short, dia tanya saya berapa tahun saya telah berniaga? Saya beritahu saya telah berniaga lebih 3 tahun.

Anda tahu apa dia cakap? Jika lu sudah berniaga lebih 3 tahun, lu mesti sudah jutawan? Sebab dia cakap, jika seseorang itu berniaga dengan strategi yang betul, tidak sampai 3 tahun boleh touch 1st Million. Saya jawab, saya bukan sahaja tidak buat satu juta ringgit tetapi saya berhutang dengan Along dan bank.

Dia menunjukkan kesilapan saya selama saya berniaga dan kerugian yang saya hadapi semua adalah berpunca daripada keegoan saya dan kebodohan saya. Pendeknya “BodSom” Bodoh Sombong! Tidak ada ilmu berniaga yang praktikal, tidak ada mentor jutawan yang saya follow atau belajar dari mereka serta saya ingat CGPA 3.72 saya belajar tentang business adalah cukup bagus untuk bina business dari kosong hingga jadi jutawan. Dia cakap, jika CGPA tinggi menjadikan seseorang itu jutawan, then dah ramailah yang belajar sampai Master atau PHD atau lecturer yang mengajar business pun dah jadi usahawan atau jutawan yang berjaya.

Tapi dia sekolah pun tidak, membaca pun tidak reti tetapi boleh berpendapatan lebih RM500,000 sebulan, ketika itu  dengan hanya berniaga barang-barang mentah eksport ke Singapura secara kecil-kecilan. Pada saat itu, saya rasa kena tampar 3,000 kali kanan dan kiri tanpa henti. Dia akhirnya suruh saya pergi cari mentor business dan pemasaran yang bagus yang bukan sahaja dah berjaya tetapi mahu mengajar saya dan pandai mengajar saya kerana dia tidak pandai mengajar dan tidak ada masa untuk ajar.

Ketika itu bulan Oktober tahun 2000, mana saya nak cari mentor? Mana nak cari jutawan yang nak ajar orang lain berjaya macam dia? Gila apa? Dan saya tidak mahu berniaga MLM. Saya dah cuba banyak kali sebelum itu buat macam-macam dan tidak jadi. Masa itu tidak ada seminar-seminar atau Klinik Usahawan Dr Azizan, kalau ada Insya-Allah saya akan commit belajar sebab ketika itu saya tahu, the only way untuk saya keluar dari seluruh masalah hutang saya, masalah kewangan saya dan masalah perniagaan saya adalah dengan mempunyai mentor usahawan dan jutawan yang telah terbukti berjaya dan follow sahaja exactly apa yang dia ajar sebab dia dah terbukti berjaya.

Selepas pertemuan dengan jutawan Cina tersebut, masalah dengan Along saya tidak selesai serta merta tetapi saya lebih berani menghadapi mereka untuk mengatur pembayaran semula walaupun perit. Saya buat keputusan untuk bekerja semula. Tapi saya berfikir kali ini saya mahu bekerja di tempat yang saya boleh belajar berniaga dan pemasaran kerana jutawan Cina tersebut seperti saya selalu sebut, Allah SWT Maha Menunjukkan jalan dan saya dilorongkan untuk memohon bekerja sebagai pelatih pengurusan di sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran di Melaka tetapi merupakan sebuah syarikat di bawah syarikat utamanya di London.

Pendekkan cerita, di sini saya dilatih membina business dan menjalankan kempen pemasaran untuk kontrak-kontrak projek di bawah syarikat-syarikat perbankan seperti HSBC, Standard Chartered, syarikat telekomunisasi seperti Telekom dan banyak lagi. Dan Alhamdulillah selepas menjalani latihan dan hit semua kriteria yang diperlukan, saya ditawarkan untuk mendaftarkan syarikat saya sendiri serta menjalankan projek-projek pengurusan pengiklanan dan pemasaran di bawah syarikat utama yang melatih saya. Alhamdulillah, pada umur saya 32 tahun iaitu pada tahun 2006, saya berjaya mencapai 1st million saya. 7 tahun saya membina syarikat tersebut bekerja siang dan malam sehingga saya mempunyai lebih 1,500 orang kakitangan dan ketika itu kami menguruskan projek untuk banyak jenama-jenama besar seperti TM, Celcom, Digi, Maxis, Makna, WWF, Starhub dan banyak kali di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Australia di bawah kontrak syarikat induk prinsipal saya sehinggalah pada tahun 2008 saya membuat keputusan untuk tamatkan kontrak syarikat saya di situ.

Panjang cerita kenapa saya buat keputusan tersebut dan ia banyak berkaitan dengan kebebasan masa saya dan masalah peribadi saya (Lain kali saya share). Pada tahun itu, tahun penuh dengan cabaran peribadi bagi saya. Dan saya sungguh bercelaru dengan langkah saya seterusnya. Selepas beberapa bulan memohon pimpinan dan petunjukNya, saya mula didatangi rakan-rakan yang berniaga yang meminta nasihat saya untuk mereka pasarkan produk atau perkhidmatan mereka which Insya-Allah tidak susah bagi saya kerana memang itulah kepakaran saya selama beberapa tahun run business advertising dan marketing serta sebagai marketing strategist. Business mereka start growing dan semakin ramai yang datang minta advise dan masa itulah saya buat keputusan untuk membina semula agensi pengiklanan dan pemasaran saya semula serta pada masa yang sama,  mula berkongsi ilmu dan pengalaman saya melalui seminar-seminar.

Tidak pernah saya bermimpi untuk run seminar sehingga beribu-ribu orang untuk berkongsi ilmu bisnes dan formula bagaimana merubah hidup serta tahap kewangan dalam masa yang singkat sebagaimana saya dibimbing oleh mentor-mentor saya dahulu.

Dari hanya 9 orang yang hadir ke seminar saya yang pertama pada penghujung bulan Jun 2008, hanya dalam masa setahun sahaja selepas itu seminar saya dihadiri lebih 4,500 orang di Mines Convention Seri Kembangan. Dan disebabkan bukti kejayaan dan perniagaan mereka-mereka yang follow exactly apa yang saya ajar di dalam seminar-seminar saya, ada yang berjaya membina pendapatan beratus ribu sebulan di dalam perniagaan yang mereka pilih. Ada yang surirumah, ada yang pelajar, ada yang engineer dan akhirnya berhenti kerja dan run full time business dan berjaya buat pendapatan sehingga berjuta setahun. Alhamdulillah. Ada doktor yang mempunyai klinik dan akhirnya dapat membuka beberapa cawangan klinik serta meningkatkan pendapatan setiap bulan.

Pendek kata, terlalu banyak saya saksikan di hadapan mata saya sehingga ke saat ini bagaimana ilmu dan formula yang saya kongsikan based on pengalaman business saya sendiri telah membantu ramai memperbaiki hidup, tahap kewangan mereka serta ramai yang akhirnya mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga mereka. Ada yang hargai ilmu yang pernah diberikan dan ada yang dah lupa diri.

Sehingga hari ini, lebih 600,000 yang telah hadir dan belajar di seminar-seminar saya serta terlalu ramai yang telah menjadi bukan sahaja usahawan tetapi jutawan dan lebih ramai yang sedang pantas berkembang membina perniagaan mereka. Pada masa yang sama, portfolio clients untuk business advertising dan marketing kami juga growing sehingga kami telah berjaya consult dan bantu syarikat-syarikat SME serta beberapa syarikat yang saya uruskan dahulu pun mendapatkan khidmat nasihat syarikat agensi kami.

Dan Insya-Allah esok genaplah ulangtahun ke-7 Richworks Group of Companies bermula dari kosong sehingga sekarang mempunyai beberapa perniagaan utama iaitu sebagai Accredited Advertising Agency, Event Management Company, Leading Seminar & Training Company, Coaching Business, Syarikat Penerbitan Buku, Syarikat Corporate Advisory Services, E-Learning Education Platform, Integrated Marketing Consultant Firm, Property Investment Firm dan Insya-Allah akan melancarkan Kolej Keusahawanan saya sendiri yang sedang menunggu proses-proses kelulusan Insya-Allah akan dilancarkan hujung tahun ini.

Ada sesuatu yang saya “dapat” ketika saya jatuh semula pada tahun 2008 selepas saya menamatkan kontrak dengan syarikat sebelum ini yang membuatkan saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman bisnes serta kepakaran pemasaran saya. Saya membuat keputusan untuk menjadikan hidup saya lebih bermanfaat. Saya percaya pasti Allah SWT tidak jadikan jatuh bangun hidup saya dan perniagaan saya sebelum ini dengan sia-sia dan hanya sekadar untuk kejayaan diri saya. Waktu itu, saya mendapat “mesej” melalui hadis Nabi SAW ini yang bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada ramai orang lain”.

Waktu itu saya terfikir, saya pernah gagal dalam business ketika saya mula-mula start business, saya pernah minta tolong dengan ramai jutawan tetapi tidak ada yang ada masa untuk bantu saya. Syukur,  Allah SWT lorongkan saya untuk jumpa dengan jutawan Cina tersebut yang hanya memberikan satu nasihat penting, cari mentor.

Jadi saya berfikir, jika saya dari tidak ada apa-apa dan kemudian saya ada mentor yang akhirnya telah memudahkan saya untuk membina perniagaan saya, saya fikir, pasti ramai di luar sana yang celaru dan tercari-cari halatuju bagaimana untuk mereka keluar dari masalah hutang mereka, bagaimana mahu perbaiki hidup mereka dan tahap kewangan mereka, pasti ramai terutamanya anak bangsa yang mahu dibimbing atau komited dibimbing. Cuma saya juga belajar sesuatu over these years ini selepas saya belanja berjuta ringgit setahun untuk buat seminar percuma saya sebelum ini sehingga tahun lepas hampir 140,000 hadir seminar saya secara percuma, saya dapati, bukan semua yang percuma itu bagus. Bila mereka bayar untuk dapatkan sesuatu, mereka lebih komited dan tindakan mereka lebih luar biasa. Dan bukan semua orang komited nak ubah hidup dia. “Udara hanya penting dan akan dihargai jika ia diberikan kepada mereka yang hampir lemas di dalam air”.

Akhir kata dari saya, hidup ini pilihan kita. Mereka yang mahukan dunia, mestilah ada ilmu dan orang yang mahukan akhirat, mestilah dengan ilmu dan orang yang mahukan kedua-duanya juga mestilah dengan ilmu. Ilmu yang terbaik bagi saya adalah ilmu dari mereka yang terbukti berjaya di dalam bidang mereka. Dan anda boleh dapatkan ilmu dengan buat kesilapan yang pastinya jika kesilapan membuat keputusan di dalam perniagaan, ia bukan sahaja akan merugikan banyak duit tetapi buang masa dan ia memberikan kesan kepada emosi kita.

Jika anda komplen perkongsian saya ini panjang, saya nak beritahu anda yang saya tidak pernah paksa anda baca. Saya mengambil masa menulis ini pagi ini kerana saya mahu coretkan sesuatu dan saya mahu kongsikan kisah saya ini buat inspirasi mereka yang memerlukannya. Saya juga ingin memberikan pesanan, tidak ada gunanya kerja atau bisnes kita jika akhinya ia membuatkan kita lalai kepada Allah SWT. Ia hanya akan bermanfaat jika ia mendekatkan diri kita kepadaNya dan ia bermanfaat untuk ramai orang lain.

Gaji saya dahulu RM1,500 sahaja sebulan. Keluarga saya bukan orang senang, arwah ayah saya kerja kerajaan sahaja dan mak saya surirumah sepenuh masa. Tetapi ia tidak menghalang seseorang untuk memperbaiki hidup keluarganya dan berikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang mereka sayangi.

Semua orang buang masa buat benda yang sama tetapi mengharapkan hidupnya berubah. Saya tahu ramai yang mahu ubah hidup tetapi ramai yang tidak mahu berguru atau belajar sebab egonya lebih tinggi dari Gunung Everest tetapi pokai. Macam saya dulu!

Ada banyak cara anda boleh dapatkan ilmu dan belajar dari pengalaman saya jika anda komited belajar. Saya cadangkan anda masukkan nama dan emel anda segera di blog saya azizanosman.com/blog sekarang kerana sebagai hadiah dari saya sempena 7 tahun Richworks ini, saya bakal berikan 5 modul siri dari seminar saya yang terbaru diajar secara online, anda hanya perlu tonton video saya tersebut dari komputer atau mobile phone anda nanti. Saya akan emelkan pelancarannya nanti dalam masa beberapa hari akan datang. Pastikan masukkan emel anda di blog saya seperti tertera di atas.

Untuk ubah hidup, kita perlukan ilmu dan bila kita ada ilmu next yang kita perlukan adalah KUASA TINDAKAN. Tidak ada kejayaan bagi orang yang MALAS, BERTANGGUH dan SUKA BERI ALASAN.

Jika apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, pastikan anda sebarkan ia. “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada RAMAI ORANG LAIN”. (Maksud Hadis)

Insya-Allah perjuangan saya belum selesai dan Richworks sedang berkembang ke Indonesia, India dan beberapa buah negara lain ke peringkat lebih tinggi lagi agar kami dapat bantu lebih ramai lagi.

Doakan kami.

Salam sayang.

Dr Hj Azizan Osman

Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

 

Kisah Saya – Part 7

oleh Team Richworks pada 17 November 2014

ayah_dao


Ayah saya adalah contoh seorang pemimpin paling awal saya. Jika anda baca perkongsian saya dari awal, anda pasti tahu tentang ayah saya seorang juruteknik di Jabatan Parit dan Taliair (JPT) dibawah JPT Federal atau kerajaan persekutuan, JPT kemudiannya ditukar nama kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mungkin sopan sikit bunyinya daripada “Jabatan PARIT & Taliair”, mungkin takut salah sebut jadi talipusat….ha ha ha! (Guraulah! Gurau pun tak boleh ke?)

Tugasan ayah sebagai juruteknik dan bermula dari juruteknik rendah menyebabkan ayah selalu ditukarkan tempat kerja mengikut projek yang jabatannya uruskan.

Arwah ayah baru meninggal dunia 4 tahun lalu pada 4 November 2010 dan Zehra Aliya anak perempuan saya lahir pada 15 November 2010, sehari selepas tarikh kelahiran saya 14 November.

Arwah ayah meninggal dunia ketika dia sedang mengambil wudhu’ untuk solat maghrib malam jumaat. Aturan Allah swt ketika itu saya berada di rumah mak di Melaka. Saya dengar bunyi gelas kaca pecah dari bilik air dan kemudian mak saya menjerit-jerit memanggil saya, ketika itu saya sedang solat maghrib. Ayah jatuh dan telah pengsan. Kami membawa ayah terus ke hospital tetapi doktor sahkan dia telah meninggal dunia.

Semua orang amat terkesan dengan pemergian arwah ayah dan saya antara yang menangis tersedu-sedu dari hospital lagi. Saya bersyukur kerana berpeluang meluangkan masa dengan ayah beberapa tahun kebelakangn umurnya. Kami baru sahaja kembali dari mengerjakan umrah di dalam bulan ramadhan kira-kira 2 bulan sebelum ayah pergi.

Saya masih ingat bagaimana saya memegang erat tangan ayah ketika kami sama-sama mengerjakan tawaf dan sa’ie kerana ketika itu ayah kelihatan letih.

Sebelum kami berangkat mengerjakan umrah, saya telah menghadiahkan arwah ayah sebuah kereta volkswagon model terbaru berwarna putih sebagai hadiah harijadinya kerana selama hidup ayah, dia telah banyak berkorban untuk kami dan dia tidak pernah mendahulukan keinginan atau kemahuannya tetapi diutamakan keperluan kami sekeluarga.

Saya masih ingat sejak dari kecil lagi, arwah ayah tidak ada membawa banyak duit di dalam poketnya, biasanya ayah hanya ada RM5 dipoketnya. Itu maksimum. Itulah yang dia guna seharian sekadarnya untuk dia isi minyak kereta atau apa-apa yang perlu. Dia tidak ada banyak duit. Banyak kali saya melihat dia dan emak bercakap tentang di mana mereka nak dapatkan duit untuk menyekolahkan kami 5 beradik. Ketika saya kecil, abang dan kakak saya ada yang mula sambung belajar ditempat lain. Kadang-kadang saya ikut mak dan ayah pergi ke sebuah kedai runcit di Bandar Pontian berjumpa taukenya untuk meminjam sedikit wang untuk membayar sesuatu perbelanjaan yang sedikit besar seperti bayar yuran universiti kakak atau abang saya. Kadang-kadang mak meminjam dari kawan dia untuk saat-saat yang perlukan wang secara tiba-tiba dan membayar semula kemudian.

Ayah saya seorang yang sangat jujur. Beberapa kali dia diuji Allah swt. Antaranya dia pernah dia terjumpa sebuah karung beg berisi penuh duit milik tidak tahu siapa yang terjatuh di hadapan sebuah klinik. Ayah menyerahkannya kepada doktor di klinik tersebut kerana dia fikir ini pasti ada yang tercicir. Dia tidak mengambilnya walaupun dia tahu, kami sebenarnya berada dalam keadaan kesempitan kewangan.

Apa yang saya tidak boleh lupa tentang arwah ayah sejak dari saya kecil?

Saya tidak boleh lupa ketika satu hari ketika saya baru hari pertama masuk ke darjah 1 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chun 2, Pontian, Johor. Ayah adalah orang yang menghantar saya ke sekolah dan kemudian tinggalkan saya. Saya agak takut ketika itu tetapi sebenarnya dia tidak pergi ke pejabat tetapi saya perasan dia adalah bersembunyi memerhatikan saya dari tingkap kerana risau tentang hari pertama saya bersekolah.

Saya juga masih ingat ayah pernah terlupa memberikan saya duit saku saya, ketika itu adalah 30 sen sahaja. Biasanya mak akan bekalkan saya makanan dari rumah dan air tetapi pagi itu semuanya tertinggal. Ketika waktu rehat, saya tidak keluar makan kerana tiada makanan, saya sekolah cina dan saya diajar untuk tidak masuk ke kantin sekolah melainkan untuk beli air botol sahaja. Duit poket saya adalah untuk saya beli jajan, ais krim atau gula-gula. Budak-budak baru berumur 7 tahun, itulah yang disukainya.

Dan saya ingat, ayah adalah tiba-tiba terpacul di sebelah saya ketika waku rehat dan saya agak lapar. Dia bawakan saya nasi lemak dan berikan saya duit 30 sen saya. Dia minta maaf sebab dia terlupa dan tiba-tiba dia teringat yang saya tidak bawa bekal dan dia lupa untuk berikan duit saku. Saya tidak lupa kerana waktu itu saya sangat sedih apatah lagi baru masuk sekolah cina dengan suasana yang amat asing bagi saya, ketika saya belum pandai cakap cina. Sebut “Cina” tahulah! Jadi saya rasa seolah-olah diabaikan atau dibiarkan. Tetapi kehadiran ayah membuatkan saya sangat gembira.

Setiap awal pagi, ayah akan menghantar saya ke sekolah. Abang dan kakak saya biasanya menaiki basikal, mungkin kerana mereka sudah agak besar.

Sebelum ayah menghantar saya ke sekolah dan kemudian terus pergi kerja. Biasanya selepas suboh, 1 atu 2 pekerja-pekerja dibawah jagaan ayah yang menguruskan kerja-kerja maintenance di kompleks kerajaan tempat kami tinggal akan berada di pintu belakang untuk berjumpa ayah menerima arahan.

Biasanya ayah akan buat “morning meeting” dia dan beri tugasan kepada ketua pekerja-pekerja dia. Waktu itulah saya secara sedar atau tidak mula “pick-up” leadership style atau gaya kepimpinan arwah ayah. Dia tegas, jelas beri arahan dan lantang bersuara.

Ayah juga seorang yang tinggi determination. Jika dia mahu mencapai sesuatu perkara dalam kerjanya, dia amat komited dan pantas bertindak.

Ayah dulu masa mudanya bersekolah di sekolah teknikal inggeris di Klang. Khalid Ibrahim (Sekarang Dato Seri) adalah senior dia ketika itu dan ramai lagi. Di sebabkan dia mendapat pendidikan berbahasa inggeris, ayah amat fasih menulis dan bercakap dalam bahasa inggeris. Ini menyebabkan pihak jabatan suka dia berurusan dengan bos-bos perunding jabatan parit yang datang dari luar negara seperti Australia dan UK.

Di sebabkan ayah bagus di dalam bahasa inggerislah menyebabkan kami semua dipaksa untuk bagus di dalam bahasa inggeris. Ayah akan memastikan saya dan abang saya akan membaca beberapa muka surat buku cerita bahasa inggeris secara kuat agar boleh dia betulkan bacaan,sebutan dan intonasinya. Biasanya kami akan duduk ditepi longkang awal-awal pagi selepas solat suboh untuk membacanya. Kenapa tepi longkang? Sebab ayah saya rajin menanam bunga dan dia akan mendengar bacaan kami sementara dia membelek pokok bunganya. Ayah dan mak suka pokok-pokok. Dan kami juga pernah membela puyoh yang bertelur dan sayalah tukang kutip telur setiap pagi, kami pernah membela arnab dan sayalah yang akan menjadi “pembantu” ayah di dalam setiap projeknya. Antara tugas saya ketika itu adalah mengambil kangkung ditepi longkang untuk dijadikan makanan arnab.

Saya mula memasuki sekolah agama di waktu petang ketika saya berada di darjah 3 ketika saya berusia 9 tahun pada tahun 1983.

Nanti saya kongsikan perbezaan suasana sekolah cina dan sekolah agama.

…….. Bersambung (tapi nak sambung lagi ke?)

Jika anda terlepas Kisah Saya – Part 1 hingga Part 6, anda boleh scroll back dan baca di FB Page ini atau layari blog saya di azizanosman.com/blog

Al-Fatihah buat ruh ayah Hj Osman bin Yusop.

#AzizanOsman

 

P/S Jika anda terlepas Kisah Saya Klik pada link disini- Part 1>>Part 2>>Part 3>> Part 4>> Part5 >>Part6

 

 

 

Kisah Saya – Part 6

oleh Team Richworks pada 17 November 2014

dao_tadika

Tahun itu, tahun 1980. Umur saya 6 tahun dan ayah masukkan saya ke tadika Cikgu Miat di Jalan Parit Masjid. 

Ini adalah sedikit kejutan budaya buat saya kerana saya selama ini adalah seorang yang nampak aktif tetapi saya bukan seorang yang tahu berkawan dengan mudah. Saya selalu gigit orang sebagai “salam perkenalan” dan ini menyebabkan saya akan end-up keseorangan atau bersendirian. Saya banyak main seorang-seorang, saya banyak duduk dalam rumah dan berkawan hanya dengan 1 atau 2 kawan yang lebih kurang sebaya dengan saya. Jujur saya katakan, saya tidak ada kawan yang rapat ketika itu.

Bila merenungi kembali tentang diri saya ketika itu, saya sebenarnya tidak tahu memulakan percakapan dengan kawan-kawan lain, saya tidak tahu berkawan dengan budak-budak lain serta saya hanya berkawan dengan orang-orang yang terpilih.

Ketika itu dan sehingga hari ini, jika anda suruh describe tentang diri saya, saya akan katakan bahawa saya adalah seorang pemalu, pendiam, ya! Saya pendiam dan saya bukan jenis yang ada ramai kawan. Ia agak berlawanan dengan diri saya bila saya di atas pentas berkongsi ilmu kerana bila saya berkongsi ilmu atu pengalaman saya, anda akan melihat diri saya yang boleh bercakap tidak berhenti. Tapi, saya tidak suka cakap perkara yang tidak ada kena mengena dengan saya atau bercakap perkara yang sia-sia.

Jika anda di rumah saya, anda akan lihat saya senyap bermain sendiri-sendiri, membaca buku, menonton tv atau tidur. Saya juga takut gelap kerana di pengaruhi oleh cerita-cerita hantu di tv.

Sesuatu selalu berlaku kepada saya yang menjadikan saya rasa rendah diri. Menjadikan saya sentiasa rasa malu dengan diri sendiri. Nak tahu apa?

Pada usia saya 6 tahun ketika itu, saya selalu mimpi kencing di bilik air……

Cer teka apa yang berlaku bila saya bangun tidur?

Tilam saya basah dan kesian mak kena angkat serta basuh dan jemur. Mungkin itu tanda-tanda saya bakal menjadi seorang jutawan…. Kih! Kih! Kih!

Ketika belajar di tadika ini, ayahlah yang menghantar saya dan mengambil saya balik pada mulanya tetapi kemudian ada pakcik beca bawakan saya beberapa kawan saya lain menghantar saya balik ke rumah kami setiap hari selepas habis tadika.

Ayah saya ada kereta kodok, tahu tak kereta kodok? Kereta volkswagon lama, kalau tak silap saya model tahun 1968. Dia beli untuk bawa kami semua pergi balik ke sekolah. Tapi kemudian, abang dan kakak saya naik basikal sendiri ke sekolah.

Saya tidak ingat banyak perkara tentang zaman tadika saya, tetapi saya masih ingat yang saya selalu dibuli. Ada satu kejadian yang tidak dapat saya lupakan.

Setiap hari sejak tadika, salah satu perkara yang mak akan masukkan ke dalam poket saya adalah saputangan yang kemas bergosok. Ayah pun ada bawa saputangan bila ke tempat kerja.

Saya selalu bangga ada saputangan di dalam poket kerana saya lihat budak lelaki lain tidak ramai yang ada saputangan. saputangan yang mak saya bekalkan untuk saya telah dirampas oleh beberapa budak dan kemudian dicelup ke dalam lopak air, bahasa lain dalam becak. Habis kotor dan basah sapu tangan tersebut, tetapi saya takut untuk melawan. Saya seorang dan mereka berkumpulan. Saya hanya mampu menangis kerana teringat mak saya mesti sedih tengok sapu tangan saya yang kotor berlumpur. Ketika itu saya rasa sangat sedih dan saya rasa sangat tidak berdaya! Saya fikir kalau saya adalah ultraman atau superman, pasti orang tidak buli saya atau jika saya pandai kungfu, pasti saya boleh lawan balik. Apakan daya, saya penakut, suka mengalah dan tidak suka gaduh.

Itulah sikap saya ketika itu dan sikap ini agak “mengikat” minda dan jiwa saya agak lama sehingga saya besar sehingga satu ketika.

Ketika itu, saya memasang niat untuk belajar silat ke, tae kwan do ke, kung fu ke supaya saya boleh menyelamatkan dunia.

Nanti saya share kisah saya belajar kung fu.

……. Bersambung

#AzizanOsman

P/S Jika anda terlepas Kisah Saya Klik pada link disini- Part 1>>Part 2>>Part 3>> Part 4>> Part5

 

Kisah Saya – Part 5

oleh Team Richworks pada 17 November 2014

dao_mak

Mak saya seorang yang garang dan tegas. Jika dia kata satu, maka satulah ia. Jika dia kata dua, maka dualah ia. Itu menjadikan saya amat perlu untuk ikut disiplin yang ditetapkan. 

Cuma, di dalam ketegasan dan kegarangan mak, dia adalah juga seorang yang penyayang most of the time. Dia membesarkan saya dengan pelukan dicelah ketiaknya. 

Tetapi, dia boleh berubah menjadi tegas dan garang bila ianya melibatkan undang-undang atau peraturan yang dia telah tetapkan dilanggar oleh kami adik-beradik.

Mak saya sebenarny seorang pakar psikologi yang luar biasa. Kekuatan mak yang saya belajar ialah kemampuan dia mengeluarkan potensi diri saya dengan lebih maksima melalui kata-kata pujian dan galakkan.

Mak sangat bagus dalam bab ini. Saya dilatih dari mula sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk mampu mencuci pinggan mangkuk sehingga menyusun dengan kemas teratur, membersihkan dapur gas hingga berkilat, mencuci longkang hingga tanggal semua lumut dan kekotoran, membersihkan lubang tandas sehingga harum, mencuci lantai simen bilik air hingga bersih dan tidak licin, menggosok kolah air mandi hingga ke dalamnya dan membasuh, mengeringkan baju dan sehingga menyidai baju dengan kemas di ampaian adalah kerja-kerja yang di suruh saya lakukan tetapi dengan pujian yang luar biasa.

Itu bukan kelemahan saya tetapi kelemahan semua manusia. Tetapi bila saya dewasa, saya tidak fikir ia adalah satu kelemahan. Sebenarnya setiap manusia craving for appreciation. Kita mungkin boleh beri anak-anak kita hadiah barang-barang, tetapi ia tidak se”power” bila ibu bapa memuji anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.

Kita mungkin boleh beri duit atau hadiah kepada isteri kita, tetapi ia tidak se”power” jika kita menghargainya dan melafazkan kepadanya betapa kita menghargai apa yang dia buat tanpa henti dan tanpa mengenal penat lelah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Sekali sekala berikan bunga kepada mereka tanpa tunggu harijadi mereka atau hari ibu.

Jika anda ada suami, sebenarnya tidak ada perkara yang paling membahagiakan selain seorang isteri merangkul menyambut suaminya pulang dari penat bekerja dan mengucup pipi serta mengucapkan terima kasih sayang kerana berusaha untuk berikan sesuatu yang lebih baik kepada keluarga dan anak-anak. Apa salahnya seorang isteri atau suami mengucapkan kata-kata penghargaan kepada pasangannya atau anak-anak mereka dengan kata-kata seperti : “I am proud of you darling!” Atau “Saya bangga dengan kamu sayang!”. Amacam?

Inilah powernya mak saya dan apa yang saya belajar darinya secara praktikal dan tanpa saya sedari pda awalnya.

Dan sebenarnya semua manusia suka dipuji dan dihargai. Saya masih ingat lagi ketika saya belajar tentang bagaimana menjadi pengurus yang berjaya dari pakar pengurusan Ken Blanchard, beliau mengajar tentang betapa pentingnya pengurus atau bos cekap “MENANGKAP” pekerjanya melakukan perkara yang BETUL dan BAGUS. Kerana ramai orang atau pengurus hanya pandai mencari salah orang lain dan melenting bila orang lain buat salah, sedangkan bila mereka lakukan sesuatu yang bagus, kita seperti tidak nampak. Ini akan menyebabkan seseorang yang inginkan perhatian akan suka buat salah daripada buat perkara yang betul.

Hah! Pelikkan? Tidak! Saya amalkan perkara yang sama sejak saya tahu formula ini, apatah lagi mak saya selalu lakukannya kepada saya ketika saya kecil serta meningkat dewasa.

Manusia suka diberi recognition atau pengiktirafan. Manusia jiwanya suka kepada pujian dan rangsangan penghargaan. Jika mereka buat silap, kita bercakap dan tegur mereka secara bersembunyi sebagai amaran, tetapi bila mereka buat perkara yang bagus walaupun nampak kecil, kita besar-besarkan serta puji dia di hadapan orang lain atau sekurang-kurangnya acknowledge kebaikan yang dilakukannya.

Itulah kepakaran mak saya. Memuji hingga berkilat pinggang mangkuk dan dapur saya kerjakan ketika saya kecil. Hingga saya akan tanya apa lagi yang mak nak saya buat kerana saya addicted dengan kata-kata pujian dan gembira melihat dia gembira. Secara tidak langsung, ia mendidik saya menjadi seorang yang suka kebersihan.

Itu cara saya diajar dan cara dia mengajar menjadi karektor saya kemudiannya. Mak saya adalah pakar motivasi saya dan cikgu disiplin saya. Lain mak, lain caranya. Ini cara mak saya.

………… Bersambung

#AzizanOsman

P/S Jika anda terlepas Kisah Saya Klik pada link disini- Part 1>>Part 2>>Part 3>> Part 4

Mulakan dengan Part 1 untuk anda faham kenapa kisah ini dikongsikan.

 

Kisah Saya – Part 4

oleh Team Richworks pada 17 November 2014

dao_13thn

Kami pindah ke kuarters kompleks kerajaan ini dan rumah kami adalah antara yang paling hujung serta dalam sekali. 

Kuarters ini dibuat seperti ala-ala ada “kasta”. Rumah paling depan nombor 1 adalah rumah banglo 2 tingkat dan paling besar, kira yang duduk ini pangkat dia paling besar. Rumah seterusnya kecil sedikit dan semakin kecil dan semakin kecil sehinggalah rumah nombor 13, rumah kami antara paling hujung sebab rumah paling last nombor 20 kalau tak silap saya. Syukur kerajaan ada sediakan rumah untuk kami tinggal ketika itu.

Ketika pindah dari Ayer Baloi ke rumah di Pontian ini, saya masih belum masuk tadika pun. Setiap hari mak saya seperti ada susunan jadual untuk saya. Ada waktu baca buku, ada waktu hafal ayat-ayat surah pendek atau bacaan solat, ada waktu dia biarkan saya main tembak-tembak dengan kawan-kawan baru di luar rumah yang hanya beberapa orang sahaja dari keliling rumah kami sebab anak-anak rumah depan sana tidak dibenarkan bermain dengan kami. Kami busuk. Kami suka main tepi longkang dan panjat pokok duku dalam hutan semak samun depan rumah. Lagipun anak-anak set-set umur saya 5 tahun tidak ramai, anak orang lain macam dah besar ala-ala tingkatan gitu.

Mak banyak “paksa” saya membaca most of the time. Di sebabkan paksaan mak sayalah, mak saya habis baca kisah 25 Rasul berulang-ulang kali. Paksaannya ini menyebabkan saya bergelumang dengan banyak buku dan majalah. Mak tidak suka saya tengok TV luar dari waktu yang dia benarkan. Rotan adalah “makanan” harian kaki dan punggung saya bila saya tidak balik rumah daripada bermain pada waktu yang dia tetapkan. Masa itu badan saya tidaklah sangat berisi gemuk. Saya tidak gemuk dari kecil, saya chubby berisi sedikit tapi tidak kurus. Nak kata makan banyak, tak juga. Ke ya? Makan nasi banyak kot. Itu makanan yang dibenarkan tambah, lauk lain yanh ada ialah telur dadar yang di bahagikan kecil-kecil dan kami akan dapat satu bahagian kecil dimakan dengan kicap. Perghhhhh! Sedap gila!

Sejak umur 5-tahun ini, hobi say adalah menonton drama cina cerita kungfu setiap petang dari channel TV Singapura sebab antena kami dapat siarannya. Ayah dan mak kumpul duit gaji tak tahu berapa tahun agaknya untuk beli TV kotak yang ada pintu buka tutup sliding untuk tengok skrin TV. Faham? Tak faham tak pe. TV itu pun dia beli dengan bayaran ansuran tak tahu berapa bulan. Kira oklah tu ada tv hitam putih pun.

Kenapa saya suka tengok cerita kungfu? Entah! Mungkin saya budak lelaki yang normal suka tengok drama aksi, tapi bila saya fikir-fikirkan, mungkin sebab saya terlalu suka tengok cerita kungfu menyebabkan ia banyak mempengaruhi karektor saya. Skema cerita kungfu ialah hero mula tak pandai kungfu, lepas tu kena buli teruk then cari guru, guru buli teruk untuk latih dia, then dia ambil mudah, ingat dah terror, then ajak orang berlawan, tak dengar cakap guru then kena belasah teruk, guru datang selamatkan then minta ampun dengan guru then belajar sungguh-sungguh sampai boleh jadi hero dan guru. Itu antara “sekolah” awal saya selain “sekolah” mak saya. Ayah tak banyak cakap dengan saya. Ayah ala-ala guru disiplin yang hanya handle kes berat-berat. Ayah kalau jeling pun boleh terkencing saya. Masa itu fikir, kenapa ayah ni garang sangat? Later, bila start sekolah, ayah merupakan guru bahasa inggeris saya, saya disuruh membaca kuat buku cerita Bahasa Inggeris dengan kuat ditepi parit rumah kami. Nanti saya share later.

Waktu kecil, saya hanya boleh menonton satu drama kungfu sebelah petang dan waktu lain TV adalah ditutup. Ayah pula akan bawa saya ke masjid setiap maghrib dan isyak. Itu seperti rutin wajib saya untuk mengikut ayah. Saya tak faham waktu itu kenapa saya kena ikut sedangkan most of the time saya akan main kejar-kejar kat belakang atau “ter”gigit anak orang. Later baru saya faham betapa cara didikan ayah amat penting membentuk karektor diri saya.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ketika berumur 5-tahun ini adalah…… Jeng jeng jeng……

Saya suka curi ratah Milo sampai mak menyiasat kenapa Milo cepat habis. Tapi saya memang gila-gila “hantu milo” masa itu. Sekarang dah tak dah.

Saya juga suka minum air ribenna ais. Ini semua pengaruh Nestle lah ni yang menjajah dalam hidup kami sejak dahulu lagi.

Hobi lain masa itu adalah menyanyi! Ha ha ha….. Saya selalu jadikan tong tangki tahi belakang rumah sebagai “stage” untuk saya menyanyi, tong tu macam bertutup dengan cover besi dan tinggi sikit. Lagu top masa itu adalah “Rindu Bayangan” dari Jay Jay. Amacam?

………….. Bersambung

P/S Jika anda terlepas Part 1-Part 3, anda boleh scroll di FB Page ini status sebelumnya.

#AzizanOsman

 
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start