Maaf Jika Anda Tidak Gembira Kerana Kelas Habis Lambat!

oleh Team Richworks pada 12 March 2018

Kami minta maaf dan rasa bersalah kerana terima terlalu banyak PM dari segelintir dari anda yang agak marah kerana kelas habis lewat di IMKK baru-baru ini.

Cuma kami percaya kami telah usaha maklumkan di dalam fakta program yang diberikan sebelum IMKK di mana Speaker/ Trainer boleh memberikan lebih ilmu dan perkongsian mengikut masa yang diperlukan. Maaf jika ia buat anda tidak selesa.

Kami ingin kongsikan sesuatu yang agak sensitif di bawah ini dari PM yang kami terima. Cuma kami agak sedih dan maaf kerana kami berikan perspektif yang mungkin tidak berkaitan dengan anda.

———————————————
“Berniaga dah 7 tahun, tapi sampai sekarang masih tak nampak apa-apa. Sedangkan produk saya ni unik sangat..saya tahu.”

PM seseorang kepada kami.

“Tapi tu lah nak cakap, boleh pesan tak kat Doc, kalau buat kelas ‘tu jangan sampai lewat malam boleh? Susah lah nak balik, rumah jauh…anak kecik lagi.”

Krik..krik..krik…lama juga kami ambik masa untuk fikir apa yang ayat terbaik untuk kami respon PM beliau.

Cuma terfikir sesuatu.

Kami bangga kerana ramai komited untuk belajar cuma kami juga sedih kerana tidak dapat tunaikan hajat beliau untuk habis kelas awal seperti kebanyakan seminar biasa dan kursus di luar sana. Mungkin itu antara sebab kenapa kami Alhamdulillah dapat melahirkan begitu ramai usahawan dan jutawan. Kerana mereka komited menadah ilmu walaupun habis jam berapa pun tanpa komplen.

Ini juga sesuatu yang kami perhatikan yang membezakan di antara orang berjaya atau tidak- ‘attitude’.

Kami ada sekumpulan usahawan dan jutawan yang dimentor di bawah kumpulan khas yang diberi nama Ahli Titanium, setiap kali datang kelas, mereka takkan duduk selagi Dr Azizan Osman tak suruh duduk. Mereka takkan lalu lalang depan guru ikut suka hati. Mereka hanya akan berlari ke tandas dan akan guna jalan yang jauh, hanya bila Dr Azizan Osman buat aktiviti dan minta peserta tulis sesuatu.

Dan, mereka tak pernah mintak Dr Azizan Osman untuk habiskan kelas awal!
Tak pernah..!

Setiap kali Inner Circle Meeting, setiap kali sesi bootcamp bersama Ahli Titanium kelas akan habis sehingga pukul 3.00 pagi dan kelas paginya bermula pada pukul 8.30pagi.

Dan sebab tu agaknya mereka boleh buat ratus ribu hingga juta RM sebulan..!

Ahli Titanium tetap komited untuk hadir, dan ramai yang datang awal sebab nak duduk depan sekali. Nak cakap mereka tak ada anak kecil? Ada…Puan Nur Aini Zolkepeli Pemilik Nurraysa Beauty, sedang sarat mengandung anak keempat dan ada 3 lagi anak kecil di rumah..tetap dia hadir untuk belajar tanpa rungutan.

Tuan Najib Asaddok, isteri sedang sarat dan ada anak-anak kecil di rumah, tetap juga komited nak berguru dan buat tindakan.

Tuan Das Abdul, pengasas bantal Hotel DAG – Walaupun anak kecil beliau demam panas ketika Inner Circle Meeting di Bangkok, Thailand awal tahun dulu, tetap juga beliau tak tinggalkan kelas.

Mungkin itu salah satu faktor kejayaan mereka. Sanggup berkorban untuk perbaiki diri serta kehidupan keluarga. Nak berjaya perlukan pengorbanan beb!

Tanpa pengorbanan, tak ada apa yang anda boleh capai.

Semakin besar pengorbanan, semakin besarlah kejayaan InsyaAllah.

Jika besar impian tapi tak nak berkorban apa-apa, itu namanya berangan kosong!

Di level mana anda berada sekarang, adalah bergantung kepada apa yang telah anda korbankan sebelum ini.

“Ini soal hati la…soal tanggungjawab. You all tak faham benda ni.” PM dia lagi.

Maaf kami cakap, jujur kami juga harap kelas habis awal. Penat berdiri kot dari pagi hingga pagi setiap hari selain melayan bermacam karenah. Kita sama-sama berkorban tinggalkan keluarga demi untuk pastikan lebih ramai anak bangsa berjaya. Team Richworks pun terpaksa tinggalkan baby kecil, emak yang sakit dan keluarga tersayang untuk menjayakan semuanya.

80% dari kejayaan datangnya dari persediaan – sedia nak bekorban! Sediakan jagaan anak, dah tahu nak pergi menuntut ilmu, sediakan diri untuk hadir kelas, sediakan diri untuk jadual yang pack. Itu maksudnya! Bukan nak mintak guru adjust time dia ikut time kita!

Di mana anda berada sekarang bergantung kepada besar mana pengorbanan yang anda pernah berikan Dan pengorbanan sepatutnya tak pernah habis..kerana pada saat kita berhenti berkorban, sebenarnya kita hanya memberhentikan peluang untuk lebih berjaya.

Kami hanya nak beri yang paling terbaik kepada anda. Terpulang kepada anda untuk menerimanya.

Maaf jika ada salah silap kami. Tapi demi beri lebih ilmu kepada yang mahu. Kami komited dan akan berikan lebih banyak lagi Insha Allah.

Teringat kata-kata Mentor kalian- “Kejayaan bukan untuk semua orang, ia untuk mereka yang sanggup lakukan apa sahaja untuk menerimanya. Ilmu adalah salah satu kunci pembuka rezeki.” – Dr Azizan Osman

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start