Majlis Iftar Amal Richwell Bersama Habib Syech Assegaff – Selawat Bergema Di Shah Alam

oleh Team Richworks pada 13 June 2017

Segala persiapan telah mula dilakukan sebelum Ramadhan tiba. Dari memastikan menu, lokasi, bilangan tetamu, jumlah kerusi meja, hadiah tetamu, memastikan arah kiblat dan berbagai perkara lagi dibuat dengan penuh dedikasi.

Sehingga tibanya tarikh 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadhan 1438H, semua yang terlibat bertungkus lumus memastikan semuanya lancar. Berlatarbelakangkan kehijauan padang golf dan sinar matahari terang, Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar.

Dimulakan dengan ketibaan tetamu, para jemputan, para pelajar tahfiz dari Madrasah Riyad Adduafa’ Wal Masakin, anak-anak dari Rumah Saffiyah dan tetamu lain, para tetamu seterusnya khusyuk dihidangkan dengan tazkirah oleh Ustaz Irwan Zahuri.

Saf demi saf kemudian mula dipenuhi dengan para jemaah apabila azan Maghrib mula berkumandang. Setelah berbuka ringkas, semua jemaah terus menunaikan solat Maghrib berjemaah, diimamkan oleh Ustaz Umar Abdul Aziz.

Dalam majlis ini juga, Dr Azizan Osman dan Tuan Jerry Rizal Mat, telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz Madrasah Riyad Adduafa’ Wal Masakin dan anak-anak Rumah Saffiyah. Majlis kemudiannya disambung dengan solat Isyak dan solat sunat Terawih berjemaah.

Tak lengkap majlis tanpa Mawlid dan Qasidah dari jemputan yang kami terbangkan khas dari seberang iaitu oleh Habib Syech Assegaff dan kumpulan Hadrah.

Bau bukhor yang semerbak dengan alunan zikir dan selawat yang memuji kebesaran Allah SWT dan Rasulullah SAW bergema di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS) Shah Alam hampir 2 jam lamanya. Dari anak-anak kecil sehingga semua lapisan umur sama-sama terpegun dengan lontaran suara Habib Syech Assegaff dan turut sama mengalunkan bait-bait zikir dan selawat.

Apa yang menarik, majlis kali ini juga dipancarkan secara ‘Live’ di laman Facebook Richwell dan telah mendapat sekitar 20,000 views.

Kami berharap, majlis ini dapat membantu kita sama-sama mengimarahkan Ramadhan, memupuk semangat untuk terus taat kepada Allah SWT dan mencintai Rasulullah SAW.

 

#TeamRichworks

#Richwell

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Responses

  1. Nini Dzu 15 June 2017, 4:32 pm (#)

    Allahuakbar
    Rindu sangat dengan program sebegini.

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start