Makna Sebenar Hari Malaysia 16 September

oleh Team Richworks pada 12 July 2018


Kita baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos yang lalu. Sambutan di Putrajaya yang meriah dan bermakna itu ternyata memberikan seribu satu kemanisan kepada rakyat dalam memperingati kebebasan kita sebagai rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pula dipilih untuk dirayakan pada setiap 16 September untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia adalah tanda penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia.

Pada awalnya, Hari Malaysia adalah cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun bermula pada 2010, Hari Malaysia menjadi hari cuti am di semua negeri. Tarikh terbentuknya Malaysia ini perlu lebih dihayati, dikenang dan dihargai bukan sahaja oleh rakyat Sabah dan Sarawak tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimana Hari Malaysia ini ‘diwujudkan’? Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu yang wujud berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina dalam pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Apa makna sebenar Hari Malaysia?
Mungkin ramai yang belum faham tentang kewujudan Hari Malaysia ini. Hari Malaysia bukan sekadar disambut secara gilang-gemilang saja. Perkara lebih utama yang perlu diberi perhatian adalah sejauh mana pengertian detik-detik bersejarah dapat dihayati rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Betul betul?

Jika kita benar- benar menghayati peristiwa pembentukan Malaysia dan bagaimana hari ini membawa makna yang besar kepada kita, Hari Malaysia pasti menjadi meriah dengan cara yang tersendiri.

Apa yang perlu kita ukur adalah daripada segi hati sanubari setiap daripada kita dan hayati serta mengerti bagaimana keputusan yang dibuat oleh generasi terdahulu melalui Suruhanjaya Cobbold 50 tahun lalu untuk menjadi sebahagian daripada penyatuan negara yang lebih besar adalah satu keputusan yang sangat tepat.

Begitu juga keputusan yang kita buat dalam hidup kita.

Adakah keputusan yang kita buat ini memberi satu perubahan besar kepada hidup kita? Bila kita tanya hati kecil kita, adakah keputusan yang kita buat dalam hidup kita ini tepat? Perkara ini yang perlu kita titik beratkan. Ia pasti akan memberi impak yang besar dalam hidup. Ingat! Jangan salah membuat keputusan.

Jika ada satu ketika anda rasa jatuh, kecewa dan tak pasti adakah ini jalan yang benar, cubalah untuk bangkit semula dan jangan mudah putus asa. Cari lubang-lubang peluang yang wujud untuk menjadikan hidup anda lebih bererti.

Seperti yang kami selalu war-warkan dalam program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) sebelum ini, 5 magnet yang perlu kita lihat adalah Kekayaan, Kejayaan, Kesihatan, Keberkatan dan juga Kebahagian. Perkara ini jika kita dapat menjaganya dengan baik, maka ia akan menimbulkan rasa kesyukuran dan memberi impak yang positif dalam hidup kita.

Jadi bagi meraikan rasa syukur dalam diri serta menghargai makna sebenar sambutan Hari Malaysia, ayuh sama-sama kita menyaksikan sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini dengan penuh kegembiraan dan penuh kesyukuran.

Selamat Menyambut Hari Malaysia! #SayangiMalaysiaku.

Lagi mengenai artikel: Blog, Pengumuman, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start