Merdeka! Tapi Adakah Anda Masih Dibelenggu Oleh 3 Perkara Ini?

oleh Team Richworks pada 29 June 2018


Siaran Akhbar 1957: “MERDEKA! Tepat pada tengah malam, seluroh raayat bertempek ‘Malaya Sudah Merdeka!”

Tajuk utama akhbar Berita Harian bertarikh 31 Ogos 1957, selepas negara kita diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka ini pasti membuatkan rakyat mula tersenyum gembira mengingati sejarah bagaimana sebuah negara yang dulunya ditawan oleh negara Jepun akhirnya telah mencapai kemerdekaan.

Pengisytiharan yang disambut dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman di hadapan 20 ribu rakyat dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya ini terus diungkap pada setiap tanggal 31 Ogos!

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru di mana Islam, merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam sebanyak seratus satu das.

Selepas 61 tahun merdeka, Malaysia boleh diukur dari kemajuan ekonominya, kemakmuran, dan juga keamanan negaranya. Kibaran bendera besar di Dataran Merdeka pada setiap pejabat dan bangunan pula dijadikan sebagai simbol tanda kemerdekaan negara kita. Senyum tawa serta kebebasan rakyat dalam melakukan pelbagai aktiviti ini adalah sebagai tanda kebebasan negara.

Tapi, bagaimana nak mengukur kemerdekaan peribadi setiap rakyatnya? Merdeka sesebuah negara tak bermakna peribadi rakyatnya turut merdeka. Lebih-lebih lagi ketika usia kemerdekaan negara kini telah melebihi 6 dekad. Ditambah pula dengan perubahan politik dan kepimpinan baru negara serta cabaran ekonomi dunia, adakah rakyat mampu merasai nikmat kemerdekaan secara peribadi?

Jika dulu, nenek moyang kita, dan perwira-perwira negara berjuang menentang musuh. Mereka bermula dari penentang, dari ideologi yang berbeza dengan apa yang kita pegang, supaya hidup anak bangsa dan cucu cicit mereka lebih aman, tenteram, terbela, bahagia dan dapat menikmati rasa merdekanya sesebuah negara. Mereka juga dapat merasai kebebasan dalam membuat keputusan, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak ke mana sahaja tanpa ketakutan tapi kini perjuangan sebagai seorang rakyat sebuah negara merdeka sudah berbeza.

Sebagai seorang individu, ada 3 kemerdekaan yang kita mahu kejar, tapi masalahnya, ianya sangat sukar dan memerlukan pengorbanan. Apakah 3 kemerdekaan yang mahu dikejar itu?

  • Merdeka dari masalah kewangan dan beban hutang

Suka atau tidak, ramai rakyat di Malaysia, dibelenggu masalah kewangan dan hutang.  Sehingga Disember 2017, statistik menunjukkan lebih 30,000 rakyat Malaysia diisytihar muflis dan rata-ratanya terdiri dari kaum lelaki, berusia 30 hingga 45 tahun yang bekerja dalam sektor swasta. Dan, hanya 6% peratus dari rakyat Malaysia yang bekerja, mampu menyediakan tabung kecemasan berjumlah 6 bulan gaji sebagai persediaan untuk masa hadapan, manakala 68% peratus rakyat Malaysia yang lain hanya mampu menyimpan sebanyak RM50,000 sebagai bekalan hari tua.

Soalannya, apakah tindakan yang kita akan ambil untuk pastikan kita bebas kewangan dan merdeka dari beban hutang dan masalah kewangan yang membimbangkan ini? Jangan sibuk tanya dan tengok cara hidup orang lain, tengok akaun dan poket anda sendiri macam mana, dan mula fikirkan tindakan seterusnya.

Adakah anda hanya terus menantikan bulan jatuh ke riba atau pun anda bangun, dan mula mencari jalan penyelesaian.

  • Merdeka dari masalah kesibukan dan tidak cukup masa

Setiap hari di Kuala Lumpur, lebih dari 3 juta kenderaan keluar masuk setiap hari. Begitu juga di Pulau Pinang, lebih dari 2.5 juta kenderaan keluar masuk ke Bandaraya George Town setiap hari. Dengan bilangan rakyat Malaysia yang meningkat kepada 33 juta orang dan jumlah tenaga buruh yang mencecah lebih 15 juta orang ini, anda sendiri boleh bayangkan betapa sibuknya hidup rakyat Malaysia. Tak hairanlah jika jalan raya di Malaysia sentiasa sesak sehingga menyebabkan ramai dari mereka terpaksa meluangkan masa purata 4 jam sehari menempuh kesesakan jalan raya ini.

Mengikut kajian oleh satu badan insurans ternama, pekerja Malaysia bekerja 15 jam lebih lama dari rakyat negara lain di Asia.  Dan 53% peratus rakyat Malaysia menghadapi tekanan di tempat kerja, dan 56% peratus rakyat Malaysia yang bekerja pula, tidur kurang dari 7 jam sehari!

Ramai antara kita sebenarnya tak bebas untuk membuat keputusan dengan peruntukan masa 24 jam yang kita ada. Ini menyebabkan kita selalu saja rasa tidak cukup masa kerana kita lebih luangkan masa dengan perkara yang tidak produktif. Apa yang perlu dilakukan adalah, kita harus membantu diri sendiri untuk lebihkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Anda boleh plan jadual seharian dengan apa aktiviti yang boleh dilakukan sehari. Begitu juga ketika hari-hari anda pergi berkerja.

  • Merdeka dari masalah tidak bebas membuat pilihan

Malaysia adalah negara yang memberikan banyak pilihan kepada rakyatnya. Anda boleh pilih untuk berbelanja di gedung besar, kedai-kedai biasa atau pasar malam. Anda bebas untuk melancong di dalam negara atau ke luar negara. Anda bebas juga untuk memberikan keluarga anda pilihan sama ada untuk mendapatkan pendidikan, rawatan perubatan, pengangkutan, dan pelbagai lagi perkara terbaik yang anda mampu sediakan.

Pendek kata, tepuk dada tanya poket!

Tapi adakah sekarang kita bebas membuat pilihan? Adakah apa yang kita pilih menepati citarasa atau hanya mengikuti pilihan hati semata-mata? Atau adakah keputusan yang kita buat ini diambil berdasarkan kemampuan poket kita?

Sebagai contoh, pilihan nak bersedekah banyak atau sedikit, nak menderma dengan lebih kerap atau sekali sekala, pilihan untuk terus membantu bila ada yang memerlukan atau tengok saja kerana itu je yang kita mampu, itu juga pilihan yang kita perlu lakukan. Faham ke faham?

Negara mungkin dah merdeka dari penjajahan, tapi realitinya rakyat masih belum merdeka dari 3 rantai utama yang selalu melilit hidup kita – masalah kewangan, masalah tidak cukup masa, dan masalah tidak mampu membuat pilihan.

Dalam Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), Dr Azizan Osman selalu menekankan kepentingan untuk bebas kewangan, bebas masa dan bebas membuat pilihan. Kerana bila kita miliki 3 kebebasan ini, kita mampu untuk menggunakan wang, masa dan membuat pilihan untuk menggunakannya untuk tujuan lebih baik di dunia dan akhirat.

Merdeka! Bukan setakat pada laungan tepat jam 12.00 tengah malam pada tanggal 31 Ogos 2018 sahaja. Merdeka adalah kemampuan kita untuk membuat pilihan yang terbaik dari segi kewangan dan baki masa yang kita ada tanpa perlu berfikir panjang dan buat kira-kira terutamanya apabila kita perlu buat keputusan tentang masa depan untuk diri sendiri, keluarga dan untuk bekalan berjumpa yang Maha Esa.

Ingin tahu tentang IMKK, sila layari www.imkk2018.com.

Lagi mengenai artikel: Blog, Pengumuman, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start