Momentum Emosi Dalam Bisnes – Peniaga Perlu Recharge Jika Tak Mahu Tenggelam!

oleh Team Richworks pada 07 November 2017


Bergelar seorang usahawan memang takkan lari daripada menempuh duri-duri di sepanjang laluan. Lagi-lagi yang bergelar usahawan baru, startup, atau apa saja gelaran yang diberi. Orang baru, dugaannya baru. Orang lama, lain pula cabarannya.

Satu cabaran paling biasa tapi paling berbisa yang jika tak ditangani dengan betul mampu buat bisnes anda terganggu gugat ialah bila berdepan situasi berkaitan motivasi. Ia sebenarnya berkait rapat dengan emosi. Nak tahu serba ringkas bagaimana untuk menaikkan semula motivasi diri demi bisnes anda? Jom lihat!

1) Terima takdir dengan lapang dada

Ya, bunyi macam cliché tapi anda kena belajar untuk terima dan lepaskan sesuatu peristiwa lalu atau pengalaman yang kurang menyenangkan. Tak ada siapa yang tak kena landa badai cabaran. Jadi, belajar untuk terima dengan tenang, relaks, bernafas dengan perlahan dan sempurna, dan lepaskan apa yang terbuku. Learn to accept and let go. Ini permulaan utama yang perlu anda buat.

2) Jauhkan diri daripada suasana kerja dan komputer

Minda dan emosi anda perlukan rehat. Jadi, tolak ke tepi dahulu sebentar komputer, handphone, buku-buku tunai, cek dan lain-lain yang berkaitan. Asingkan diri sebentar. Beri ruang pada minda dan diri untuk bernafas. Seeloknya, berwuduk, solat dan berdoa pada Tuhan.

3) Buat senaman ringan

Kembalikan aliran darah yang lancar pada tubuh anda. Hirup udara segar pagi dan bersenam. Ringkas atau sekejap pun tak apa, asalkan anda keluarkan peluh dan kembalikan hormon gembira dalam tubuh anda. Bersenam boleh buat anda gembira? Jika kena caranya, ya.

4) Bercuti

Paling seronok, jauhkan diri dari kesibukan kota sebentar. Pergilah bercuti beberapa hari untuk menyegarkan minda. Anda perlukannya untuk merangka idea baru dan membina kembali bisnes anda. Pilih tempat yang paling anda suka. Dekat atau jauh bukan persoalan.

5) Fokus pada satu matlamat utama

Fokuskan kembali minda anda pada matlamat utama anda memulakan bisnes dahulu. Kenapa? Kenapa berbisnes? Kembalikan keghairahan berbisnes dalam diri. Semarakkan balik api itu. Jangan serabut dengan banyak-banyak matlamat. Pilih satu, dan bina semula bisnes anda berdasarkan itu.

Ringkasnya, mudah dibaca, tapi barangkali sukar untuk dilaksana. Tapi, apa salahnya bukan? Cuba lah, jika anda rasa down berniaga, kecewa dengan permainan pasaran, sebenarnya anda hanya perlukan ruang rehat sebentar untuk bertenang dan berfikir dengan baik. Kembalikan motivasi dalam diri supaya bisnes anda tak sia-sia.

Selamat berjuang demi perniagaan dan kehidupan anda – Recharge!

 

 

 

 

 

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Responses

  1. Koay keng chen 28 December 2017, 12:48 am (#)

    BE-DO-HAVE
    BE=Situasi saya.
    DO=Tindakan yang saya lakukan dalam memcorak destinasi.
    HAVE=Apabila saya memiliki sesuatu,itulah masa untuk pulang memberi sumbangan kepada yang memerlukan.
    The Power Of Momentum
    Momentum adalah satu situasi di mana bahasa mudahnya bila kita memulakan sesuatu.Pengerakan dan Tenaga akan memudahkan kita dalam perjalanan yang susah payah.Kerjaya yang kecil pada permulaan dan diusahakan dengan ilmu dan tindakan akan membesarkan kerjaya yang kecil.Keazaman perlu diamalkan dan tidak berputus asa.
    Super Successful-5 pesanan DAO
    Berilmu dan berusaha supaya menjadi lebih berilmu untuk membahagiakan keluarga,cintaku dan diriku dan membantu masyarakat yang kurang upaya.Keluarga dan cintaku yang menyayangiku sentiasa marahku dan nasihatku boleh menjayakanku.Saya perlu mempunyai displin dan sikap yang bagus.Saya tidak akan berputus asa dan bertanggungjawab.Saya mempunyai pekerjaan yang bagus sebagai sales executive di Faiz Rice Sdn Bhd.Saya bercomitment kepada keluarga,cintaku,kawanku dan bank sebanyak 70k.Saya mempunyai displin dan sikap yang tak baik.Saya bersanggup untuk membetulkan diri sendiri dan mempunyai displin dan sikap yang baik.Saya nak ubah hidup untuk mempunyai Kehidupan,Kebahagiaan,Kebolehan,Kejayaan dan Kewangan.

    3 Cara Menghalang kebocoran Wang
    #1-Jangan bagi pinjam wang sebab pinjaman sukar untuk diperolehi semula.
    #2-Tahu Kehendak dan Kerperluan
    Kehendak adalah sesuatu yang kita rasa kita mahu dapatkan,tanpa mengambil kira tentang kesannya.Ia akan merugikan kita.
    Keperluan adalah keperluan harian seperti nasi,minyak petrol,sarapan,dan pelbagai kegunaan harian.
    #3-Belajar simpan wang
    Menabung sejak kecil dan mengamalkan sebagai hobi dan tabiat.Wang simpanan itu boleh digunakan semasa kecemasan atau keperluan.
    LUCK
    L=Logictis,Lokasi
    Saya berada di masyarakat.Saya berkawan dengan masyarakat.Saya mempunyai rakan rakan sekerja yang positif serta berjaya.
    U=Understanding=Pemahaman
    Saya memahami dan menghargai tentang semua perkara yang memudahkan saya untuk berjaya.
    C=Commitment(Keazaman)
    Saya hendak berjaya,Saya perlukan tindakan dan keazaman untuk berjaya.
    K=Knwledge(Pengetahuan)
    Pengalaman dan Pengetahuan memberi kepastian kepada saya bahawa taraf kehidupan saya tidak akan sama berbanding dengan saya yang tidak berilmu.Dengan ilmu pengetahuan saya boleh membahagiakan keluarga,cintaku serta masyarakat.Saya berusaha untuk memcapaikan.Saya akan dapat L.U.C.K dan saya akan membahagiakan keluarga,cintaku,diriku dan menolong masyarakat yang kurang upaya.

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start