Mungkir Janji Dengan Ayah! Sambal Goreng Che Nor – Bukti Puan Aznita Bukan Anak Tak Kenang Budi.

oleh Team Richworks pada 14 May 2018

“Mana janji-janji akak kat abah, kata nak ubah kehidupan abah dengan mak, tak ubah hidup abah takpe , tapi ingat kat mak tu, apa yang mak tak buat untuk nak bagi akak belajar tinggi!”  Pedih! Bila abah sendiri mengungkit apa diri sendiri janjikankan, memang menikam perasaan. Jika anda yang menjadi ayah, bagaimana agaknya perasaan anda bila anak sendiri melukakan perasaan? Jika anda yang jadi anak, bagaimanalah perasaan bila ayah sendiri mengungkit apa yang kita janjikan, akibat kegagalan kita sendiri?

Membaca sebaris perenggan ini pun dah buatkan mata bergenang. Apatah lagi, perasaan Puan Noraida Aznita Azizan yang hidup bernafas sehari-hari dengan kata-kata ayah kesayangannya yang terpahat kukuh dalam ingatan.

Dibesarkan dalam keluarga peniaga, ibu dan ayahnya bertungkus lumus berniaga menggunakan food truck untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga. Sehinggalah kedua mereka ditimpa masalah kesihatan.  Mereka hilang mata pencarian sehingga terpaksa pulang ke kampung mengusahakan kebun getah milik datuknya. Ibunya yang tak pernah menoreh getah, terpaksa menoreh demi nak mencari pendapatan.  Sehinggakan pernah sekali hampir saja ibunya dipatuk ular.

Ketika itu, Puan Aznita baru habis peperiksaan SPM.  Masih lagi Puan Aznita ingat, ketika beliau menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara, akibat rindu yang tak tertahan, ibu dan ayahnya sanggup menunggang motorsikal selama 4 jam dalam perjalanan dari Jitra ke Baling Kedah, demi nak menziarahi anak tersayang.  Ketika itu, keluarga mereka sangat susah. Kenderaan milik ayahnya dah ditarik kerana tak mampu nak menjelaskan bayaran bulanan.

Walaupun kehidupan mereka susah, Puan Aznita berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan.  Ayahnya meminta Puan Aznita untuk naik bas ketika mendaftarkan diri, tapi Puan Aznita tak mahu dan mendesak ayahnya menyewa kereta. Pada saat itulah Puan Aznita berjanji dengan ayahnya “Akak akan belajar sungguh-sungguh, jadi ahli korporat, jadi kaya dan ubah kehidupan keluarga kita. Akak akan beli kereta Honda yang abah suka tu.”

Di universiti, Puan Aznita terjebak dalam bidang perniagaan.  Bersungguh-sungguh dia sertai kawan-kawan untuk berniaga.  Perasaan mula bergelora melihat income mencecah 5 angka.  Sanggup buat apa saja sehingga tak hadir kuliah dan kelas.  Bangga dapat berikan duit kepada emak dan abahnya.  Malangnya, Puan Aznita gagal menamatkan pelajarannya, di saat ayahnya tahu dia gagal menamatkan pelajaran, bisnesnya juga jatuh merudum.  Walaupun perasaannya hancur, luluh lagi perasaan bapanya.  Berkecai semua janji nak hadiahkan kereta baru untuk ayahnya. Bayangkan, bagaimana perasaan si ayah dan bagaimana juga perasaan Puan Aznita sendiri ketika itu?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan akan menjadi kenangan dan ingatan. Puan Aznita kemudiannya mula berniaga untuk tampung kehidupan. Selain dari itu, beliau juga bekerja dalam bidang Sumber Manusia untuk sebuah syarikat pizza. Sehingga satu hari pada tahun 2010, beliau hadir ke Program Richworks, dengan tujuan untuk cari ilmu marketing demi membina kerjayanya.

Dari situ timbul minat untuk berniaga. Puan Aznita mula berniaga sambilan.  Semua income perniagaan disimpan sebaiknya. Sehinggalah dia rasakan simpanannya cukup, dia mula membuka sebuah restoran. Pada tahun 2013 dia mula fokus berniaga.  Bakat memasak yang diturunkan dari ibunya, digunakan sebaiknya.

Bisnes mula berkembang baik. Sehinggalah pada tahun 2015, dia melihat bisnesnya mula statik.  Restoran Che’ Nor Cendol Madu Kota Damansara mula menjadi terkenal tapi statik.  Pelanggan tetap ada tapi dah tak boleh naik. Kakitangan di restoran pun lebih banyak main handphone dari bekerja.  Maka timbul idea untuk buat sesuatu. Puan Aznita kerahkan kakitangannya untuk mengopek bawang, cili dan ikan bilis.  Bila selesai, Puan Aznita terus menumis semua ramuan dan menghasilkan Sambal Goreng Che’ Nor!

Alhamdulillah, bermula dari situ, dengan ilmu dari Dr Azizan Osman yang dia dapat dulu, Puan Aznita terus mengembangkan bisnesnya. Sambal Goreng Che’ Nor sangat terkenal dan boleh didapati di banyak tempat termasuk di kedai serbaneka di stesyen minyak.

Puan Aznita kemudiannya rasakan untuk berkembang lebih besar, beliau perlukan mentor yang dah berjaya menghasilkan ramai usahawan jutawan.  Beliau kemudiannya hadir sekali lagi ke Program Richworks, berguru dan bermentorkan Dr Azizan Osman, dan ilmu terkini yang beliau dapat membantu perniagaan Sambal Goreng Che’ Nor nya lebih mudah berkembang.

Puan Aznita kini juga bukan sahaja mampu menghadiahkan kereta Honda kepada bapanya, malahan banyak lagi dan InsyaAllah beliau akan membawa emak dan ayahnya untuk menunaikan umrah Ramadhan kali ini. Puan Aznita juga gigih membantu stokis dan agennya dan berhasrat untuk melahirkan Stokis Jutawan Sambal Goreng Che’Nor pada tahun ini.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start