Nafas Baharu Malaysia Sambut Merdeka Ke-61

oleh Team Richworks pada 29 June 2018


Tanggal 31

Bulan lapan lima puluh tujuh

Merdeka! Merdeka!

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah…

Bait-bait lirik yang dinyanyikan Allahyarham Sudirman ini sentiasa melekat di hati saya tatkala munculnya bulan kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Nyanyian yang selalu didendangkan di corong-corong radio ini tetap menjadi yang pertama dialunkan untuk mengingati hari kemerdekaan biarpun banyak lagu-lagu patriotik lain yang didendangkan.

Seingat saya, lagu patriotik yang wujud sejak dari dulu hingga sekarang ini yang membuatkan kita bangga menjadi anak Malaysia. Merantau lah sejauh mana pun ke negara yang ada di seluruh dunia ini, Malaysia tetap menjadi yang pertama bertakhta di hati. Betul lah orang cakap, hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Apa lagu-lagu patriotik yang bersemadi di hati anda? Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ratu Rock Malaysia, Ella; Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman; Negaraku – Faizal Tahir, Joe Flizzow, Atlimet dan SonaOne dan pelbagai lagi lagu patriotik yang dimainkan ternyata menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan kita sebagai rakyat Malaysia. Dari lagu-lagu ini jugaklah, semangat kita berkobar-kobar untuk meraikan setiap kedatangan 31 Ogos setiap tahun. Betul betul?

Kibaran Jalur Gemilang jelas kelihatan di merata-rata tempat sekarang. Kita boleh lihat bendera Malaysia berkibar megah di rumah, bangunan, pejabat, kenderaan dan pelbagai lagi tempat yang boleh dijadikan tanda kemegahan jalur gemilang negara tercinta.

Cuba anda renungkan kembali, negara kita sudah mencapai kemerdekaan ke-61 tahun. Satu tempoh yang agak ‘tua’ untuk kita ingati perjuangan nenek moyang kita dahulu yang menyelamatkan Tanah Melayu ketika dijajah oleh penjajah. Kini, Malaysia bangkit! Tanda kebebasan kita dari cengkaman penjajah. Merdeka dari penjajah Portugis, Belanda, British, Jepun yang terakhir adalah British. Dan kerana inilah kita seharusnya bersemangat menghargai pejuang negara kita ni sampai bila-bila. Betul betul?

Malaysia semakin dikenali di mata dunia. Ya, ia adalah bumi bertuah. Sejak mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, tanah air kita ini semakin lama semakin terkenal dari segala aspek kehidupan. Dengan keharmonian pelbagai kaum dalam negara, saya pasti, kemerdekaan ke-61 yang bakal disambut pada tahun ini merupakan tahun yang istimewa.

Ditambah pula dengan tampuk pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, saya pasti Sambutan Hari Kebangsaan 2018 kali ini disambut dengan penuh bersejarah dan istimewa. Dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’, Putrajaya menjadi pilihan sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 ini di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilangan baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan. Kerajaan dah baharu. Anda pulak bagaimana? Adakah masih kekal di takuk lama? Atau masih tercari-cari apa benda yang perlu dilakukan dalam hidup? Fikir-fikirkan.

Apa erti merdeka kepada anda?

Anda jangan fikir setakat mengibarkan bendera Malaysia, lepak mamak ajak Ah Chong, ajak Ravi sembang-sembang minum kopi dah cukup merdeka dah. Kalau setakat sembang kencang kat kedai kopi tu baik kau duduk rumah bercucuk tanam. Dapat jugak hasilnya nanti.

Adakah kita masih sanggup biarkan hidup kita sama saja tahapnya dari dulu sampai bila-bila? Ini masa kita untuk memerdekakan diri kita daripada dibelenggu masalah hidup dan tahap hidup biasa-biasa bertukar kepada luar biasa.

Come on! Anda dah pun mencapai tahap kematangan tinggi dan mampu membuat sesuatu keputusan dalam hidup dengan penuh kebijaksanaan. Berfikir secara bebas. Berfikir secara waras. Buat keputusan yang mampu ubah hidup anda! Jangan sekadar yes yes yes di mulut jer. Bangkit dan lawan sikap malas anda tu. Fight for your life. Fight for your future.

Adakah anda sedar, sama ada anda sendiri ini betul-betul mencapai tahap kemerdekaan? Mari kita lihat 3 tanda-tanda jiwa dan fikiran anda dah mencapai kemerdekaan

  1. Pengalaman luas, mampu untuk maju ke hadapan malah dapat memandu yang lain ke arah kemajuan

Anda sedar hidup anda tak ke mana. Masih di takuk lama. Anda tak mahu berada di tahap yang sama sepanjang masa lalu anda bangkit dan mula bertindak untuk mengecapi impian yang hendak dicapai.

Berbekalkan pengalaman yang luas, anda mula cabar diri untuk melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan taraf ekonomi hidup anda. Dengan erti kata lain, anda ingin capai kemerdekaan dalam diri sendiri dan juga memacu keluarga anda untuk sama-sama menggapai impian itu.

Adakah impian itu boleh dicapai? Ya boleh! Jika anda mampu bertindak cepat dan berada di landasan yang tepat.

  1. Membebaskan diri daripada cengkaman budaya yang boleh menghancurkan pembangunan insan dan negara

Anda tak hiraukan benda-benda negatif yang berlaku di sekeliling anda. Contohnya, geng keyboard warrior yang tak habis-habis mengecam dan menaip kata-kata yang boleh menghancurkan pembangunan diri anda dan juga negara. Asal ada jer isu yang timbul, geng ni mula ‘gatai tangan’ untuk menaip dan mengecam.

Anda adalah orang yang sentiasa maju ke hadapan dan membebaskan diri daripada dibelenggu dengan orang-orang yang hanya pandai bercakap, pandai condemn tapi tak sedar akan diri mereka yang tak pernah berubah untuk ke arah yang lebih baik.

  1. Memerdekakan keluarga dan rakan-rakan rapat ke arah yang lebih baik

Anda sentiasa berfikiran positif dan mengajak ahli keluarga dan rakan seperjuangan anda untuk berada dalam circle yang positif. Anda tak hiraukan anasir-anasir jahat yang ‘merasuk’ dan ‘menghasut’ anda ke arah yang tidak baik.

Anda sedar, dengan kemerdekaan yang wujud dalam diri, anda boleh mengajak mereka untuk berubah dan ubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Anda menghayati makna merdeka itu dengan mengatakan ‘tidak’ kepada perkara-perkara yang tidak sihat dan negatif.

Anda juga tidak segan silu untuk mengajak orang ramai supaya memerdekakan keluarga masing-masing dengan mengejar impian dan memperoleh rezeki yang halal daripada perniagaan yang dijalankan.

Kemerdekaan pada setiap diri manusia adalah apabila mereka dipandu oleh akal yang sihat dan jiwa yang bersih. Kemerdekaan diri sebenar juga merujuk kepada diri yang bebas dari pengaruh-pengaruh sifat-sifat buruk yang sentiasa menarik manusia ke jurang kemusnahan.

Ayuh bangun! Dan sama-sama kita bangkit memerdekakan diri kita sendiri. Jangan dikenang peritiswa lama yang boleh membantutkan kemerdekaan dalam diri.

Anda perlu bersemangat melawan perkara-perkara yang boleh menjadikan diri anda penjajah! Teruskan hidup dengan mencari dan belajar benda baharu. Realisasikan impian anda. Anda mampu mengubahnya! Inilah nafas baharu mencapai kemerdekaan ke-61! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-61 Malaysia!

Sayangi Malaysiaku #kitapunya

Lagi mengenai artikel: Blog, Pengumuman
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start