Nak Kejayaan Berganda-Ganda? BERHENTI Buat 6 Perkara Ini.

oleh Team Richworks pada 10 October 2017

 

Untuk berhenti bukan susah. Ia adalah satu skil yang boleh dipelajari. Hanya jika anda – MAHU.

Minda kita selalu saja dimomokkan dengan ayat, “Jangan berhenti separuh jalan” dan kita sebagai seorang manusia yang ‘lurus’ dan begitu menginginkan kejayaan datang bergolek, kita terlalu mengambil berat akan ‘pesanan’ itu sampai ia memudaratkan diri sendiri. Maksudnya, semua perkara pun tak boleh berhenti separuh jalan! Bagus memanglah bagus – tapi kalau semua benda, termasuk jika benda itu tidak berikan apa-apa manfaat kepada anda, adakah patut anda teruskan? Logik akal kadangkala perlu diteliti juga.

Ibu bapa terutamanya, seringkali berpesan pada anak-anak, “Jangan berhenti, jangan mengalah, jangan putus asa. Nanti mesti berjaya juga.” Betul. Itu memang tak disangkal. Tapi jika berhenti adalah lebih baik, TOLONG hentikan apa jua yang anda lakukan itu. Projek yang tak beri manfaat, Pekerjaan yang tak beri tambah nilai pada hidup anda, mahupun perhubungan yang tidak ke mana – TOLONG hentikan. STOP, and QUIT!

Nelson Mandela pernah kata, “Quitting is leading too.” Kadangkala, asbab anda berhenti pada satu perkara membuka lebih banyak pintu pada lebih banyak kebaikan dan manfaat!

Ramai dari kita tahu waktu terbaik untuk berhenti, tapi lagi RAMAI juga yang tak tahu cara nak lepaskan diri dari suatu ‘permasalahan’. Universiti Rochester pernah membuat kajian yang manusia ini sebenarnya memiliki dua sumber motivasi diri.- approach goals atau avoidance goals. Sebahagiannya sangat terinspirasi dengan approach goals yang berorientasikan teknik capai atau kekalkan hasil yang diinginkan. Sementara segolongan lagi tertumpu pada avoidance goals iaitu elak atau hapuskan hasil yang tidak diingini.

Approach goals

Mereka yang tergolong dalam kategori ini lebih sukakan cabaran dan tidak akan bazir masa selesaikan masalah yang tidak ada sebarang progres kepada penyelesaian. Dalam kata lain, mereka TAHU bila waktunya untuk BERHENTI.

Avoidance goals

Bagi kategori ini, mereka lebih risau dengan risiko ‘jika aku gagal’. Mereka akan seboleh-bolehnya mengelak untuk gagal! Mereka ambil masa yang sangat lama untuk berkata, “Aku sedia untuk berhenti dan mula semula. Keadaan ini selalunya buat mereka rugi lebih banyak dari segi MASA. Dan tentulah ianya sangat tak produktif!

Sebenarnya, untuk berhenti dari melakukan sesuatu perkara memang sukar pada mulanya, tapi ia boleh dipelajari. Ia adalah skil. Dan semua skil boleh dipelajari. Jika anda sudah lama tersekat pada satu masalah atau kerja, dan memang ia tak akan bergerak walau apa jua usaha yang anda buat, anda sepatutnya dah tahu itulah masanya untuk anda BERHENTI. Kita hidup dalam satu garis masa yang terus berjalan sehingga kita akhirnya mati. Dan dalam perjalanan itu, banyak peluang akan muncul untuk kita katakan “Ya, aku berhenti setakat ini.”

So, stop doing thing yang tak mendatangkan hasil.  Itu point kita hari ini!

Mari kita lihat 6 perkara yang anda patut HENTIKAN untuk buka lebih banyak pintu kejayaan.

1) BERHENTI RAGUI diri sendiri

Satu tips penting untuk berjaya – anda perlu YAKIN. Syarikat Hewlett-Packard (HP) menjalankan satu kajian menarik yang melibatkan satu analisis pada proses permohonan bagi tawaran naik pangkat terhadap staf-stafnya. Hasil daripada kajian itu, HP mendapati golongan pekerja wanitanya hanya akan mengisi borang permohonan tersebut jika mereka telah memenuhi 100% kriteria yang dinyatakan. Sebaliknya pekerja lelaki terus sahaja memohon walaupun mereka cuma memenuhi 60% daripada kriteria tersebut. HP kemudiannya membuat kesimpulan bahawa antara sebab kenapa lelaki lebih mendominasi carta organisasi syarikat adalah kerana mereka lebih berani dan mahu mencuba. Mereka lebih YAKIN. Dan kadangkala hanya KEYAKINAN yang mampu bawa anda naik ke tingkat lebih tinggi dalam hidup anda. PERCAYA dan YAKIN pada diri anda. Tidak yakin takkan bawa anda kemana. Tapi bagaimana jika pura-pura yakin? Pastilah hasilnya tak sama dengan keyakinan sebenar.

2) BERHENTI TANGGUH kerja.

Nak berubah, nak perbaiki diri – ia memang susah. Bila semuanya (anda fikir) susah, lebih mudah untuk anda tangguh dan siapkannya kemudian, atau esok. Cuma masalahnya, adakah anda tahu esok itu pasti muncul untuk anda? Dan masalah paling besar ialah sebenarnya tiada esok pun untuk apa yang anda tangguh itu! Tangguh sama ertinya dengan “tak akan sentuh dan buat” lagi. Anda sedang membina alasan. Sama ada anda tak mahu lakukannya lagi atau anda mahukan hasil tanpa buat apa-apa. Mana ada hasil free tanpa usaha? Skim cepat kaya pun memerlukan duit pendahuluan dari anda dulu!

3) BERHENTI FIKIR anda tiada pilihan lain.

Pilihan sentiasa ada. Walaupun pilihan yang ada depan mata itu bukanlah baik mana, tapi ia tetap satu pilihan. Beranggapan yang anda sudah tiada pilihan lagi akan bawa dan latih diri anda untuk jadi seorang yang lemah! Jangan suka berlagak yang anda adalah mangsa keadaan kerana anda sedang menjatuhkan maruah diri sendiri. Nak berjaya, perlu berhenti merendahkan maruah diri anda. Bangga dan berusaha sebaiknya!

4) BERHENTI ULANG perkara sama jika mahu hasil berbeza

Albert Einstein pernah mengatakan bahawa hanya orang gila sahaja yang buat perkara sama berulang kali tapi mahukan hasil yang berbeza. Matematiknya mudah, kalau anda tetap tak mahu berganjak dengan ritual dan rutin ulangan yang sama, hasil yang anda akan dapat tetap sama. Anda buat A, A, A, takkan hasilnya keluar X, Y atau Z? Mahukan hasil yang berbeza dan lagi ‘umphh’, tukar cara anda. Walaupun ia susah.

5) BERHENTI FIKIR semuanya adalah auto

Memang best kalau semuanya macam mesin automatis. Tekan sekali dan akan terus jadi dan menjadi tanpa anda susah-susah kendalikannya.  Hidup tidak bertindak seperti itu. Jangan harap bos anda akan peka dengan kesediaan anda untuk naik pangkat kalau anda tak tunjuk dan beritahu. Jangan harap rakan anda akan berhenti membuli anda jika anda berterusan menjadi pak turut. Tak ada apa yang magis di dunia. Anda nakkan sesuatu? Anda perlu proaktif dan bertanggungjawab untuk dapatkan apa yang anda mahu.

6) BERHENTI KATA YA untuk semua benda.

Setiap satu ‘ya’ akan ada satu ‘tidak’ disebaliknya. “Ya, aku akan balik lewat dari pejabat hari ini” bererti “Tidak, aku tiada masa untuk keluarga aku malam ini.” Kajian Universiti California menunjukkan lagi sukar anda mengatakan “tidak” pada sesuatu, lagi tinggi tahap stress yang akan anda hadapi. “Tidak” memang kadangkala sukar untuk dilafazkan. Ia satu perkataan yang sebenarnya sangat ‘berkuasa’. Jika anda dah bertekad untuk menolak sesuatu, elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang tidak pasti contohnya; “Aku tak pasti aku boleh ikut atau tidak.” Atau “Aku rasa aku tak boleh datang malam ini.” Jika anda keluarkan perkataan sebegini, seolah-olah anda beri harapan kepada mereka yang mengajak. Satu lagi perkara, dengan berani mengatakan “tidak” pada tugas baru bermakna anda berikan keutamaan kepada tugas sedia ada anda. Berani berkata “tidak” bakal mengubah ikatan komitmen anda, berikan masa yang lebih untuk diri anda serta perkara penting dalam hidup anda.

Sebetulnya memang ada banyak perkara yang boleh kita lakukan atau elakkan untuk kekal dan meningkatkan potensi serta momentum anda. Ya, ada daripada anda selalu ragu dengan kebolehan diri sendiri, merungut betapa susahnya untuk siapkan sesuatu tugas, mahupun bertangguh dalam sesuatu kerja. Tapi jika anda mahu berjaya – maksudnya, BENAR benar MAHU berjaya, anda perlu BERHENTI FOKUS terlalu banyak pada perkara yang patut anda buat. Sebaliknya FOKUS pada perkara yang anda perlu BERHENTI BUAT.

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start