Nak Kenal Bukan Sehari, Nak Lupa Cuma Sesaat. Biar Kenal Sampai Jatuh Cinta, Jangan Tahu Kemudian Lupa

oleh Team Richworks pada 13 June 2017

Insan yang hadir dalam diari hari anda bertukar silih ganti. Semua lalu kemudian pergi. Hanya yang benar-benar menarik hati barulah perhatian diberi. Kenal-kenal, suka-suka terjatuh cinta. Siang malam bermain di minda, asyik-asyik tersebut nama. Makan tak kenyang, mandi tak basah.

Itu ragam orang bercinta. Tak pelik bukan. Tapi cuba jika anda, sebagai seorang usahawan atau siapa sahaja yang bekerja, ambil kronologi itu dan adaptasi pada situasi anda.

Bagi yang menjual, tak mahukah prospek kenal-kenal, jatuh suka dan gila-gila pada produk anda? Jika bekerja, tak mahukah jika bos gila-gilakan hasil kerja anda? Di situ datangnya impak marketing. Marketing ialah bagi orang nampak. Nampak, kenal, suka, cinta gila-gila.

Pasarkan kebaikan. Pasarkan kehebatan. Pasarkan nilai. Berikan penyelesaian pada masalah orang ramai. Tunjukkan keprihatinan anda pada mereka. Beli hati dan kepercayaan mereka.

Semua ini tak senang. Sebab itu pemasaran perlukan masa. Berapa kerat saja yang akan jatuh cinta pandang pertama? Bila dah pandang takkan nak biar saja. Mesti ada juga cara untuk kekalkan pandangan mereka pada anda. Biar nampak anda, anda dan anda saja.

Jadi pemasaran anda sebelum mereka kenal dan selepas mereka tahu adalah berbeza. Kalau asyik sama bosan juga. Itu sebabnya pemasaran tak pernah statik. Sentiasa berubah dan meningkat.

Anda pasti mahu pelangggan mengenal dan gunakan produk anda selalu kalau boleh bukan? Pemasaran anda perlulah berterusan. Sentiasa bagi mereka nampak anda. Tidak lupakan jenama anda.

Hakikatnya, nak bagi orang kenal dan sukakan sesuatu produk bukan mudah. Semuanya perlukan masa, tenaga dan kepercayaan mereka. Itu pentingnya sentiasa buat pemasaran. Sentiasa ingatkan mereka tentang anda. Sentiasa belajar tambah ilmu pemasaran anda. Upgrade dan update.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start