Nak Ubah Hidup? 10 Cara Yang Kalau Kau Tak Buat Kau Memang Takkan Ubah Hidup!

oleh Team Richworks pada 12 September 2017

“Aku rasa aku tak boleh buat…”.

“Aku rasa aku tak yakin… tak konfiden”.

“Aku rasa aku tak mampu…”.

“Aku rasa aku nak ubah hidup tapi…”

Setiap manusia pasti akan diduga dengan 1001 masalah. Kau selaklah mana-mana kitab, kau rujuklah mana-mana buku atau pakar sekalipun, kita hidup memang untuk menghadapi rintangan. Jadi persoalannya, apakah kau harus biarkan diri kau dihantui dengan persoalan-persoalan yang remeh-temeh seperti “Aku rasa..aku..rasa…rasa aku…” Selagi kau main rasa-rasa je selagi itu lah hidup kau akan dihimpit dengan perasaan kau yang lemah, lesu dan lembik!

SEDIH! Jadi macamana caranya kau boleh tukarkan ayat basi KAU RASA ini kepada ayat AKU YAKIN, AKU MAMPU, AKU BOLEH BERUBAH!  Nak ubah hidup tak boleh main rasa-rasa.  Mesti ada matlamat yang jelas, ada ilmu dan bertindak ikut ilmu yang dah terbukti berjaya.  Ramai orang kata nak ubah hidup, nak tingkatkan pendapatan dan tahap kewangan, dah bosan dengan hidup sekarang, rasanya nak hidup lebih baik tapi ada 10 perkara yang anda kena tahu.

Sebelum itu, kami nak share dengan anda kisah seorang peserta program kami Tuan Azim Azamain, yang sanggup datang dari Brunei untuk sertai Program kami demi nak ubah hidup beliau.  Beliau rasa perlu ubah hidup setelah beliau diberhentkan kerja, masa ‘tu isterinya baru seminggu melahirkan anak.  Bayang kan?  Ayah mana tak kecut perut bila situasi macam ni berlaku.

Dan, akibat dari situ beliau mula menyertai program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan beliau mula sedar banyak perkara tentang bagaimana beliau boleh ubah hidupnya.  Langkah utama yang beliau buat ialah dengan menjadikan minat beliau dengan aksesori kereta sebagai satu bisnes.  Nak tahu? Beliau juga adalah seorang yang tak tamat pelajaran, bermula dengan kerja dengan gaji BND 300, meningkat ke BND 4,000.

Tapi, akibat dari ilmu dan tindakan yang beliau dapat setelah hadir ke program Richworks, beliau kini dah berjaya membina perniagaan sendiri yang merupakan sebuah salun kereta dengan 10 kakitangan dan mampu buat jualan sehingga BND 10,000 sebulan. Lebih 2 kali ganda dari gajinya…

Agak-agak anda apa jadi jika beliau duduk je tak buat apa, tak rasa nak ubah apa-apa lepas beliau diberhentikan kerja?  Kami pasti anda juga nak ubah hidup anda.  Kami nak kongsikan dengan anda 10 perkara yang anda perlu buat jika  anda NAK UBAH HIDUP yang telah di kongsikan oleh Dr Azizan Osman dalam sesi “live video” beliau baru-baru ini.

1. MAAFKAN DIRI INI…Bunyi macam kesian tapi itulah hakikatnya. Kasihanilah diri kau dan hidup kau. Hidup ini tidak pernah lari dari kita melakukan kesilapan. Selagi kau tak belajar memaafkan diri kau, selagi itulah kau takkan belajar dari kesilapan yang kau lakukan dan kau takkan berasa yakin yang kau juga BOLEH UBAH HIDUP!

2. CARI SATU IDOLA / SUMBER INSPIRASI. Daripada kau sibuk dok layan drama Korea, apa kata kau cari satu sumber inspirasi dalam hidup kau. Minat sahaja tak mencukupi. Tapi kenapa kau minat? Siapa? Belajar bagaimana mereka boleh berjaya. Bila ada inspirasi barulah ada semangat… Ada rujukan nak dijadikan contoh. Banyakkanlah membaca, menimba perkara-perkara yang ilmiah supaya lebih tahu dan lebih faham.

3. FAHAMI STATUS DIRI. Ini bukan status FB yang kau asyik edit berpuluh kali kemudian ‘like’ sendiri. Tetapi ini merujuk kepada apa yang kau benar-benar rasa sekarang? Apakah kau gembira dengan kehidupan kau? Sedih?Atau kau masih lagi “aku rasa…”

4. UBAHLAH CARA KAU BERFIKIR… Contohnya kalau kau rasa kau tak boleh lakukan sesuatu, apa kata kau tukar rasa kau tu kepada BOLEH! Lagipun belum cuba. So mana kau tau yang kau tak boleh? Sebab kau rasa? Perkara ini sangat penting untuk kau kuasai diri kau.

5. UBAH PERSEKITARAN KAU. BUANG KAWAN KAU YANG TAK BERUPA KAWAN! Semak balik dengan siapa kau berkawan. Selalu dekatkan diri kau dengan orang yang berjaya supaya kau dapat contohi cara hidup diorang. Bukan duduk berlonggok-longgok, berpuak-puak lepas tu dia makan dedak kau pun ikut sama. Seringlah bergaul dengan orang-orang yang POSITIF, kerana sedikit sebanyak kau akan terkesan dengan aura positif mereka.

6.TETAPKAN MATLAMAT HIDUP. Daripada hari-hari kau berangan cantik macam Neelofa sebab kau pakai tudung macam dia, cuba kau ambil peluang sejenak dalam kehidupan kau, untuk kau ketuk pintu hati, tanyakan pada diri, apakah sebenar matlamat hidup kau. Semak diri kau dengan persoalan-persoalan untuk kau fikir lebih jauh kehadapan.

7. SPESIFIK KAN MATLAMAT. Spesifikasi  ini lebih kurang macam target sasaran kau. Contohnya kalau kau nak memburu mestilah kau tahu apa yang kau nak buru, kan? Kalaulah diberi pilihan, sama ada kau nak buru Rusa atau landak, atau apa? Mana satu yang kau nak? Kalau rusa boleh dimakan, kalau landak pun boleh dimakan, tapi apa sebenarnya anda nak cari.

8. BENTUK SEBUAH MISI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. Cipta satu MISI dalam hidup kau. Macam kau nak pergi berperang nak selamatkan seorang puteri raja. Anggaplah puteri raja ni sebagai tebusan untuk ganjaran besar dalam hidup kau. Habis? Takkan kau nak pergi selamat kan dia dengan tangan kosong? Bawak ‘body’ je? Otak semua tinggal kat belakang? Tetapkan apa yang kau perlu ada untuk kau raihkan sesuatu yang kau nak.

9. RANGKA SEBUAH STRATEGI YANG SESUAI demi mencapai matlamat. Ini perkara asas yang teramat-amat penting yang kau wajib ada untuk melakukan perubahan. Tanpa susunan strategi yang tepat adalah mustahil untuk kau mencapai sesebuah perubahan. Jangan mimpilah. Contohnya kau nak memburu rusa tapi kau pakai jala bukan senapang. Kau ingat kau nak tangkap ikan?

10. BERIKAN KOMITMEN SEPENUHNYA KEPADA PERANCANGAN.  Kau Nak Ubah Hidup? Kau harus berkorban. Kau kena keluar dari ‘COMFORT ZONE’ yang kau dah terlalu selesa sangat dengannya.Hentikan beri alasan-alasan yang tidak munasabah yang menghalang minda kau tindakan kau ntuk berubah! Terus FOKUS. KATAKAN YA! AKU NAK UBAH HIDUP AKU!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start