Adakah Anda Puas Hati Dengan Perniagaan Anda?

oleh Team Richworks pada 15 June 2017

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam di mana saja anda berada.  Kita dah memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan dan dalam fasa terakhir ini bagus untuk kita memperbanyakkan amalan setiap hari dengan harapan kita dapat bertemu malam Lailatul Qadar.

Akhir Ramadhan ini bagus juga untuk kita merenung kembali pencapaian diri kita sendiri.  Kami nak ajak anda luangkan sedikit masa dan cek diri sendiri, di mana tahap anda berada sekarang berbanding dengan tahun lepas.  Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda sekarang?

Jika anda seorang peniaga atau seorang yang minat untuk berniaga, adakah anda rasa puas hati dengan perniagaan anda sekarang?  Pernahkah anda terfikirkan cara untuk anda tingkatkan hasil perniagaan anda?  Adakah anda tahu dengan jelas apa yang halang anda untuk buat lebih baik dalam perniagaan anda?  Adakah anda tahu, bagaimana nak bawa perniagaan anda ke tahap yang lebih baik?

Kami di Richworks dah berjumpa ramai peniaga yang hadapi perkara-perkara ini.  Mereka mungkin boleh berniaga tapi mereka tak tahu dengan jelas apa ‘next step’ yang mereka perlu lalui di masa akan datang apabila mereka nak besarkan bisnes.  Dan, ada juga yang tak tahu apa asas yang mereka perlu ada untuk jayakan perniagaan mereka.

Asas perniagaan sebenarnya ialah, diri peniaga itu sendiri.  Kalau lemah asas ini, lemahlah perniagaan anda.  Betul kan?

Jadi, kami nak beritahu anda semua bahawa kami di Richworks ingin bantu lebih ramai peniaga untuk bina asas diri peniaga yang kukuh supaya ianya dapat dibawa kepada  membina perniagaan secara lebih baik. Melalui Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) kami menyediakan platform untuk membantu anda menjadi usahawan yang bermatlamat, mempunyai hala tuju, diri yang semakin bersedia untuk hadapi cabaran perniagaan dan macam-macam lagi.

Program 3 hari ini sebenarnya dah macam jadi kewajipan untuk semua yang berniaga dan yang minat berniaga untuk hadir.  Dan kami nak beritahu bahawa kami sedang mengadakan tawaran beli 1 tiket PERCUMA 2 tiket untuk yang mendaftar sekarang.

IMKK Borneo:  4-6 Ogos 2017 – The Klagan Regency, One Borneo Kota Kinabalu, Sabah.

IMKK KL :  27- 29 Oktober 2017 – Ideal Convention Center (IDCC) Shah Alam, Selangor.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk rebut tawaran ini atau PM (LINK) untuk kami bantu segera.

Itu pun jika anda nak kami tolong anda mencapai impian anda untuk membina dan membetulkan asas perniagaan yang lebih teguh.

 

Salam Kejayaan

Team Richworks

Lagi mengenai artikel: Blog, Video
 

Responses

  1. YUSMAN YUSOFF 15 June 2017, 7:52 pm (#)

    Alhamdulillah…2x sy telah sertai IMKK…memang sangat2 membantu perniagaan yg sedang sy jalankan.Terima Kasih kpd Sifu Dr Azizan Osman Jurulatih serta Mentor Kekayaan dan Kejayaan No#1 Asia.

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start