OKU Mampu Jana RM300,000 Sebulan ( Apa Lagi Alasan Kita? )

oleh Team Richworks pada 19 August 2015

oku-jana-300k-sebulan-azizanosman

Saya Khairul Nizam Bin Wahiddin berusia 26 tahun. Saya merupakan CEO/Director kepada 3 buah syarikat iaitu Spirit Beauty Sdn Bhd, Momkey Network Sdn Bhd, Hiobat Sdn Bhd dan kepakaran saya adalah memasarkan dan mengimport produk-produk kosmetik dan kesihatan secara online, dan membantu orang ramai untuk mula berniaga secara online. Saya adalah seorang penghidap masalah Saraf dan Tulang Kecil. Ketika dilahirkan, saya mampu untuk berjalan dan bergerak seperti orang lain tetapi pada suatu ketika, keadaan penyakit telah menjadi semakin buruk. Saya akhirnya tidak mampu bergerak setelah patah kedua tulang kaki ketika terjatuh dari kerusi roda.

Saya hanya bersekolah setakat Tahun 6 kerana ayah dan ibu tidak mampu lagi untuk menghantar saya ke sekolah dengan keadaan fizikal yang semakin buruk ditambah lagi dengan keadaan keluarga yang susah ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Zaman kecil saya dipenuhi dengan aktiviti menjaga adik-adik, namun setelah saya hilang keupayaan untuk bergerak, adik-adik pula yang menjaga saya sepanjang masa. Selama tiga tahun saya hanya duduk di rumah, tidak mampu untuk melakukan apa-apa, hanya berbaring sahaja, kalau dulu tangan boleh diangkat tetapi setelah keadaan kesihatan semakin merosot, saya langsung tidak boleh melakukan apa-apa.

Saya selalu menangis mengenang nasib malang kerana tidak lagi mampu untuk menikmati kehidupan seperti orang lain. Saya selalu bertanya pada diri sendiri, sampai bila saya perlu hidup begini. Sampai bila saya harus menyusahkan orang lain? Saya juga seperti orang lain, mahu menjadi seorang yang bertanggungjawab dan membalas jasa ibu bapa serta keluarga. Saya dinasihatkan oleh doktor untuk diletakkan di atas katil yang khas. Harga katil tersebut bukanlah murah dan saya masih ingat susah payah ibu saya untuk meminta derma dan bantuan dari orang ramai dan pelbagai pihak untuk membeli sebuah katil khas untuk saya tetapi tak pernah dapat.

Dari situ saya memasang azam. Saya nekad tidak mahu menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menjadi beban kepada orang lain dan ingin membantu diri sendiri. Saya nekad untuk bangkit dan melakukan sesuatu yang bermanfaat. Dengan hanya bermodalkan RM100, saya mula membina perniagaan dengan menjadi agen kad prabayar. Walaupun keuntungannya sangat kecil, namun saya berpuas hati. Lama kelamaan, permintaannya menjadi semakin banyak dan saya mula menyimpan sedikit demi sedikit. Saya juga dikenali dengan nama “Otai Contest” kerana sering memenangi pertandingan yang diadakan di radio. Hasil dari hadiah wang tunai yang saya menangi, saya mampu memiliki sebuah laptop terpakai dan dari situlah bermula perniagaan online saya.

Pelbagai halangan dan rintangan seperti ditipu, laptop meletup dan lain-lain ujian, tapi tidak pernah melemahkan semangat saya. Perniagaan online saya makin berkembang. Saya mula terlibat dengan Ebay, Adsense, forum dan mula mengajar orang lain untuk memulakan perniagaan online. Saya juga mula mendidik adik-adik saya untuk terlibat dalam perniagaan online. Akhirnya, dari rumah setinggan saya sekeluarga mampu tinggal di rumah kos rendah dan mula menjana pendapatan ribuan ringgit sehari. Dengan tindakan yang mula membuahkan hasil, ramai orang mula mahu mengenali saya. Namun, saya memberi peluang untuk mengetengahkan ibu dan adik-adik saya sehingga mereka muncul di dada-dada akhbar.

Jauh di sudut hati, saya juga mahu pergi lebih jauh. Saya selalu bertarung dengan perasaan sendiri, sampai bila saya harus menyembunyikan diri? Sehingga satu hari, saya menyertai program Dr Azizan Osman yang telah benar-benar membuka mata dan minda saya bahawa saya perlu berubah dan saya mampu untuk melakukan yang lebih baik. Bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga dan untuk membantu lebih ramai orang lain.

Hasil dari program Dr Azizan Osman yang saya hadiri adalah sangat mengujakan. Jika sebelum ini saya asyik menyembunyikan diri dan takut untuk keluar rumah, kini saya telah berani untuk ke hadapan. Siapa sangka, saya yang dulu tidak mampu untuk menggerakkan tubuh badan sendiri kini akhirnya mampu untuk melakukan sesuatu yang saya idam-idamkan iaitu melancong ke Bali, Indonesia bagi menyertai Program Khas bersama Dr Azizan Osman yang diadakan di sana. Saya juga mempelajari ilmu yang sangat penting iaitu bagaimana untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan dengan sistem yang betul.

Sehingga ke hari ini, saya telah menjual berbagai produk secara online dan memiliki ratusan “Fan page”, beberapa laman web dan memiliki tiga syarikat di bawah seliaan ibu dan adik yang beroperasi dengan 30 orang pekerja. Kami juga sedang menambah pejabat supaya dapat menampung lagi 60 orang pekerja bagi membantu kelancaran perniagaan yang sudah mencecah RM300,000 sebulan. Saya harap dengan keyakinan yang semakin tinggi berkat berguru dengan Dr Azizan Osman dan dengan izin Allah SWT, saya dapat melangkah lebih jauh dan menjadi ikon serta inspirasi kepada orang lain yang senasib dengan saya.

Saranan saya kepada semua, hadir ke seminar Dr Azizan Osman untuk lebih mengenali potensi diri. Pegang prinsip “Jangan mati sebelum mati.” Tiada istilah kegagalan dan putus asa dalam hidup selagi anda masih bernafas. Jangan selalu salahkan takdir kerana dengan usaha InsyaAllah boleh berjaya. Guna sahaja apa kelebihan yang Allah berikan. Kalau saya mampu menggunakan akal dan jari untuk Berjaya, anda pun tentu boleh juga!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Responses

  1. lynn 19 August 2015, 11:51 am (#)

    inspirasi ………

  2. hafizah abdullah 19 August 2015, 12:53 pm (#)

    MasyaAllah, tahniah adik khairul nizam… apa lagi alasan saya… Saya punya segala kesempurnaan sifat untuk dikerahkan untuk Kaya dan berjaya … Yang saya perlukan sekarang adalah jiwa besar untuk buat keputusan penting … M.E.S.T.I…

  3. ADIBAH BINTI ABDULLAH 19 August 2015, 1:04 pm (#)

    Assalamualaikum…Ya Allah,betapa kagumnya saya bila membaca tntg kejayaan adik ini..rasa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dgn adik khairul..Ya Allah, berikan aku kekuatan dan semangat yg kuat seperti insan yg terpilih ini..amin..mudah2an aku juga bisa mencapai kejayaan seperti adik khairul suatu masa nti..

  4. Mior Khairil Hamdi 19 August 2015, 2:00 pm (#)

    Assalamualaikum..saya sangat tertarik dengan kisah kejayaan hidup saudara Khairul Nizam, saya seorang OKU Fizikal, berusia 24 tahun, buat masa sekarang saya hanya duduk di rumah tanpa membuat apa-apa pekerjaan, terkadang saya buntu tentang masa depan hidup saya, saya juga ingin seperti manusia normal yang lain tapi apa yang harus lakukan? harap Dr. Azizan Osman dapat membantu dengan memberikan tunjuk ajar..

  5. Mummy Dina 19 August 2015, 3:14 pm (#)

    Subhanallah..jangan mati sebelum mati..sangat2 memberi inspirasi untuj bangkit dan berjuang sampai berjaya ☺

  6. InpiredShope 19 August 2015, 3:29 pm (#)

    Inspirasi…rahmat ALLAh untuk kita semua lebih berusaha dan bersyukur

  7. ismail smpkv shah alam 19 August 2015, 7:22 pm (#)

    Salam Dr Hj azizan Osman.saya amat teruja mengenai insan oku ini. Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah vokasional pendidikan Khas seksyen 17 shah Alam yang menawarkan kemahiran vokasional utk para pelajar oku.jika berkesempatan kami ingin menjemput insan yang berjaya ini untuk diketengahkan supaya memberi inspirasi kepada murid-murid kami Dan juga tenaga pengajar dalam mendidik ilmu khususnya ilmu keusahawanan

  8. Munirah 19 August 2015, 9:29 pm (#)

    Tahniah, saudara khairul..sy,sgt kagum dgn anda..apalah lagi alasan saya utk memulakan perubahan…hmm

  9. Nik Hisamuddin 20 August 2015, 1:50 am (#)

    Assalamualaikum…saya amat tertarik dengan kisah kejayaan hidup adik Khairul Nizam, saya juga merupakan seorang OKU fizikal yang terlantar, berusia 30 tahun. Buat masa sekarang saya hanya duduk di rumah dan menjual topup secara kecil-kecilan. Saya juga tidak mahu menjadi beban kepada orang lain dan ingin membantu diri sendiri dan keluarga mencapai kejayaan dalam hidup. Saya juga ingin seperti manusia normal yang lain tapi apa yang harus saya lakukan? harap Dr. Azizan Osman dapat membantu dengan memberikan tunjuk ajar..

  10. Admin Nadia 06 September 2015, 6:47 pm (#)

    Waalaikumsalam tuan, Pastikan tidak lepas dapatkan 5 Modul untuk Bina Hidup Luar Biasa’, FORMULA yang tidak diajar di mana-mana sekolah!Semua modul yang dikongsikan ini diberikan secara PERCUMA. Daftar sekarang di http://www.AzizanOsman.com/SeminarOnline.

  11. Lisz 20 August 2015, 4:00 pm (#)

    Alhamdulillah. Really Inspired. Tahniah adik. Moga ujian yang diterima menjadi titik tolak untuk berjaya dan membantu orang lain berjaya. Allahuakbar. Sungguh hebat kamu ini diciptakan. Moga kita pun same bersemangat macam adik juga. InsyaAllah

  12. wan harun 21 August 2015, 6:16 pm (#)

    tahniah encik khairul nizam. saya amat kagum dgn kejayaan anda. boleh encik nizam bongkar rahsia dibalik kejayaan and
    a kpd kami semua ..

  13. Noraini usman 11 September 2015, 5:02 pm (#)

    Nangis baca kejayaan adik istimewa ni…terharu dgn kejayaannya dan sangat terharu sbb sdh 41 tahun saya masih blm boleh kuasai sepenuh potensi diri sendiri…semoga dipermudahkan utk hadir majlis elmu DAO!! Bravo adik khairul nizam!!!!

  14. NORAINI ABDUL RAJI 13 September 2015, 7:04 pm (#)

    Tahniah adik Nizam…naik ke pentas di Hot Seat IMKK Sept 2015. Sgt2 mengujakan.

  15. Sobri 15 September 2015, 10:53 am (#)

    Subhanallah. Sangat3 hebat Adik ni terasa diri ini sangat kerdil dan inilah masa mesti bangkit dan “Hidup Sebelum Mati, Tidak Mati Sebelum Mati”. Nak nangis rasanye.

  16. Alhamdulillah, bersyukurlah atas pemberian-nya. terima kasih atas perkongsian yang diberikan. says juga ingin Menjadi seperti anda. apapun ingat m.e.s.t.I. 18 September 2015, 3:10 pm (#)

    Alhamdulillah, saya juga bercita-cita ingin berjaya seperti anda.

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start