Ombak Tsunami Hampir 9,000 Peserta Melanda Di IMKK Mac 2018

oleh Team Richworks pada 09 March 2018


Sudah lama tidak bertembung dengan ombak besar aura gemilang yang hebat dan menggegarkan Ideal Convention Centre Shah Alam hujung minggu lalu. Beza, memang berbeza kehangatannya setara dengan bilangan peserta yang membanjiri IDCC khas untuk Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) bersama Richworks International. Semakin lama kami bersama anda, semakin meninggi keyakinan anda. Syukur Alhamdulillah.

Tanggal 2-4 Mac lalu menyaksikan 9,000 peserta berhimpun pada satu tempat, satu masa dengan berbagai-bagai macam matlamat, misi, pemikiran, perjuangan, kesengsaraan, permasalahan, pertanyaan, dan ragam yang tentu juga berlainan warna. Seawal 1 Mac pendaftaran, masing-masing hadir dengan seribu satu andaian yang bermain di minda. Wajah-wajah yang hadir penuh bersemangat.

Biarpun beribu kali anda mendengarkan nama IMKK, namun usahlah menyangka ia akan sama setiap masa. Adapun jika yang hadir itu bukan orang yang berbeza, tapi setiap kali juga matlamat perjuangan mereka, misi dan persoalan yang mereka mahu rungkaikan berbeza. Semakin lama hidup, pastinya semakin banyak peningkatan yang kita alami. Dan seiring dengan perubahan dan peningkatan hidup itulah IMKK ada untuk melengkapkannya.

Bermula seawal 7.30 pagi, berakhir selewat 2.00 pagi. Ya, IMKK menuntut kekuatan mental, fizikal, dan juga emosi pesertanya. Apa yang diisi sepanjang hari? Formula kehidupan, menjemput rezeki, santapan rohani, results showcase, soal jawab dan pelbagai lagi input berkaitan kehidupan personal yang akan menjadi perkaitan rapat pada kekayaan dan kejayaan hidup seseorang individu. Menangis, gelak ketawa, serius, sedih, stress, bengang, gembira, lega, semua emosi itu bersilih ganti di dalam dewan.

Ada yang bermusafir jauh, ada yang datang meninggalkan keluarga, anak, pasangan, bergolok bergadai, menyimpan sejak seberapa lama, atas tajaan rakan, saudara, semua ada. Semuanya demi sebuah ilmu yang mampu membantu mereka mengubah kehidupan daripada biasa, kepada kehidupan yang hebat berkali ganda.

Perkongsian ilmu yang tidak lokek dari Mentor Dr Azizan Osman, Tn Jerry, ahli Titanium dan malahan sesama peserta sendiri menjadi sesuatu yang sangat berharga. Nilai networking yang terbina antara peserta juga bakal menjadi titik tolak pada perubahan-perubahan kecil mahupun besar dalam hidup mereka kelak.

Hadir dengan gelas yang kosong, pulang dengan gelas yang penuh. Seberapa banyak isi yang mampu dibawa pulang terpulang pada berapa besar gelas yang mampu ditatang. Bukan sahaja IMKK Mac 2018 menjadi memori pada peserta yang hadir tapi turut memberi ilmu berharga buat kru-kru yang bertugas. Semakin banyak pengalaman, semakin besar cabaran, semakin hebat kematangan dan kebolehan membuat keputusan.

Semoga kita berjumpa lagi kelak di IMKK seterusnya. Anda Kaya & Berjaya.

Lagi mengenai artikel: Blog, Seminar
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start