Search
0
Shopping Cart
  • -15% Kombo Buku 25 Formula Hidup Luar Biasa + Mudahnya Berniaga + Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya

Kombo Buku 25 Formula Hidup Luar Biasa + Mudahnya Berniaga + Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya

  • Availability: In Stock
  • Product Code: AOP32
  • Product viewed: 2346

  • Special price:

    RM107.00

    Old price:

    RM125.80

    You save:

    15%

  • Ex Tax: RM107.00




Share:

Promosi Hebat! 3 Buah Buku Dalam Satu Harga & Kos Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak 


Buku 25 Formula Hidup Luar Biasa + Mudahnya Berniaga + Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya = RM 107.00 !


25 Formula Hidup Luar Biasa 

Buku yang penuh dengan formula dan inspirasi untuk hidup luar biasa. Anda akan terinspirasi dengan pelbagai kisah dari 25 Formula Hidup Luar Biasa yang akan membantu menjawab segala persoalan hidup yang selama ini menghantui anda. Kesemua formula ini merupakan 'rahsia dalam rahsia' yang dikumpulkan hasil pengamatan dari prinsip dan cara hidup manusia luar biasa. Mereka yang cemerlang, kaya, bahagia, diberkati dan diredhai ilahi. Yakinlah, ia berkesan untuk mengubah anda menjadi manusia yang berbeza dari sebelum ini. Menjadi manusia luar biasa. 


Mudahnya Berniaga - Dari Kosong Hingga Jutawan

Dari kosong menjadi jutawan? Nak tahu bagaimana? Bacalah sebanyak mana pun buku teori perniagaan, ianya tak tentu lagi akan berguna atau membantu anda menjadi seorang usahawan dan jutawan yang berjaya.

Agak keras bunyinya, tapi itulah hakikat. Teori perniagaan yang mungkin ramai antara anda telah belajar dan lulus dengan cemerlang ketika zaman sekolah dulu tak tentu lagi boleh membantu anda membina sebuah perniagaan.

Dr Azizan Osman juga pada satu ketika adalah salah seorang yang selalu membaca buku dan menghafal segala teori perniagaan. Tapi akhirnya, beliau gagal juga dalam perniagaan-perniagaan awalnya dahulu.

Mengapa?

Beliau juga pernah menghadapi masa sukar dalam hidup sehingga terpaksa menggadaikan rumah ibunya sendiri. Ditambah pula dengan kesukaran mendapatkan Mentor yang sudi untuk memberi tunjuk ajar tentang perniagaan kepada beliau. Dari kegagalan itulah beliau banyak belajar dan membentuk diri beliau sehingga mampu memiliki 27 buah perniagaan sekarang ini. Dan kerana itulah beliau mahu berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai anak bangsa untuk berjaya dalam perniagaan.

Dengan cabaran ekonomi dunia dan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai orang hari ini cuba mencari peluang membina kewangan dan pendapatan sampingan dengan berniaga. Dan akhir-akhir ini, permintaan untuk buku-buku perniagaan semakin tinggi. Lambakan buku-buku bisnes hasil tulisan pakar-pakar dari luar negara seolah-olah tidak cukup untuk memenuhi permintaan yang ada.

Isunya, buku-buku yang ada di pasaran kadang-kadang adalah bersandarkan teori semata-mata. Ada juga yang tidak ditulis secara menyeluruh, hanya sekadar menyentuh beberapa perkara-perkara asas sahaja. Lantaran dari itulah timbulnya idea untuk Dr Azizan menulis buku Mudahnya Berniaga sebagai panduan yang khusus kepada orang ramai untuk memulakan perniagaan dengan sangat mudah.

Buku yang mengandungi hampir 300 muka surat ini memiliki kandungan asas perniagaan yang sangat lengkap. Ianya ditulis dengan harapan, sebaik sahaja membaca buku ini, anda terus yakin dan mampu memulakan perniagaan

dengan mudah serta cara memasarkan perniagaan anda dengan kos yang sangat minimum atau tanpa kos langsung.

Mudahnya Berniaga adalah satu ‘Handbook’ lengkap yang InsyaAllah dapat membantu memberi panduan untuk anda memulakan perniagaan walaupun anda masih bekerja atau tidak bekerja. Buku Mudahnya Berniaga padat dengan ilmu asas bagaimana anda boleh memulakan perniagaan, memilih dan mentadbir perniagaan, melakukan pemasaran dan bagaimana untuk menjadi usahawan yang berjaya dunia dan akhirat.

InsyaAllah anda tak akan rugi jika memiliki buku ini, apatah lagi bila anda boleh menjana pendapatan ratusan hingga puluhan ribu sebulan.


Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya - Dr.Azizan Osman

Buku ini menggariskan sebab-sebab yang menghalang anda dari mencapai kejayaan dan tip-tip serta formula-formula yang dapat membantu membangkitkan semangat anda yang selama ini asyik gagal sahaja. Fikirkan apa matlamat hidup anda? Adakah anda sudah cukup membantu ibu bapa dan ahli keluarga? Adakah anda sudah puas memberi kepada insan-insan yang susah di luar sana?


Berikut adalah cara pembelian bagi anda yang baru pertama kali membeli di Azizan Osman onlineshop, anda hanya perlu ikut langkah seperti di bawah :

   


 

1. Pilih produk yang mahu dibeli dengan menekan butang "ADD TO CART"

   


   

2. Di sebelah atas kanan, klik butang "CHECKOUT"

 


  

3. Anda hanya perlu isikan borang "RETURNING CUSTOMER" jika anda telah mempunyai akaun atau klik pada butang "REGISTER ACCOUNT" jika mahu mendaftar akaun baru atau terus sahaja klik "GUEST CHECKOUT". Kemudian, klik pada butang “CONTINUE”.    



4. Isikan butiran diri anda selengkapnya dan klik butang “CONTINUE”

  


5. Di bahagian “DELIVERY METHOD” anda hanya perlu klik butang “CONTINUE”

  


6. Di bahagian “PAYMENT METHOD” anda perlu klik pada butang “I have read and agree to the Terms & Conditions” dan terus klik “CONTINUE”

7. Seterusnya klik butang “CONFIRM ORDER”

8. Buat pilihan sama ada anda ingin membayar melalui Kad Kredit, secara Online atau e-wallet.

  


9. Sekiranya transaksi anda telah berjaya, anda akan mendapat emel daripada iPay88 dan emel pengesahan daripada pihak kami.

10. Penghantaran hanya akan dilakukan setelah pembayaran diterima sepenuhnya.

11. Anda akan mendapat email beserta nombor tracking penghantaran bila penghantarantelah dibuat.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good