Search
0
Shopping Cart

Fizo Omar

  • Availability: In Stock
  • Product Code: AOP19
  • Product viewed: 3489

  • RM33.00

  • Ex Tax: RM33.00




Share:

Sebelum bergelar artis, jangan harap beliau untuk menaiki pentas. Namun kekuatan dalaman telah membunuh ketakutan yang membumi di dalam dirinya selama ini. Dari mana kekuatan yang diperolehi Fizo Omar? Pengalaman perjalanan hidupnya mengajar terlalu banyak akan erti sebenar kewujudan beliau sebagai manusia di muka bumi ini. Pembelajaran juga ditimba daripada sifu-sifu dan mentor-mentor termasuk Jurulatih Keusahawanan dan Pemasaran Nombor 1 Asia, Dr Azizan Osman yang telah 'membelah' mindanya mengatasi segala prasangka terhadap diri sendiri.

Buku ini bukan mengenai autobiografi atau biografi seorang bintang dari kecil hingga dewasa tetapi ia mendedahkan anda mengenai seorang jatuh bangun seorang lelaki di dalam kehidupan. Fizo Omar juga manusia seperti kita, ada masa emosi terganggu, semangat hilang, perasaan bahagia, cinta dan sebagainya. Cuma lainnya kerana dia memilih karier sebagai pelakon yang meletakkan dirinya di dalam kategori berbeza daripada kebanyakan kita. Bagaimanapun semua itu bukan alasan untuk kita menjadikannya contoh di dalam menerajui kejayaan dunia dan akhirat.

Setiap kita mempunyai cerita perjalanan dan pastinya berbeza tetapi masing-masing tentunya mencari satu kebahagiaan di dalam pengertian tersendiri. Apa-apapun adalah lebih afdal kalau mampu kita mengenali diri sendiri terlebih dahulu untuk memudahkan terhadap pencarian dan pengertian kebahagiaan tersebut. Buku ini berkisar kisah Fizo yang boleh anda baca, lihat dan rasa getarannya yang mungkin ada persamaan dengan anda dan barangkali mengambil iktibar daripadanya.

Bak kata orang-orang terdahulu, banyak membaca, lebih luas pengetahuan. Buku tidak membantu menambah pengetahuan sebaliknya ayat demi ayat, malah setiap perkataan yang memastikannya. Jadi baca untuk menghadaminya intipati FIZO OMAR! InsyaAllah!



Product Details
Author(s) ABIE ABDULLAH & FIZO OMAR
Publisher AZIZAN OSMAN PUBLICATIONS SDN BHD
Publication Year 2015
Pages 254
Language Malay
ISBN 978-967-0703-21-3

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good