Pakar Ayat Pukau Pelanggan Ini Bukan Setakat Jual Air Liur

oleh Team Richworks pada 21 April 2017

Najib Asaddok

Siapa tak kenal dengan sifu Roketemel ini.  Pakar dalam penghasilan ayat-ayat copywriting yang memukau.  Tuan Najib Asaddok, merupakan CEO kepada syarikat Momentum Internet Sdn Bhd yang berpusat di Kluang, Johor.  Beliau kini sedang giat mengadakan sesi perkongsian ilmu Online Marketing terutamanya dan melatih ramai pesertanya untuk menghasilkan copywriting dan content yang menarik.

Dulu, beliau merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti tempatan.  Sangat suka berbisnes sehinggakan tak pernah terfikirpun untuk makan gaji.  Hasilnya, beliau sering melibatkan diri dalam pelbagai bisnes networking.  Tetapi, berniaga tanpa ilmu bukan senang.  Lebih banyak buat hutang dari buat untung.

Membesar tanpa ayah dan sebagai abang sulung kepada 6 adik beradik, membuatkan Tuan Najib sentiasa terfikir untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada adik-adik dan ibu tercinta.  Tiada jalan lain yang beliau nampak yang mampu merealisasikan impiannya melainkan melalui perniagaan.

Bermula dengan berniaga di EBay dan beberapa laman lagi, Najib Asaddok mula mengumpul ilmu pemasaran online berdasarkan pengalaman.  Banyak kesilapan yang beliau lakukan.  Banyak kerugian juga yang beliau hadapi.  Hingga akhirnya beliau datang berguru dengan Dr Azizan Osman.  Dari kesilapan dan pengalaman berbisnes online selama 8 tahun, beliau telah formulakan beberapa cara untuk berniaga online dengan betul.  demi nak bantu lebih ramai orang lain berniaga dan tak ulangi kesilapan beliau.

Ilmu-ilmu dari Dr Azizan Osman membantu beliau meningkatkan kepakarannya selain dari membantu beliau memasarkan perkhidmatan serta mengembangkan perniagannya.

Bapa kepada 4 anak comel ini juga pernah hadir ke IMKK dan duduk seat belakang sekali.  Itupun dah mampu beri perubahan besar kepada hidupnya.  Dari IMKK pertama, beliau mula perbaiki hubungan dengan keluarga dan cita-citanya semakin jelas.

Pada Februari 2015, beliau hadir sekali lagi ke IMKK dan dari situlah turning point utama untuk beliau menyertai semua program Richworks.  Kini, beliau dah ada dua pejabat sendiri di Kluang dan Shah Alam dengan hasil jualan mencecah jutaan ringgit setahun.

Apa yang lagi menarik, beliau juga mampu membenarkan isteri tersayang untuk berhenti kerja dan bersama dalam perjalanan bisnes mereka dengan gaji 3 kali ganda dari pendapatan ketika bekerja.  Juga membantu keluarganya yang turut menjadi sebahagian dari ‘orang kuat’ Momentum Internet Sdn Bhd.  Serta, menghadiahkan rumah kepada ibunya, yang hanya bersebelahan dengan rumahnya sendiri.   Best kan…

Kita mungkin boleh belajar dari laman web dan dari buku, tetapi adakah ilmu dari laman web dan buku dah terbukti menghasilkan kejayaan, kalau ada sebanyak mana yang dah berjaya?  Jika nak belajar dari pengalaman, berapa banyak kegagalan dan kejayaan yang kiyta kena lalui baru kita jadi seorang yang pakar dan mahir?

Jalan pendeknya ialah berguru dengan orang lain yang pernah alami kegagalan.  Itu yang lebih mudah, supaya kita tak gagal berkali-kali.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start