Pengiklanan Dalam E-Majalah

oleh Team Richworks pada 08 March 2017

e-majalan (2)

Kalau dulu, orang beli majalah sebab nak dapatkan tips kecantikan, kesihatan atau banyak tips lagi. Tapi sekarang dunia dah berbeza. Semua boleh tanya Google. Cakap je nak apa, taip lepas tu klik search. Pilih je tips mana yang berkenan di hati anda.

Majalah pun dah banyak yang dialih kepada majalah elektronik. Anda hanya perlu subscribe sahaja majalah tersebut. Dah tak perlu pergi kedai untuk dapatkannya dan tak perlu cari kat kedai lain kalau dah habis stok. Bila majalah pun anda dah boleh baca menggunakan telefon, apa lagi, jom iklankan produk atau servis anda dalam majalah elektronik tersebut.

Jika anda teringin nak iklankan produk atau servis dalam majalah elektronik, apa langkah yang anda perlu buat.

1. Jangan Jual Produk, Tapi Berkongsi Idea

Anda boleh kongsi idea anda pada pihak majalah dengan jadi penulis jemputan. Atau, anda juga boleh beli ruangan dalam majalah tersebut dan kongsi ilmu berkaitan bisnes yang anda buat. Sebagai kredit, anda boleh masukkan nama anda, jawatan dan pengasas kepada bisnes yang anda lakukan.

Sekiranya perkongsian anda itu menarik, pembaca akan ingin tahu siapa penulisnya. Jadi, pembaca akan kenal anda dengan pengenalan diri yang anda letakkan di dalam majalah tersebut.

2. Gunakan Testimoni

Bagus jika anda dapat masukkan testimoni pelanggan yang telah menggunakan produk anda dan dah alami perubahan yang positif. Kalau boleh tunjukkan beberapa gambar sebelum dan selepas penggunaan produk anda. Bukan setakat screen shot feedback mereka sahaja.

Tapi jangan gunakan sebarang kesan grafik kerana ianya hanya akan membuatkan pembaca tidak percaya. Tuliskan juga berapa lama masa yang mereka ambil untuk alami perubahan dan kepuasan yang mereka rasai dengan perubahan tersebut.

3. Buat Sampai Orang Kenal

Jangan nak harap anda boleh letupkan perniagaan anda sekelip mata. Bila menggunakan iklan di majalah elektronik, anda perlu pastikan bahawa anda mengiklankan sekerap yang mungkin. Ia tidak sama dengan majalah manual yang hanya keluar sebulan sekali. Lagi kerap anda menulis, lagi cepat orang kenal anda.

Sebab itulah, ramai peniaga yang menggunakan cara ini selalunya ambil pakej pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak majalah, dan tidak keluar sekali sahaja. Jika artikel anda keluar sekali sahaja, anda tak akan mudah diingati oleh pembaca.

4. Pilih Majalah Yang Sesuai

Setiap majalah, target pembacanya adalah berbeza. Contohnya, majalah seperti Mingguan Wanita dan Majalah Remaja, target kedua majalah ini berbeza. Mingguan Wanita lebih fokus kepada golongan wanita yang dah berkahwin dan artikelnya lebih kepada hal rumah tangga dan kesihatan wanita manakala, majalah Remaja ditujukan khas buat para remaja yang inginkan hiburan, lifestyle, fesyen dan berita-berita berkaitan remaja.

So, pilih majalah yang sesuai dengan produk anda untuk pengiklanan yang lebih berkesan.

5. Tulis Pelbagaikan Topik

Jangan tumpukan pada satu topik sahaja. Sama seperti anda menulis di media sosial yang lain, menulis untuk majalah juga perlukan kepelbagaian topik. Contohnya, kalau anda dalam bidang consultant kewangan, anda boleh share topik kewangan, apa yang anda boleh lakukan dengan kewangan tersebut, macam mana nak tambah kewangan dan sebagainya.

Sebelum anda menulis, kaji dahulu topik sesuai dan yang orang suka baca supaya ia tidak sama dengan penulisan lain. Tujuan untuk kita menulis topik yang pelbagai ialah untuk tarik lebih ramai orang untuk baca dan kenal produk anda selain berkongsi ilmu yang anda tahu. Walau bagaimanapun, topik mestilah berkaitan dengan apa yang anda jual.

Lagi mengenai artikel: Uncategorized
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start