Piala Dunia Dan Aidilfitri – Apa Simboliknya Di Sebalik Dua Perkara Besar Ini

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

 

 

World Cup 4 tahun sekali!

Raya setiap tahun pun ada!

Kita pulun tengok World Cup le…

 


Eh..eh! Ada rupanya yang berpendapat macam ‘ni.

Betul…seperti yang semua tahu, Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Rusia dan sepakkan pertama akan bermula pada pukul 11.00 malam, 14 Jun 2018 dengan perlawanan antara Rusia dan Arab Saudi.

Masa tu, emak dan kakak kat dapur tengah sibuk dengan memasak ketupat dan rendang.  Abah dan abang tengah bertakbir dari rumah ke rumah atau di masjid dan surau.  Kita?  Nak bergolek depan TV dan tak buat apa-apa selain menonton perlawanan Piala Dunia adalah bukan pilihan terbaik, walaupun Piala Dunia diadakan 4 tahun sekali!

Aidilfitri, satu perayaan yang merayakan kembalinya manusia kepada keadaan suci atau fitrah setelah menang dalam pertarungan menentang hawa nafsu, lapar dan dahaga. Aidilfitri juga merayakan kemenangan ke atas Umat Islam yang bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik dan berkorban tenaga, waktu tidur, dan segala keselesaan semata-mata untuk merebut pahala berganda yang ditawarkan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan.

Aidilfitri adalah satu ‘rewards’ atau sebahagian dari ganjaran untuk meraikan kejayaan. Ianya juga tanda Umat Islam menang dalam menentang hawa nafsu, dan sebab itu nikmat Hari Raya hanya sangat dirasai oleh mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan.

Dalam Ramadhan dikurniakan 10 hari-hari terakhir Ramadhan di mana di dalamnya dikurniakan satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, dan di 10 malam terakhir inilah, umat Islam yang mengejar redha Allah akan pulun menunaikan ibadat habis-habisan.

Sama juga dengan Piala Dunia. Asalnya hanya dari permainan bola sepak yang dah wujud semenjak beribu tahun lalu.  Dalam setiap permainan, setiap pemain perlu beri tumpuan sepanjang permainan.  Jika pada bulan Ramadhan, kita ‘bermain’ sepanjang 30 hari, di padang bola Piala Dunia, pemain-pemain akan bergelut selama 90 minit.  Durasinya nampak berbeza, tapi semangat dan tuntutan untuk fokusnya adalah sama.

Semua permain perlukan persediaan yang rapi, latihan yang konsisten dan kuat, hati yang cekal, minda yang perkasa.  Orang lembik takkan berjaya sehingga menjadi pemain bola Piala Dunia. Setiap pemain yang mewakili negara masing-asing ke perlawanan merebut Piala Dunia ada cerita tersendiri, ada cabaran dan rintangan yang perlu dilalui, ada kesakitan yang dirasai dan ada dugaan yang terpaksa dihadapi.

Bila dah berjaya hadapi segalanya, sehingga menjadi 10 pasukan terakhir yang akan bertanding untuk merebut piala idaman ramai – Piala Dunia, mereka akan teruskan ‘game’ sehingga ke pusingan terakhir di mana ada 2 pasukan terkuat sahaja yang akan bertanding, sama seperti manusia di akhir Ramadhan akan bertarung antara 2 unsur penting dalam diri nafsu dan akal fikiran.

Jika Maradonna diraikan sebagai seorang pemain bola peringkat dunia yang sangat komited, dihormati dan digentari, begitu juga Umat Islam yang berjaya mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan, mereka juga perlu dihormati, dan digentari kerana ‘effort’ yang mereka berikan sehingga ke akhir Ramadhan sehingga sanggup menepis apa saja dugaan dan halangan.

Tahun ini Syawal disambut bersama kegemilangan Piala Dunia di Rusia.  Jangan jadikan keghairahan anda menonton dan menyokong pasukan kegemaran anda beraksi di padang sehingga menjadikan anda abaikan sambutan Syawal.

Bola, bola juga – Syawal jangan dilupa.

Syawal dan Piala Dunia – sama dirai.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start